Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 10

“Mama,aifa pergi dulu yer ma.” Aku bersalam dengan mama. Tangan lembut mama ku cium. Mama mengangguk. Aku mendapatkan pula Farish yang berada dalam dukungan abang.
“Adik pergi dulu bang. Tolong jaga Farish ye.” Kataku kekok. Aku sedar hubungan aku dan abang dah tak semesra dulu. Tapi aku masih bersyukur abang dapat terima Farish dengan baik. Abang mengangguk mengerti. Pipi Farishku cium. Mood farish baik pulak pagi itu. Tidak pulak merengek2 nak ikut sepert selalu. Kalau tidak mesti payah untuk aku dan Hakim meninggalkannya.Mungkin abang dah memasang umpan baik punya untuk memancing Farish fikirku.
“Jom Aifa..”Panggil Hakim. Aku mengganguk lalu memboloskan diri kedalam kereta. Aku lihat Hakim terangguk2 mendengar kata2 yang diucap mama. Kemudian dia bersalam dengan abang dan mencium umbun2 kepala Farish dan menuju kearah kereta proton waja yang sedang aku duduki kini.
“Hati-hati memandu Hakim. Bergilir-gilir dengan Aifa tue ha.” Pesan mama. Hakim mengangguk faham.
“Aifa jaga makan pakai Hakim. Jangan biar dia buat sendiri. Dia bukan bujang lagi. Jangan asyik penting diri je.” Pesan mama padaku pulak. Muka aku merah..
“Ape mama nie. Tak habis2. Tahu la nak jaga laki sendiri.” Aku membebel perlahan. Mukaku disebekkkan tanda tidak berpuas hati. Kedengaran ada suara halus sedang ketawa.Hakim la,sape lagi kan?
“Abang.. gelakkan Aifa ye tadi?” Tanyaku dengan muka masam. Hakim yang sedang memandu sekilas memandangku.
“Taklah..” balasnya sepatah.Ada senyuman terukir dibibirnya..
“Suka senyum rupanya suami aku ni.” Bisikku didalam hati.
“Bis tue tadi kenapa? Abang gelak tadi kenapa? Lucu nyek mama asyik bebel benda yang sama je pada Aifa? Hemm ingat Aifa suka ke? Memalukan je. Mama ingat Aifa tak retike jaga laki sendiri.” Bebelku padanya.Muncungku bertambah lagi seinci. Dah rupa burung belatuk pun.
Hakim ketawa setelah aku menghabiskan bebelanku. Aku terpana. Terkejut dengan reaksi suamiku sendiri. Namun kerana rasa geram yang masih bersisa aku terus pandang kedepan dan berpeluk tubuh.
“Ketawa lagi? Hemmm ketawa la..” kataku perlahan. Namun aku tahu Hakim mendengarnya.
“Abang ketawa bukan sebab pesanan mama awak sayang tapi…” dia menyambung ketawanya tanpa menghabiskan kata.
“Abang ketawa la puas2 dulu. Aifa nak tido la.Ngantok.” kataku. Aku menyandarkan kepala ke pintu kereta dan mataku pejam. Malas nak layan.
“Ingat aku tak maluke? Mama ni memang tau.” Ngomelku.
“Aifa..” dia memanggilku. Aku buat bodoh je. Dia panggil lagi namaku buat kali kedua. Aku tetap membisu. Masuk kali ketiga aku masih diam,lalu Hakim membetulkan posisi kepalaku yang bersandar dipintu ke bahunya. Aku terkejut dengan tindakan Hakim tapi hanya mendiamkan diri.
“Merajuk ye isteri abang?” Hakim bersuara. Aku diam.
“Aifa nak tahu kenapa abang ketawa? Nak tahu tak?” dia mengujiku lagi. Aku masih jugak diam.
“Hemm taknak tahu takpe la. Abang tak payah la gi tahu. Tapi Aifa jangan nyesal and tanya2 abang lagi nanti.” Dia terusan mengujiku. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang terlalu mendalam aku mencelikkan mata.
“ Abang,Aifa nak gi toilet la. Kitabenti yer nanti kat mana2 stesen minyak.” Aku mengelak dari terus straight to the point. Hakim memandangku. Dia senyum manis.
“Aifa taknak tahu ke?” dia bertanya lagi.
“Tahu apa bang? Abang cakap ape tadi?” Takkan aku terus nak ngaku aku nak tahu kot. Malu la sikit. Hakim buat muka pelik.
“Aifa tak dengar atau buat tak dengar ni ?”Tanya Hakim.
“Tak dengar. Ape yang abang cakap?” aku terus berdalih la kononnya.
“Tak ada ape2 la sayang. Jap g ada stesen minyak kita benti k?” balas Hakim.
“Ala,, hemm sengaja tau abang ni. Cakap la.. Aifa nak tahu ape yang abang gelakkan? Cakap la?” pintaku. Buat pe nak ngelak2 sangat dari tak dapat ape terus nanti. Hakim senyum berbunga.
“Manja Isteri abang ni.” Pipiku menjadi sasaran cubitannya. Aku mengadu sakit.
“Sakit la bang. Meh sini abang rasa lak macam ana cubitan Aifa.” Aku terus mencubit pipinya pula. Tak ubah seperti budak2 je perlakuaanku.
“Ah biarla. Suami aku pun.”ngomelku..
“Abang kelakar dengar aifa sebut laki aku tadi. Walau ayatnya agak kurang manis tapi jadi kelakar bila Aifa sebut. Bukan la abang gelakkan Aifa coz mama asyik bebel je pada Aifa. Tapikan sayang,ada betul jugak ape ma cakapkan?” Hakim mengenggam tanganku.
“Sayang!” meremang bulu roma aku tegak tak turun-turun mendengar perkataan sayang dari bibir Hakim.
“Betul ke dia sayangkan aku. Aduh jiwa kacau..” aku berdialog pada diri sendiri. Aku tidak menjawab soalannya. Aku hanya diam memandang jalan hitam. Hatiku deras bergetar.Tapi itu bukan bermakna aku menafikan apa yang dikatanya, cuma aku tidak mampu menyembunyikan peluh dinginku lagi disaat itu.

Entah bila aku terlena. Bila aku sedar,Hakim sedang lena di seat memandu dan aku sendiri tak pasti dimana kedudukan kami. Aku tatap wajah suamiku. Ada wajah kepenatan disitu. Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 2.15petang. Maknanya sudah 5jam dia memandu tanpa henti dan aku pulak sedap berdengkur ditepinya. Tak berperikemanusiaan langsung aku ni.
“Abang..”panggilku perlahan dan sekali lagi aku memanggilnya. Tiada sahutan. Akhirnya secara perlahan2 aku keluar dari kereta. Aku mengeliat sepuasnya setelah berada diluar kereta.Penat gila berdengkur la katakan.
“Hemm kat mana nie yer?”Tanya aku pada diri sendiri. Mataku melilau mencari kalau2 ada signboard. Aku berjalan keseorangan ke R&R. Perutku dah mula berbunyi. Ramai jugak orang dekat kawasan rehat ni.
“Opocot!” tak semena2 aku dilanggar oleh seorang budak perempuan. Aku memandangnya pelik.
“Sori untie.”kata budak itu. Comel dengan tocang duanya.
“Takpe la sayang. Lari2 nak gi mana ni?” tanyaku sambil mengusap kepalanya. Rinduku pada Farish bertandang. Ape la agaknya si Farish buat sekarang dengan abang.
“Sarah nak gi sana tue.” Kata si cilik didepanku. Aku memandang kearah yang ditunjuknya.Taman permainan la,ape gi tempat yang jadi tumpuan budak2 kecil yang nak membesar ni kan.
“Sarah nak pegi sorang ke? Mama ngan papa mana?” aku bertanya.
“Ada tue ha. Lambat betul la mama jalan. Mama cakap adik berat sangat.” Aku memandang seorang wanita yang sedang sarat mengandung berjalan menghampiri kami. Mungkin wanita itu mama Sarah fikirku.
“Mama cepat la. Lambat la mama ni.” Sarah bersuara separuh menjerit. Tangannya mencekak pinggang.
“Kamu ni Sarah.Jaga ye.Mama cubit ponggong kamu nanti.” kata wanita itu. Aku ketawa kecil apabila Sarah menyorokkan dirinya dibelakangku.
“Maaf la,anak saya ni nakal sikit. Penat saya dibuatnya.” Sapa wanita itu setelah berdiri betul2 didepanku.Aku senyum.
“Takpe la kak.. Tak nakal mana pun. Betul tak Sarah?” tanyaku pada Sarah. Sarah mengangguk2 setuju. Aku mencubit pipinya pelahan. Bukan cubit betul2 la. Anak orang kau.
“Awak dari mana? Akak dari KL nak balik Penang.”Tanya wanita yang aku gelarkan akak pada dirinya.
“Saya nak ke Langkawi. Dari KL jugak. Gombak,akak KL dimana?” tanyaku pulak.
“Akak tinggal dekat Bandar Tasek Permaisuri. Suami nak akak bersalin dekat rumah mertua kat Penang. Awak sorang jeke ke Langkawi? Jauh gi ni. Kalau dari sini ke Kuala Kedah mahunya 2jam lebih jugak.” Jelas wanita didepanku.
“Saya dengan suami kak.” Jawabku malu2.
“Ooo pengantin baru la ni. Nak gi honeymoon la ni yer?” usik wanita itu. Aku tertunduk malu.
“Ala tak payah la malu2.Akak pun dah penah rasa. Skang dah nak masuk dua dah.” Aku tersenyum. Aku lihat kearah perut wanita itu yang sarat. Dah berapa bulan la agakknya.
“Bila due datenya kak?” tanyaku
“Hujung bulan ni. Hem teringin ke?” usik wanita itu lagi.
“Eh,takda la.” Jawabku malu2 kucing. Malam pertama pun tak berlangsung gi. Teringin apenya. Gerun siot.
“Apa salahnya teringin. Rezeki dari tuhan tak baik menolak.” Kata akak itu lantas mencapai tanganku dan meletakkannya di perutnya. Aku tepana merasai gerakan2 kecil dari perut itu. Inilah pengalaman pertamaku. Aku senyum memandang wajah wanita bertudung litup didepanku. Jadi seronok pulak tangan aku merayau diperutnya. Sedang asyik memegang dan membelai2 perut wanita itu kami disapa seorang lelaki.
“Abang..Abang dah bangun?” tegurku sebaik sahaja memandang wajah suamiku.
Aku berdiri mendapatkan Hakim.
“Akak,ni la suami saya.Hakim namanya.” Ujarku. Hakim memberikan senyuman manisnya pada wanita didepan kami. Akak hanya mengangguk dan membalasnya dengan senyuman.
“Kenapa tak kejut saya dulu sebelum keluar tadi. Risau saya ingat awak hilang kemana tadi.” Tegur Hakim padaku.Aku terdiam. Salah aku jugak buat dia risau. Tapi aku lupala nak gi tahu tadi,bukan sengaja pun.
“Isteri awak dah teringan baby. Bila lagi?” wanita itu tiba2 bersuara. Mungkin jugak ingin membantuku yang dalam keadaan bersalah ni.Hakim terus memandangku dalam.Pipi aku bertukar warna menjadi merah padam.
“Aduh akak ni.” Gerutuku didalam hati.
“Mana ada kak. Saya tak cakap macam tue pun. Saya cakap kalau ada rezeki saya adala nanti kan.” Aku membalas usikan wanita itu. Wanita itu senyum padaku. Begitu juga Hakim. Malu betul aku dibuatnya.
“Kak saya dan Aifa minta diri dulu. Lambat dah ni. Karang terlepas feri akhir.” Kata Hakim. Dia mendapatkan tanganku. Akak tue mengangguk faham. Kami bertukar2 nombor telefon sebelum aku dan Hakim beredar ke kantin.
“Kenapa keluar tadi tak bagi tahu abang?” Tanya Hakim sekali lagi.
“Aifa dah kejut abang. Tapi bang tido mati. Nak buat macam mana” jawabku slumber.
“hemm macam tue yer..” balas Hakim pendek.
“Abang kita kat mana dan ni nyek?” tanyaku.
“Kat Semanggul,Bukit Merah. Kenapa?” jawab Hakim
“Tak da pe2. Saje je tanya. Mana tahu dekat Tailand dah ke bang bawa Aifa.”
Ucapku berseloroh. Hakim buat muka pelik. Aku ketawa melihat mimik muka itu.
“Takda maknanya ,Abang nak bawa Aifa gi Tailand. Buat pe. Lain la kalau abang nak….” dia tidak menghabiskan katanya, Cuma dua jari sahaja ditunjukkan padaku. Aku naik geram dengan usikkannya. Lalu pinggang Hakim menjadi pusat serangan cubitanku.Dia ketawa sambil mengadu sakit.
“Lain kali main2 gi. Teringin sangat ke?” ucapku geram. Hakim masih ketawa. Aku tahu dia hanya bergurau. Saje je nak memanja sikit. Hakim meraih tanganku.
“Takda la.Abang gurau je. Isteri yang sorang ni pun Abang tak terlayan gi, inikan nak menambah lagi.” Ucapnya seribu makna yang mengetarkan hati aku. Aku tersenyum sipu. Setelah selesai mengisi perut masing2,kami menyambung perjalanan. Aku meminta untuk memandu tetapi mentah2 ditolak Hakim. Katanya dia lelaki. Apa boleh buat.Aku hanya duduk disebelahnya sambil menyanyi2 kecil mengikuti lagu diradio disepanjang perjalanan. Kadang kami ketawa apabila masing2 ingin mengusik dan sesekali sunyi je perjalanan. Itu disebabkan aku dah terlena dibuai mimipiku.hehehehe

0 Pendapat&Kata Anda: