Monday, May 18, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 14

Kelihatan kelibat Hakim laju meluru padaku. Pandangan mata kami bertaut walaupun dari jarak yang jauh. Aku tak mampu berdiri tanpa sokongan.
“Aifa,kenapa nie sayang?” Ucap Hakim sebaik sahaja berdiri didepanku.Aku terus mendapatkan dirinya. Kini aku sudah berada di pelukkan Hakim. Kewujudan pelawat dan nurse di hospital itu tidak memberi apa-apa kesan padaku untuk melepaskan Hakim.Terdengar suaranya serta merta membuatkan tangisanku yang sudah reda sejak tadi kembali membasahi pipi. Aku tak mampu berkata-kata. Hakim terus memelukku kejab,cuba untuk memberi secebis kekuatan padaku. Basah kemeja yang dipakai Hakim dengan air mataku.
“Abang… Imrannn…” aku cuba untuk bersuara tapi suaraku seolah disekat dengan esakkan yang tak mahu berhenti.Hakim mengusap rambutku perlahan.
“Sabar ye sayang.” Hakim mengucup dahiku lalu membawa ku kerusi.Aku masih tidak mahu jauh dari tubuhnya.
“IMRAN,MAAFKAN NITA IMRAN.MAAFKAN NITA.” Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita meraung-raung di segenap ruang menunggu itu. Aku mencari kelibat pemilik suara wanita itu. Sejurus wajah wanita itu muncul diruang mata entah dari mana kekuatan dalam diriku datang untuk terus bangun dan mendapatkan wanita itu.
“Kau siapa?” Tanya aku sebaik sahaja aku berdiri di depan wanita itu. Aku kenal wanita didepanku ini. Dia lah gadis yang meninggalkan Imran ditaman tadi. Dialah gadis yang menghancurkan impian dan harapan imran dan dialah jugak yang mengakibatkan Imran kemalangan. Aku benci dia!
“Saya anita….ermm kawan imran..” jawab wanita itu gagap.
“Amran di mana,di macam mana?” Tanya gadis itu padaku dalam tangis. Air mata gadis itu tak mampu meredakan rasa marah dan benciku padanya. Dengan tak semena-mena,
“PANGGG…”entah mengapa terlau ringan tangan ini menampar pipi gadis didepanku ini. Gadis itu diam terkedu.Hakim pantas datang memelukku dari belakang.
“Kawan! Kau kata Imran tue kawan! Hey perempuan jenis ape kau ni? Imran terlalu sayangkan kau dan kau permainkan dia. Kenapa kau tak mengaku yang kau kekasih imran yang baru tinggalkan dia tadi untuk dengan lelaki lain. Kenapa kau tak mengaku depan mak dan ayah dia. Cakap la perempuan!” Anita melutut kaku. Aku mengoncang tubuhnya namun tiada balasan kata dari gadis itu. Aku jatuh terjelepuk dilantai.Simpatiku pada imran membuatkan aku jadi begitu. Imran tak patut dikecewakan sebegitu. Dia terlalu baik dipandanganku.
“Baru tadi kami sama-sama berbicara tentang kehidupan.Berbicara tentang pelangi dan dia memberi aku sedikit kekuatan dengan ketabahnya. Baru tadi dia mengingatkan aku untuk terus mengecapi bahagia dan kini dia..”
“Semua sebab kau anita. Semua sebab kau. Kenapa kejam sangat hati kau anita. Kenapa?” aku kembali menangis. Aku hilang kekuatan untuk berfikir lagi. Terasa kosong dunia seketika apabila orang yang aku kenal sebentar tadi kini sedang bertarung nyawa di bilik kecemasan.
Langkah kaki yang laju melangkah untuk mengetahui apa yang terjadi sewaktu ingin berlalu pergi dari taman telah membawaku ke sini. Saat kedengaran suara2 meminta pertolongan,saat itu jua aku terlihat wajah Imran yang berlumuran darah sedang memandangku sepi.Langkah terhenti lalu aku rebah dipertengahan jalan.
“Saya tak mampu bersama dia kak. Dah terlalu lama saya menunggu dia datang tapi dia datang bila semuanya telah terlewat. Saya tak mampu memilih dia kak. Saya tak mampu memilih dia lalu meninggalkan keluarga saya kak.” Luahan Anita aku dengar jelas.
“Dia pergi 5 tahun lalu tanpa sebarang penjelasan pada saya. Saya ditinggalkan dengan persoalan yang tak pernah ada jawapan. Kini dia datang saat saya tak mampu menerimanya lagi. Saya ada suami dan anak dirumah yang menanti kepulangan saya. Tak mungkin kak saya dapat menerima dia. Saya bersalah kerana tidak terus menunggu dia tapi bersalahkah saya untuk korbankan cinta saya untuk kebahagiaan anak2 saya? Saya tahu saya bersalah kak. Maafkan saya” Anita terus menangis. Aku terkesima mendengar penjelasannya. Seorang makcik yang ku kenali sebagai ibu Imran datang memeluk Anita. Mereka berpelukkan dengan luahan maaf Anita yang tidak berhenti2.
“Sabar Aifa..”suara Hakim menyapa telinga. Aku beristifar. Diwaktu keadaan kembali tenang.Keluar doktor memanggil ahli keluarga Imran. Aku lihat ayah imran dan seorang lelaki bangun menghampiri doktor itu. Doktor menyatakan sesuatu kepada mereka. Ayah imran mengangguk tenang memahami apa yang dikatakan doktor. Aku tidak dapat menangkap apakah yang diperkatakan doktor tersebut pada ayah Imran. Setelah doktor berlalu,Ayah imran mendapatkan tempat duduknya. Dia tunduk mendiamkan diri. Ahli keluarga yang lain tertanya-tanya padanya keadaan imran. Dengan satu gelengan kepala suasana tenang dikawasan itu berubah sekelip mata.Troli disorong keluar dari bilik kecemasan. Aku menyembamkan wajahku ke dada Hakim. Tak sanggup untuk aku terus menyaksikan jenazah Imran disorong pergi.
“Innalillahiwainalilahirojiun..Tuhan lebih sayangkan Imran sayang.” Ucap Hakim. Aku hanya diam. Tidak mampu menangis lagi.

Seharian aku hanya berbaring dikatil. Farish yang setia menemaniku dengan kerenah dan senyumannya sudah lama dibuai mimpi disebelahku.Aku mengusap lembut rambut anak itu. Terasa kasihku mencurah padanya. Hakim masuk membawa sedulang makanan.
“Sayang,mari makan.” Jemputnya. Didepanku diletakkan dulang yang dibawanya tadi. Bau sup ayam yang masih berasap panas pasti mengoda seleraku jika aku tidak sebegini hari ini.Aku memandang sup ayam dengan perasaan kosong.
“Kenapa tak makan lagi,nak abang suapkan?” aku menggeleng lemah. Hakim senyum padaku lalu mencapai mangkuk sup dan sudu.
“Makan la sikit ye. Dari malam tadi aifa tak makan lagi ni.” Hakim memujukku. Sesudu sup dibawa kemulutku. Aku menatap wajahnya. Tentu dia sudah bersusah payah menyediakan makanan ini untuk aku. Lalu aku menghirup suapannya. Dia tersenyum puas. Aku makan juga akhirnya.
“Kenapa ni aifa?” Tanya hakim saat mukaku tetiba berkerut seperti menahan sesuatu dari keluar semula dari mulut. Aku menutup mulut menahan dari makanan tersembur keluar.
“Kenapa ni? tak sedap ye? masin sangat ye?”soal hakim padaku bertalu-talu. Wajah nya berubah risau.
“Dah ye,abang keluar kejap gi beli makanan bungkus dekat kedai depan tue ye.Nah minum air sikit.” Hakim menyuakan padaku segelas air oren. Aku minum sedikit dan meletakkannya kembali ke dulang.
“Aifa,aifa tunggu kejap ye. Abang pegi beli makanan.” Kata hakim,rambut aku yang mengerbang tak terurus disisirnya kemas.Hakim ingin bangun dari katil membawa dulang. Namun aku lebih pantas mematikan tindakkanya. Lengannya ku capai dan ditarik semula untuk duduk. Hakim yang agak terkejut hanya menuruti tanpa kata.
“Aifa nak lagi sup tue.”pintaku lemah.
“Tapi sup nie…” hakim tidak menghabiskan kata apabila terlihat senyumku. Hakim menyuapkan sesuap sup kemulutnya.
“Hermmm sedap je..”ujarnya. Aku senyum lagi.
“Aifa kenakan abang ye sayang?” ujar hakim lagi lalu pantas memicit hidungku manja. Aku menggelengkan kepala.
“Habis tue..?? Kenapa tadi??” Tanya dia lagi.
“Tersedak..” jawabku perlahan. Serentak mendengar jawapanku,ketawa hakim bergema diruang bilik. Aku buat muka pelik. Kenapa ketawa. Lawak ke??
“Haaa dengar pun suara isteri abang. Abang ingat isteri abang ni dah bisu. Tahu angguk-angguk dan geleng-geleng je.” Sakat Hakim. Masih ada sisa tawa didalam tuturnya.Aku senyum lagi dan mungkin pipiku sedikit merah. Terasa malu bila disakat Hakim.Jari terlunjuk aku tujukan ke mangkuk sup tadi.
“Nak abang suap lagi?” Tanya Hakim. Aku menggangguk. Hakim senyum bahagia. Akhirnya habis jugak semangkuk sup mengisi perut kosongku.
“Abang kedapur kejap. Nanti abang datang balik ye sayang.” Aku hanya diam. Aku tak mahu dia pergi. Aku masih perlukan dia disisi. Walau dapur tue tak la jauh mana tapi aku tak ingin dia pergi. Tangannya sekali lagi aku raih. Dia memandangku.
“Kenapa ni Aifa.” Dulang tadi diletakkan di lantai.Hakim berbaring ditepiku. Tubuhku dirangkul dan dibawa ke pangkuannya. Entah mengapa tiba-tiba air jernih dimata jatuh lagi. Hakim bagaikan memahami emosiku lantas memelukku kejap ke dadanya.
“Aifa,sudah la. Jangan la bersedih lagi. Yang pergi telah pun pergi. Kita yang hidup ken redo dan teruskan kehidupan. Abang sedih tengok keadaan aifa begini.Kalau abang mampu bawa imran pulang,abang bawa dia datang pada Aifa lagi,tapi abang tak mampu. Tuhan lebih menyanyangi dirinya. Aifa jangan la bersedih lagi sayang.”Pujuk Hakim. Terasa hangat umbun-umbunku diciumnya lama.

“Abang,Aifa sedih kehilangan imran. Seorang adik yang baru Aifa kenal dan Aifa kagumi kecekalannya. Tetapi air mata yang tidak henti menitis ini bukan lah kerana Aifa meratapi pemergian Imran. Tapi ada beban berat mendatang dihati Aifa sekarang ni abang. Terasa sakit yang sedang menghiris membuatkan Aifa tidak berdaya menahan air mata.” Luahan hatiku berbicara. Namun Hakim pasti tidak mampu mendengarnya. Kerana itu hanyalah luahan hati yang merintih sepi tidak bersuara. Wajah Hakim ku cari. Mata kami bertemu disitu. Tangan panas Hakim membelai wajahku. Aku terasa tenang. Hakim senyum padaku dan aku membalas senyumannya walau itu bukan senyuman terindah yang pernah aku berikan padanya. Bibir hakim menyentuh lembut dahiku dan kemudian ke pipi ku lalu jatuh ke bibirku. Lama kami bergitu tidak sedar sesuatu sedar mula sedar dari mimpi.

“Mama…Papa…Farish lapa la.” Kendengaran suara Farish menamatkan suasana. Farish senyum-senyum dan ketawa kecil sambil menutup mulut.
“FARISH!!!” Hakim pantas menarik Farish kedalam pelukkannya. Kedengaran anak kecil itu ketawa. Entah ape yang buatkan dia ketawa seronok begitu. Aku dan Hakim saling berpandangan. Buat pertama kalinya aku lihat pipi Hakim sedikit merah. Malu la tue. Aku senyum melihat Hakim mengomol anaknya,Farish pula tidak habis2 ketawa tak macam baru bangun tidur pun gayanya.

Disuatu sudut hatiku masih lagi berbicara tanpa suara. “Aizat,bagaimana harus Aifa jelaskan pada Aizat tentang Hakim dan Farish. Adakah Aizat mampu menerima berita itu dengan hati rela dan terbuka? Aifa takut Aizat. Aifa takut episod yang sama seperti Imran berlaku padamu.Apa yang harus Aifa lakukan abang,,Aizat,,??”

0 Pendapat&Kata Anda: