Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 2

“Aifa cepat nak,Aizat dah sampai ni.” Jerit ma dari bawah.
“Apa lagi yang tak cukup yer? Baju sejuk,Makeup,perfume… Oya,my dear diary.” Ngomel ku sendiri sambil membelek2 lagi begku.Takut pula jika ada apa2 benda penting tertinggal. Selesai mengemas,aku terus turun ke bawah. Mama membebel je dari tadi.
“Aduh mama.sabar ma. Aizat yang wat aifa kalut tahu tak. Tengah hari tadi waktu makan baru dia bagi tahu untuk bawa aifa ke Genting petang ni. Tak ke keje gila.Bukan salah aifa tak berkemas dari awal.” Aku memasamkan muka. Mama senyum sahaja padaku.
“Mama,Kami pergi dulu ma.Ma jangan risau,saya akan jaga aifa sebaiknya.” Kata aizat pada ma.
“ Ye jaga diri kamu berdua. Aizat,jangan kamu layan sangat manja Aifa ni.” pesan mama sambil tangannya membelai rambutku.
“Ma jangan risau aizat takkan berani apa2kan aifa. Lagi pun kami tidur bilik asing2.” Aku menenangkan mama.Aku tahu apa yang bermain di fikiran mama.Siapa yang tak risau anak daranya dan seorang teruna bercuti bersama.
“ Ye ma,kami gerak dulu ma.”aizat menghulurkan tangan dan mencium tangan mama. Begitu juga aku. Dicium pipi ku kiri dan kanan.
“Aifa pergi dulu ma. 2hari lagi aifa balik ye.” Kata ku sambil melambaikan tangan pada ma. Rasa macam nak pergi jauh pun ada. Sediy plak.


“What? Takkan tinggal satu bilik je? Hotel besar macam ni pun boleh kehabisan bilik ke.” Marah aku pada seorang gadis muda di kaunter
check-in. Aizat hanya terdiam sepi. Mungkin dia rasa bersalah kerana tidak membuat persedian yang sempurna untuk percutian terakhir kami ini sebelum dia berangkat ke Australia minggu depan.Sedihku lihat muka dia.
“ Maaf Cik,bilik itu je yang ada lagi. Bilik lain semua dah penuh ditempah.” Kata gadis manis itu padaku. Aku terdiam. Apa yang harus ku lakukan ni. Tak mungkin untuk aku tingga sebilik dengan dia. Dia masih tidak halal buatku. Pening kepala aku dibuatnya.Aku memandangnya tanda aku perlukan pendapatnya sekarang. Tahu diam je.Ketuk kepala baru tahu.
“I tak tahu sayang. I lupa esok sabtu. I patut fikir tentang penginapan kita dulu sebelum datang. I’m sorry to spoil it.” Wajahnya terserlah ras bersalah dan letih. Sian dia. Perut aku dah lapar.Berkeroncong dah bunyinya.
“ Miss,I book the room. In 1 hours I will come back to check-in. its okey?”
Gadis itu hanya mengangguk faham. Aku pula sibuk isi form masuk bilik. Aku menjeling kearah Aizat.Dia sedang memandang tepat kedalam mataku. Dia terkejut Aizat ke bila aku katakana aku akan check-in dalam sejam nanti.Adakah ini bermakna aku perlu berdua dengannya malam ini? Ah,,nanti2 je fikir.Perut yang lapar perlu diisi untuk aku berfikir dengan lebih tenang.
“What you wanna do now aifa.”tanya aizat padaku pada saat aku baru nak menyuapkan spegeti kedalam mulutku. Sabar jela dengan mamat sorang ni. Tak nampak ke aku nak makan ni. Aduhai..
“ Do what? I nak makan la skang ni.” Jawab ku nak taknak.
“About the room sayang. I mean takkan kita nak tinggal berdua. Kan dah janji dengan mama you. Lepas ni kita jalan2 balik je ok.” Merah padam muka aku mendengar kata2 ingin balik dia. Dah la susah2 tuk sampai sini.Dia tak tahu ke sekarang dah pukul berapa? Dah pukul 8 malam.Jalan apenya lagi. Penat pun tak sempat hilang,perut aku pun tak kenyang lagi.
“You nak balik,you balik la. Tinggalkan I kat sini. You pun memang akan tiggalkan I kan minggu depan. So ini la yang patut you buat.Tinggalkan I!”jeritku geram padanya. Nasib baik tak ada yang pandang.Muncungku dah panjang sedepa.Rasanya panjang lagi dari pada sudu and garpu depan aku ni.
“ Dah la,I dah kenyang. I nak balikbilik dulu. You balik la k.bye” Aku bingkas bangun dan berlalu meninggalkan dia yang masih terpingga2.
“ Aifa….” Panggil aizat.Aku buat bodo je.Dah nak balikkan.Balik jelah. Biar aku layan sedih dalam hati ni bersorangan kat sini. Dah la nak tinggalkan aku nanti. Masa untuk bersama yag ciput ni nak di sia2kan macam tu je.Dia ingat aku akan rogol dia pe bila tinggal sebilik nanti.
Giler pe.”Aifa Maisara…! Please stop sayang.”panggilannya lagi. Kali ini aku berhenti dan berdiri tegak di depan pintu hotel.
“ Aifa,jangan macam ni sayang. Takkan I nak balik tinggalkan you. Tapi you betul2 tak kisah kita sebilik untuk dua hari ni.” Ada riak risau diwajahnya. Macam perempuan betul lagaknya tapi tak la macam nyah ye.
“I takut Aizat.I pun takut. But I trust you. I yakin you takkan buat yang bukan2 pada I. Betulkan? You takkan apa2kan I tanpa kerelaan I kan.”
Aku menguatkan keyakinan hati yang Aizat bukan lelaki yang lemah imannya. Lama dia berfikir.Akhirnya dia senyum padaku. Di pegang tanganku.Genggaman tangannya seakan memberi tahu jawapannya padaku dan menguatkan kata hatiku yang dia tidak akan apa2kan aku.Kami beriringan masuk ke lobi hotel menuju ke kaunter masuk. Dihatiku,aku berdebar. Aku yakin dia dapat rasakan peluh dingin di telapak tanganku.Bagaimanakah pula dihatinya?

Sesampai sahaja di pitu bilik aku terus mask meluru ke katil. Besarnya katil. Tapi hanya satu je katilnya. Takkan nak tidur berdua pulak ni.Gadis kaunter tak pulak memberitahu yang bilik ni cuma ada satu katil.
“ You jangan risau,I tidur di sofa malam ni.” Tiba2 sahaja Aizat bersuara. Seakan faham apa yang bermain dia fikiranku. Aku yang membelakanginya berpusing untuk memandang wajahnya. Dia sedang memandangku sambil tersenyum. Senyumannya itu manis sangat. Boleh cair kalau dipandang lama-lama. Aku melarikan pandangan dan menuju ke balkoni. Cantik pandangan malam di Genting Highland. Tak sangka aku disini malam ini. Patut la dia cakap makan pukul 2 tak sempat. Rupanya kami akan balik awal dari biasa hari ini. Nasib baik cuti kerja ku masih ada kalau tidak aku suruh dia datang sorang2 je kesini. Tapi mana boleh. Aku mesti la kena ikut. Lelaki ni sorang2 kat tempat indah macam ni bukan boleh percaya sangat. Dalam 2hari mahunya dia dua tigakan aku pulak nanti. Tapi kalau aku tak percayakan dia kenapa aku berani mati bersama dia didalam bilik ini sekarang? Aduh serabut. Takpe 2hari je kan. Insya-Allah takkan jadi pe2. Aku tersenyum sendiri.
“ You fikirkan ape Aifa.”suara lelaki itu mengejutkan lamunanku. Tapi macam dekat je suara tu.
“ You menyesal ke ikut I datang kesini hari ni.” Memang dia dekat denganku.Dia berdiri di muka pintu balkoni dan bergerak tuk berdiri disebelah ku. Aku terkaku. Peluh dingin membasahi dahi.
“ Tak…tak lah…” jawab ku gagap.
“Ape kes la pulak aku tergagap ni. Dia tak makan orang la. Rilek..rilek Aifa Maisara. Tenang…” aku mengomel didalam dati. Aku menarik nafas panjang. Aku cuba mencari kekuatan untuk memadangnya. Bru sahaja aku angkat muka tuk menatap wajahnya dia sudah pun melangkahkan kaki menuju ke tempat beraduannya malam ini. Terasakah dia?
“I tidur dulu Aifa. Nanti you perlahankan lah terang lampu yer sebelum tidur. ” Dia dah nak tidur? Awalnya.. Baru pukul 9.30 malam.
“ You tak tukar baju ke bie.” Aku melangkah menghampirinya.
“ La takkan dah lelap kot bie? Cepatnya leh tido.” Rasa nak gelak pun ada.Tapi ku simpan didalam hati. Cepat betul dia terlelap. Mungkin penat drive petang tadi. Aku mencapai selimut di katil dan aku selimutkan dirinya. Aku pelahankan terang lampu tidur. Aku mencapai baju tidur diatas beg dan menuju ke tandas untuk mandi. Walaupun disini sejuk tapi badan aku terasa melekit2. Mungkin kerana aku tak mandi2 lagi dari balik kerja tadi. Selesai mandi dan solat,aku mencapai diari biruku. Aku membuka muka surat yang kosong dan mula menulis.

Dear diari..
Dingin dan damai suasana malam ini. Apa yang mama sedang buat dirumah skang ye. Jam menunjukkan pukul 10.15 malam.
Katil yang aku duduk skang ni cukup besar tuk muatkan aku dan dia. Tapi maaf Shahaizat,Kita masih xlayak berbuat begitu.Sian dia tido di sofa je malam ni. Aku lapa lagi sebenarnya. Sayang spegeti tadi tak habis aku makan.Semua gara-gara aizat la ni.
Comel gaya dia tidur. Macam baby je. Muka dia bersih. Walaupun bibirnya tak senyum,matanya tertutup tapi wajah dia masih kacak. Rasa macam nak kucup je dahi dia.Sabar je lah.

Aku tutup diari kesayanganku dan letakkannya di katil. Aku bangun mendekatinya. Aku duduk di sofa bertentangan dihadapannya. Aku tatap wajahnya lama. Pasti aku akan rindukan dia nanti. Pasti wajah ini akan aku mimpikan selalu. Pasti lelaki ini yang akan aku angankan selalu. Aku mendekati dirinya. Melutut betul2 di depan wajahnya. Jelas kedengaran dengus nafasnya. Tanganku membelai rambutnya.
“ Aizat,you jangan lupakan I ye. Jangan tinggalkan I dari hidup you. I mati tanpa you Aizat. I janji akan setia menunggu kepulangan you di sini.” Air mataku berjurai dipipi.
“ Sayang,kalau lah I mampu untuk halang dari biarkan you pergi. I akan hilang semangat I sayang tanpa you. I cintakan you. I terlalu cintakan you Shahaizat.” Aku tatap wajahnya lagi. Mungkin dia sedang bahagia dibuai mimipi. Aku tak berdaya lagi menahan kesedihan dihati. Ku kucup dahinya. Ada air mata yang menitis disitu.
“ I cintakan you Aizat.” Aku bingkas bangun dan menghumbankan badan kecilku ke katil. Aku menangis semahunya disitu.
“ Shahaizat… I love you so much.” Bibirku tidak putus2 mengucapkan namanya. Hanya tuhan yang mengerti bebanan hati untuk melepaskan dia pergi. Akhirnya aku terlena bersama air mata yang masih bersisa. Tanpa ku sedar bahawa lelaki itu jua sedang berlinangan airmata mendengar segalanya..
“I juga terlalu mencintai dirimu Aifa Maisara.” Bisik lelaki itu dihati

0 Pendapat&Kata Anda: