Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 7

" My Dearest Aifa Maisara..
What are you doing right now? How ur work today?
Are you ok honey? Sihat? I miss you alots dear.
Sorry,I jarang reply email you.
Tq for your email every weeks.
I’m very busy here honey. So much things I need todo.
Kalau you ada,you boleh urut2 badan I kan?
Honey,I terpaksa pergi dulu.. I akan email youlagi nanti yer sayang.
Take care. I love you."

Aku terus log out dari Yahoo mail tanpa terasa
ingin membalas email dari insan yang tersangat aku
rindui. Setelah berpuluh-puluh email yang aku
kirimkan,itu je yang dia balas.Sibuk apa yang dia
maksudkan? Macam2 andaian bermain di fikiranku.
"Teruknya lelaki." Dengusku geram
"Aku beralih sayang pada lelaki lain baru tahu."
Sambungku lagi. Aku menghumbankan badanku ke
katil. Wajah Farish bermain2 diminda.Lupa geramku
pada Aizat.
"Huh,sedapnya bila dapat baring macam ni." Aku
mengeliat2 ala-ala perenang kuak lentang. Best
betul feelnya. Tanpa aku sedar,mama sedang berdiri
mencangak di pintu dengan sebakul bajuku yang
telah siap dibasuh. Dia senyum penuh makna
padaku.Tanpa perlu diungkapkan maknanya. Aku
bangun duduk di birai katil dengan wajah masam.
Lebih kurang muka sedang makan asam Boi la rupanya.
"Sedap yer beristirehat. Nah amik ni. Anak dara
ape yang pemalas sangat ni ha?" Bebel mama sambil
menyuakan bakul baju padaku. Aku sambut dengan
seribu kemalasan.
"Ala mama ni. Jeles la tue dengan ketenangan yang
dinikmati Puteri Aifa.kan..kan..kan" Gurauku.
Mama buat muka selumber.
"Puteri apenya. Takda rupa puteri pun kamu ni ha."
Jawab mama sambil mengangkat daguku seperti
menilik sesuatu. Aku mengeletek pinggang mama.
Ditolaknya aku ke katil. Aku ketawa geli hati
apabila mama kata aku gatal merela kerana
merabanya. Mama berlalu keluar. Aku pandang malas
baju yang perlu aku lipat sebakul penuhnya.
Semuanya baju aku pun.
Kucapai satu persatu helai baju. Ada yang aku
hangerkan sahaja dan ada yang aku lipat.
Dipertengah jalan kerjaku, aku terperasan baju
kurung kuning susu milik Maya yang aku pinjam
sewaktu Farish demam tempoh hari. Aku lipat baju
kurung itu kemas dan tempatkannya di sisi ku. Aku
harus pulangkan baju ini segera fikirku.
Handphoneku capai. Jam di skrin menunjukkan pukul
4.15petang.
"Hem leh jumpa Farish jap gi." Rancangku didalam
hati.
Aku mempercepatkan kerjaku. Kalau nak jumpa Farish
tak elok sangat senja2. Pepatah orang2 tua la
kata.Anak kecil tak elok kalu dibiarkan bermain
diwaktu senja.Aku tersenyum puas apabila baju2
yang telah siap dilipat kemas tersusun didalam
almari. Aku capai kemeja-t ungu lembut serta
selendang putih. Aku sarungkan jean dan lilitkan
selendang di leher. Secalit lipstick merah jambu
dicalit dibibir. Aku memandang puas ke cermin
dengan senyuman. Aku capai beg kertas diatas katil
yang berisi baju Maya.Kemudian berlari2 ank turun
ke bawah.
"Ha nak kemana tuan puteri lawa-lawa ni." Tanya
abang sebaik sahaja aku melintasinya di meja makan.
"Jumpa kawan jap.kejap je." Aku menjawab sambil
tersenyum manis. Aku hanya menyarungkan sandal dan
terus memboloskan diri kedalam kereta kesayanganku.
"Eh kena telefon dulu ni. Buatnya takda,bazirkan
minyak je." Aku berdialog pada diri sendiri. Aku
mengeluarkan handphone dari beg tanganku dan terus
mendail number Hakim. Setelah lebih dari dua kali
panggilanku tidak dijawab akhirnya ada yang
besuara di hujung talian.
"Alo,syape ni?" kedengaran suara Farish dihujung
talian. Aku senyum sendiri.
"Farish ni mama la sayang. Papa mana?" tanyaku.
"Papa ada.Tapi asyik tido je.Farish nak pegi taman
mama." Pinta Farish separuh merayu. Hatiku mula
rasa tak sedap.
"Farish tolong bagi mama cakap dengan papa
kejap."pintaku. Beberapa ketika kemudian
kedengaran suara lelaki itu ditelefon. Suaranya
macam nak keluar tak keluar je untuk menjawab
salamku.
"Awak kenapa? Demam ke?" tanyaku sambil
menghidupkan enjin. Aku tekan minyak untuk
berundur setelah menukar gear. Tetapi pada waktu
itu kelibat mama muncul.
"Awak,saya nak kesana nanti hantar baju. Jumpa
nanti k." talian aku matikan.Aku membuka tingkap.
"Mama,Aifa keluar kejap. Janji tak balik lewat."
Kataku dengan tangan diangkat seperti mengangkat
sumpah.
"JANGAN BALIK LEWAT SANGAT AIFA. TAK BERAPA SEDAP
HATI NI." Jerit mama dari muka pintu. Aku
mengangguk faham. Keretaku pandu terus ke tempat
ditujui.Sesampai di depan rumah Hakim aku mencari
tempat strategi tuk meletakkan kereta comelku. Aku
keluar dari kereta dengan beg kertas dan seplastik
keropok dan coklat untuk Farish tersayang. Aku
melangkah tenang. Tiada siapa yang ku lihat berada
diluar rumah mereka. Jarang betul untuk bertembung
manusia ditaman itu.
"Assalammualikum, Hakim,Farish.. Mama ni. Buka la
pintu." Aku memberi salam lagi setelah tiada
respon dari insan2 didalam rumah sambil mengetuk2
pintu beberapa kali.
"Aduh naik sakit dah tangan mengetuk. Mana ni meka
ni.Tido mati ape?" bebelku. Aku ingin mengetuk
pintu sekali lagi. Belum sempat aku ketuk,pintu
terkuak. Muncul seorang lelaki yang kusut masai
keadaannya didepanku.
"Maaf Aifa,saya di atas tadi. Farish baru tido."
Kata lelaki didepanku perlahan. Aku melangkah
masuk kerumah. Buat yang pertama kalinya aku
melihat rumah itu sesepah itu setelah beberapa
kali aku mejejakkan kaki ke rumah ini. Aku
mengutip kertas2 yang bertaburan dilantai.
"Ni mesti kerja si Farish kan. Makin nakal dia."
Kataku. Namun tidak disahut Hakim. Aku menoleh
kebelakang.
"Ya Allah…" itu sahaja perkataan yang dapat aku
luahkan. Aku mendapatkan Hakim yang tersadai di
lantai bertampankan dinding. Wajahnya pucat lesi
tak berdarah.
"Hakim awak kenapa? Saya pimpin awak ke sofa yer."
Aku mengangkat badannya dengan sedaya kudratku dan
memimpinnya ke sofa. Aku baringkan dia disitu.
Dahinya ku sentuh.
"Panasnya badan awak Hakim.. Awak demam
ni.."kataku sambil menyentuh lehernya pula.
" Nak Aifa bawa awak gi klinik ke?" aku bertanya.
Dia mengeleng pelahan. Cemas aku jadinya.
"Saya ke dapur buat air asam jawa yer.. kejap
yer." Aku berlalu ke dapur. Tercari2 aku dimana
letaknya asam jawa.
"Haa jumpa pun.." bisikku. Setelah air perahan
asam jawa siap semangkuk aku bawa ke depan. Aku
melapikkan kain pelekat yang ada berdekatanku di
bawah kepalanya dan aku lumurkan air asam jawa
sambil memicit kepala Hakim.
"Maya..Maya.." panggil Hakim lalu meraih tanganku
yang khusyuk melumur air asam jawa dikepalanya.
"Hakim,awak kenapa? Saya buka Maya,Hakim. Saya
Aifa." Kataku. Aku menarik tanganku kembali dan
bingkas berdiri.
"Saya ke dapur." Kataku lalu berlalu. Aku tahu dia
sedang memerhatikan langkahku. Aku masak ala kadar
dan kembali padanya setelah membasuh pinggan
mangkuk disinki. Aku lihat dia sedang lena tidur
dibuai mimpi. Aku bergegas naik ke atas apabila
rengekkan Farish kedengaran di gegendang telinga.
"Farish nape sayang? Mama Ada ni."Pujukku lalu
memeluk Farish. Mengigau rupanya. Aku berbaring
disisi Farish. Bilik yang sunyi sepi itu aku amati.
"Bilik ni pasti banyak menyimpan memori bahagia
Hakim dan Maya." Aku berbisik didalam hati dengan
rasa sebal yang entah kenapa sebabnya..Sebenarnya
hatiku sakit apabila Hakim menyebut nama Maya
sewaktu aku sedang mengubatinya. Terlalu rindukah
dia pada arwah isterinya hingga diriku dipanggil
Maya? Aku membelai rambut halus Farish. Nyenyak
anak itu tidur.Aku mencium umbun2nya. Kedengaran
bunyi azan berkumandang dari surau.
"Eh dah pukul barapa skang?" tanyaku pada diri
sendiri. Aku mencari2 beg tanganku.Namun tiada
disitu.
"Mesti kat bawah ni." Aku memberi jawapan pada
diri sendiri. Aku berjalan menuruni tangga.
"Awak dah bangun Hakim." Sapaku pada Hakim yang
sedang duduk tertunduk sambil memicit kepalanya.
Di mengangkat wajahnya dan memberikan senyuman
padaku. Senyuman kosong tanpa rasa.
"Awak nak makan? Saya dah masak. Tapi biasa2 jela.
Moi nasi dengan ikan kering. Makan yer?" tanyaku.Dia senyum lagi memandangku.
"Eh,dah pukul berapa ye?" aku mencari2 handphoneku
di dalam beg.
"Mana pulak ni?" kataku bila hp yang ku cari tak
jumpa2 pulak.
"Baru lepas azan Magrib Aifa." Hakim bersuara. Aku
terdiam.
"Magrib!! Saya dah lambat. Saya kena balik dulu
Hakim." Kataku debgan reaki yang agak kelam kabut
apabila menyedari yang aku sudah terlewat.
"Pasti mama risau giler skang. Aduhai.." Luahku .
Bukan pada Hakim tapi pada diri sendiri.
"Saya balik dulu Hakim.Jangan lupa makan makan
dulu sebelum makan ubat k." pesanku. Hakim
mengangguk. Aku memberikan senyuman padanya dan
menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka ada
sesuatu membuatkan aku terpana.Langkahku terhenti.
"Kenapa Aifa?"Hakim bersuara.

0 Pendapat&Kata Anda: