Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 8

“Abang..ape abang buat dekat sini?”aku memberanikan diri bersuara dengan insan yang berwajah singa dimuka pintu. Aku cuba untuk senyum tapi tak berjaya untuk menyembunyikan perasaan terkejutku. Abang langsung tidak menunjukkan reaksi padaku. PANGGG!!!
“ABANG!” Aku memegang pipiku yang terasa panas bagai dibakar setelah tangan kasar abangku menyentuhnya. Air mata mula bertakung di kolam mata.
“Ini la kerja kau selalu menghilang.Buat maksiat! ”kata abang menengkingku. Aku lihat kelibat dua lagi teman abang keluar dari kereta.
“Adik tak buat ape2 bang.Jangan salah faham.” Aku bersuara.Aku cuba untuk memegang tangannya.Malangnya abang menolakku ketepi dan meluru masuk ke rumah.Dia mendapatkan Hakim,begitu juga dua lagi temannya.
“Ape kau buat dengan adik aku ha jantan tak guna!” jerit abang.Suaranya bergema ke seluruh rumah. Koler baju tidur hakim menjadi sasarannya dengan gengaman tangan yang sudah bersiap sedia menghinggap wajah Hakim.
“Hakim.. cakap hakim yang kita tak buat ape2 hakim. Cakap hakim..” pintaku merayu pada Hakim. Dia hanya diam tak bermaya. Aku memeluk pinggang abangku erat. Doaku agar Hakim tidak diapa2kan.Kami tak bersalah dan tak berdosa seperti yang abang sangkakan.
“Abang,Hakim demam.Aifa Cuma tolong bang.Cuma tolong!”
“Tolong? Tolong puaskan nafsu kotor korang!” jerit abang lagi.Tubuh kecilku ditolak ke tepi.Aku terdorong ketepi hingga terhantuk bucu meja .
“Aduh!” aku mengeluh.Dahiku pegang.Ada cecair merah mengalir darinya. Dahiku berdarah.
“Abang tolonglah bang. Kami tak buat ape2 bang. Demi Allah bang.” Aku merayu lagi. Dahiku berdenyut2
“Cakap jantan!Ape korang dah buat ha!” jerit abang lagi. Tapi kali ini bukan hanya dengan jerkahan tapi dengan penumbuk sulungnya yang mengena pipi Hakim.
“Hakim!”aku bingkas bangun. Tangan abangku capai.Aku peluk erat tangan sasa itu.
“Abang sabar bang. Kami tak bersalah bang.Hakim tak bersalah bang.”
Rayuku lagi.Air mata membasahi pipi. Abang merenungku tajam seperti ingin menelanku hidup2.
“Kami tak buat ape2. Aifa cuma temankan anak lelaki saya. Saya tak sihat dan perlukan pertolongan Aifa untuk membantu.” Akhirnya Hakim bersuara. Aku menggangguk. Namun nasib kami bagai jatuh ditimpa tangga.Sewaktu itu juga ahli jawatan kuasa taman dan jiran Hakim muncul didepan pintu termasuk mama.Bagai nak pitam aku dibuatnya.Bala apakah ini.

“Mama,mama percaya la cakap aifa ma. Aifa tukar baju hari tu sebab Farish termuntah di baju Aifa ma.Aifa dan Hakim tak buat ape2 ma.” Aku merayu2 sambil memegang kaki mama. Mama tidak berhenti menangis sejak jiran hakim mengaku aku memang selalu datang ke rumah Hakim dan berkelakuan sumbang. Buktinya aku bertukar2 baju. Tak masuk akal. Tapi apalah dayaku menidakkannya.
“Mama maafkan Aifa ma.Maaf Aifa ma.” Rayuku lagi. Mama tidak memandangku. Terasa diriku seperti benar2 telah mencalit arang kemuka keluargaku.
“Mama tak percayakan Aifa ke ma.Aifa ni anak mama,ma.” Aku mencapai tangan mama dan menciumnya berkali2. Tidak ada rasa malu pada diriku merayu2 begitu. Mama mengosok2 dadanya.
“Mama! Abang,mama bang.Mama pengsan!” jeritku. Abang yang sejak mula perbincangan tadi berdiri di muka pintu bergegas mendekati kami.
Aku menangis lagi dengan air mata yang tak pernah berhenti.
“Kita bawa mama ke hospital sekarang.” Kedengaran suara abang. Suara yang kembali sedia kala.Tidak lagi sebengis seperti mula2nya. Selepas itu,aku hanya mengikuti abang yang mengendong mama ke kereta.

“Mama,maafkan Aifa mama.” Ucapku .Tangan mama ku kucup berkali.
“ Puan Aini mengalami serangan jantung .Mungkin kerana dia terkejut atau menanggung tekanan dari masalah yang dia alami dan nasihat saya cuma cuba kamu berdua elakkan dia dari terkejut atau menanggung tekanan yang berat lagi selepas. Kerana serangan jantung lagi boleh membahayakan nyawanya.Puan Aini perlukan lebih rehat. ” Begitulah
kata doktor hafizi sewaktu aku dan abang di pejabatnya tadi.
“Mama,,,” aku tertunduk menangis lagi disisi mama. Kenapa air mata ini tak boleh berhenti. Hanya tuhan yang tahu sesaknya dadaku sekarang walaupun hanya untuk bernafas.Entah berapa lama aku begitu dibirai katil mama.
“Aifa..” ada suara lembut menyapaku. Suara yang membuatka sesakku reda,suara yang membawaku ke syurga dengan kemaafannya,suara yang melahirkan diriku dan membesarkanku.
“Mama..” aku mencium lagi tangan mama.
“Maafkan aifa ma.” Aku memeluk mama. Makin deras alunan tangisku menghiasi ruang bilik.
“Nikah dengan budak tu kalau Aifa sayangkan mama.” Aku terdiam mendengar kata2 mama.
“Nikah kalau Aifa nak tengok muka mama lagi.” Sambung mama.
“ Ya Allah,Ya tuhanku.. Apakah jawapan yang patut hambamu luahkan Ya Allah.” Berdoaku didalam hati. Sesungguhnya hatiku berkecai seribu. Mama tidak mempercayaiku. Aku menangis lagi. Pelukkanku terus erat walaupun mama tidak membalasnya.
“Maafkan Aifa ma.Maafkan Aifa.” Ucapku. Aku bangun menatap wajah mama. Dia sedang memandangku dengan penuh penantian. Mungkin menantikan jawapanku.
“Aifa nak ke café ma. Mama nak pesan ape2?” tanyaku dengan sunyuman yang hilang madunya. Tidak mahu aku fikirkan jawapan buat permintaan mama sebentar tadi. Mama mengeleng.Aku beralih ingin keluar,namun tanganku dicapai kembali oleh mama.
“ Fikirkan Aifa.” Kata mama. Aku mengangguk perlahan. Terasa lesu badan dan kaki. Aku meraba2 dahiku yang bertampal. Berdenyut. Aku melangkah perlahan menuju ke café. Aku bagai diduniaku sendiri,tiada bunyi asing selain suara mama. Sesungguhnya aku buntu. Otakku menjadi kayu tuk berfikir lagi. Aku mematikan langkah dihadapan pintu surau.

Selesai solat sunat dua rakaat,aku berteleku berdoa di sejadah.
“Ya Allah Ya Tuhanku,Tuhan yang maha besar lagi maha mengetahui. Maha mengampuni dan maha mengasihani. Ampunilah dosa2 ibu bapaku,dosa2 insan2 yang menyayangiku dan dosa hambamu yang lemah ini Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bantu lah hambamu ini Ya Allah. Ringankan lah dugaan2ku Ya Allah. Kuatkan lah diriku dalam menghadapinya Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,Seandainya dengan ujian ini Kau menemukan diriku dengan jodohku,hambaMu redo Ya Allah. Kurniakanlah padaku pasangan yang taat padaMu dan cintakan agamamu.Kurniakan aku pasangan yang soleh,yang mampu membimbingku ke syurgamu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,Jika Iqmal Hakim adalah jodohku yang telah Engkau catitkan buatku,bukakan lah hatiku buat dirinya. Tenangkan diriku sewaktu berdepan dengannya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha mengetahui hambamu.” Aku mengaminkan doa setelah menghabiskan bacaan Al-Fatihah. Air mataku kesat. Aku buka telekung yang ku pakai dan ku lipat kemas. Jam dihandphone menunjukkan pukul 10.15malam. Aku menyarungkan sandal dan menuju ke café. Aku hanya membeli secawan kopi susu dan sebungkus roti sardin. Aku mencari meja disudut yang agak tersorok dan sunyi. Aku ingin bersendiri dan bertenang. Satu persatu permintaan mama muncul difikiranku,bersilih ganti dengan wajah Hakim.
“Assalammualaikum Aifa.” Aku mendongakkan wajah sebaik sahaja kedengaran suara menegurku.
“Hakim..” itu sahaja yang dapat aku ucapkan setelah memandang insan yang menegurku. Aku kembali tertunduk selepas itu. Diam tanpa kata. Entah sejak bila dia muncul pun aku tak sedar dan tidak berniat pula untukku bertanya kenapa dia berada disini.
“Farish,saya tinggal dirumah makcik Kiah.” Ucapnya mematikan kebisuan. Aku hanya mengangguk perlahan. Padahal di fikiranku tiada sikit pun terfikirkan soal Farish waktu itu. Aku sedang mengumpul sebanyak kekuatan untuk bersuara.
“Hakim..” panggilku. Aku mendonggak dan merenung tepat wajah didepanku. Wajah itu masih tidak bermaya seperti selalu.Mungkin kerana demamnya.
“Ye,kenapa Aifa?”Tanya Hakim membalas pandanganku dengan sinar matanya yang suram penuh kesunyian dan kedukaan.
“Awak tak ape2? Pipi awak?” tanyaku berdalih dari hal sebenar yang bermain dibenakku. Hatiku memberontak.Aku memaki2 diri sendiri apabila apa yang aku ingin suara tak keluar tapi soalan bodoh tu yang terkeluar.
“Tak pe2.Saya ok.Awak? Saya nampak dahi awak berdarah tadi.”dia senyum padaku. Mungkinkan dia sedang menyorokkan kegusaran dan kerunsingan hatinya juga sepertiku.
“Saya tak ape2.Tak teruk sangat pun.” Balasku sambil meraba2 lagi ke dahi. Kemudian suasana kembali sunyi. Cuma kekadang kedengaran bunyi troli pinggan kotor disorong. Aku memandang wajah Hakim yang sedang mengacau2 air teh tarik di cawan dengan sudu kecil. Wajahnya tenang namun sedikit kemuraman kelihatan dibalik wajah itu.
“HAKIM…” sekali lagi aku memberanikan diri untuk menyatakan hal sebenar. Di memandang diriku. Menanti dengan panahan mata yang terus ke mataku saat itu. Aku menarik nafas dalam dan panjang.
“Kita nikah. Untuk pulihkan nama keluarga saya dan awak and untuk tak memburukkan lagi keadaan.” Kataku sekali nafas. Aku lihat dia tenang lagi. Ketenangannya buatkan hatiku menjadi tidak keruan.
“Awak dah fikir masak2 Aifa?” Tanya Hakim padaku. Seperti sudah menjangkakan apa yang bermain2 dihatiku untuk diucapkan padanya.
Aku mengangguk perlahan.
“Takkan sebab kejadian petang tadi awak terus ambil keputusan ni walaupun kita tak bersalah Aifa? Perkahwinan bukan hal main2 Aifa. Ia menuntut keikhlasan hati awak.” Tanya Hakim lagi menguji kebenaran kata2ku padanya. Aku diam kembali tanpa kata. Apakah lagi kata yang sesuai untuk aku ucapkan. Kata mama kembali bernyanyi difikiran. Sungguh menyakitkan dan menyeksakan.
“Saya ikhlas dengan keputusan saya Hakim. Mama setuju,abang pun macam tu. Dengan cara ini je boleh buat hidup kami kembali seperti biasa. Saya taknak kehilangan keluarga saya. Saya taknak kehilangan mama.” Ucapku lantang. Ada titis air mata yang mengalir dipipiku. Walau berat keputusan iniku buat,namun untuk kehilangan mama lebih berat buatku.
Kenapa terlalu lemah diri ini untuk menepis dari mengalirkan air mata.
Adakah kerana aku ialah kaum hawa yang lemah hatinya.

0 Pendapat&Kata Anda: