Tuesday, June 16, 2009

3 Masalah 3 Jawapan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke
tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk
mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?


Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin?
Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan
saya..

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda
:Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud
Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan
diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu
tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah
Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut
menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit)
:Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya
atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai
:Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan
sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda
:Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya
tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai
:Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh
saya?

Pemuda
:Tidak.

Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda :Tidak.

Kiyai :Itulah yang
dinamakan takdir..

Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk
menampar anda?

Pemuda :Kulit.

Kiyai :Terbuat dari apa
pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga
terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka
akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


***DUNIA DICIPTAKAN BAGI MANUSIA
MANUSIA DICIPTAKAN BAGI MENUJU AKHIRAT***

Tuesday, June 2, 2009

Hati Buat Gadisku

“Kau gila!Kau gila Isa.”Jerit Darwina. Lengannya terasa perit dicengkam tali guni yang mengikatnya di kerusi.
“Aku sayangkan kau Wina,Ariel tak cintakan kau. Dia cuma nak mainkan kau. Dia cuma nak ambil kesempatan dengan hati suci kau.” Ucap Isa.
“Diammmm. Lepaskan aku Isa. Kau gila..” jerit Darwina. Air matanya bertakung kembali. Terasa berat empangan itu.
“Aku sayangkan kau…”ucap Isa sayu jauh dipelusuk dinding duduk sambil memeluk lutut.
“Itu je ke yang kau mampu cakap Isa. Itu je ke..”
“Tak,aku nak cakap yang aku tak rela kau jadi milik Ariel. Aku tak sanggup tengok kau kecewa. Aku mati bila kau terluka. Aku cintakan kau lebih dari hidupku.”
“Kalau kau cintakan aku kenapa kau buat aku macam ni. Aku nak balik Isa. Aku nak balik.Aku takut..”
“Kau tak boleh balik Wina. Kau kena tinggal di sini. Selagi Ariel hidup,kau tak boleh keluar.Nanti dia akan luka kau.Kau jangan takut wina,aku sentiasa ada disisi kau temankan kau.” Isa jalan perlahan menghampiri Darwina. Sampai dihadapan Darwina,wajah gadis yang sedang menangis didepannya ditenungnya lama.
“Kau sangat cantik Wina.”ucap Isa. Wajah mulus Darwina diusapnya perlahan. Diseka air mata yang membasahi pipi gadis kesayangannya.Darwina terus menangis semahu-mahunya.

Riuh rendah kedengaran dari balik rumah banglo milik encik Helmi dan isterinya puan Syima. Semenjak misteri kehilangan anak gadis tunggal mereka 3 hari lalu,rumah itu tidak pernah sunyi dengan kunjungan rakan-rakan dan sanak saudara memberi sokongan.Tidak kurang juga pegawai-pegawai polis dan polis peronda yang meronda di kawasan perumahan.
“Sabar kak.Insya-Allah Wina tak apa-apa hendaknya.” Pujuk Shuhada adik kepada puan Syima. Kakaknya yang masih bertelekung dipeluk sayu. Puan syima tidak henti-henti menangis.
“Siapalah yang sanggup culik Darwina. Wina gadis lemah Shu. Hati akak risau sangat orang ape-apekan dia. Dia tak tahu melawan.”Lemah Puan Syima bersuara.
“Sabar kak. Sabar..”Hanya itu yang mampu diluahkan. Walau sedar hakikatnya mulut hanya mudah dan ringan berbicara tetapi yang memikulnya hanya terasa berat dan menyeksa.Encik Helmi muncul dimuka pintu.Puan Syima dan Shuhada serenta memandangnya.
“Ada apa-apa berita tentang Darwina abg Helmi.” Tanya Shuhada.Encik Helmi hanya mengeleng berat. Bibir katil menjadi persinggahannya melabuhkan diri. Dia tunduk menekup muka.Suasana bilik sunyi tenggelam dengan bunyi esakan halus seorang bapa.

Disatu banglo lama yang tersembunyi sepi dihujung bandar.
Selepas mengunci pintu utama banglo using itu,lelaki itu terus menuju ke satu bilik ditingkat atas. Walau langkah yang diambil perlahan namun bunyi tapak kasut yang dihasilkan jelas bergema diseisi rumah. Bunyi tapak kasut milik Isa menganggu kententeram hati Darwina yang sememangnya sedang tersesak .Hari ini sudah masuk hari keempat Darwina di kurung di rumah usang tanpa penghuni itu,cahaya terik matahari cerah memancar menembusi cermin. Darwina sudah tidak menangis lagi. Dia sudah penat untuk menangis. Sebaik Isa muncul dimuka pintu,wajah gadis itu ditatapi dengan segaris senyuman.
“Darwina,Isa belikan Wina sarapan.” Tegur Isa. Bungkusan nasi lemak diletakkan diatas meja kayu lama yang ditinggalkan menunggu reput. Darwina memandangnya kosong tidak bermaya.
“Kenapa diam aje Wina. Wina marahkan Isa lagi ke. Isa buat semua ni untuk Wina. Isa sayangkan Wina.” Ujar Isa. Sebesen air bersih dan kain lembab dibawanya kearah Darwina.
“Kau nak buat ape nie Isa..” Darwina bersuara lemah. Wajah Isa dipandangnya. Anak mata mereka bertemu.
“Isa takkan ape-apekan Wina. Percaya la. Setelah semuanya selesai,Isa akan bebaskan Darwina.” Ucap Isa.Kain basah yang direndam dengan air tadi diperahnya. Kain itu dibawa dekat ke wajah Darwina.
“Pasti Wina lagi selesa lepas ni.” Ucap Isa sambil tersenyum. Besen dan kain tadi dibawa pergi meninggalkan Darwina.
“Nak Isa sikatkan rambut Wina?Dah cuci muka kena la sikat rambut pulakkan.” Ucap Isa. Sikat ditangannya menyisir rambut Darwina lembut. Darwina hanya diam tanpa kata sejak tadi.
Dia masih terpana dengan tindakan Isa. Di sangkanya Isa ingin membunuhnya tapi ternyata andaiannya salah. Isa hanya mencuci mukanya dengan kain basah tersebut.
“Darwina,maafkan Isa ye sayang.” Ucap Isa. Darwina terasa hangat ciuman Isa di kepalanya. Selesai menyikat rambut Darwina,Isa menyuapkan Darwina sarapan. Gadis itu hanya menurut tanpa melawan. Isa tersenyum-senyum gembira apabila Darwina mula menyenanginya.Hari dihabiskan hanya denga mendegar cerita-cerita Isa. Bagaimana dia jatuh cinta pada gadis yang diculiknya.
“Kenapa Isa tak pernah berterus terang yang Isa suka Wina?” Tanya Darwina. Dia terasa seperti Isa patut diberikan peluang menjelaskan keadaan sebenar.
“Isa tak berani. Takut Wina tak sudi.” Jelas Isa dengan senyum malu-malu. Darwina tersenyum buat pertama kalinya dengan riak wajah Isa.
“Kenapa Isa culik Wina? Wina tak suka tinggal dekat sini. Tangan Wina sakit.” Darwina memberanikan diri bertanya sebab dirinya diculik. Namun Isa tiba-tiba berdiri dan berlalu meninggalkannya. Darwina kaget. Kerisauannya ternyata benar. Emosi Isa terlalu sukar difahami. Isa muncul dengan sebilah pisau tajam berkilat.
“Apa Isa nak buat ni Isa..” Tanya Darwina. Air mata mula bertakung kembali. Isa tidak membalas pertanyaannya,tetapi semakin dekat menghampirinya.
“Ya Allah bantu lah hambamu ya Allah.” Doa Darwina didalam hati.
“Isa,tolong Isa. Apa Isa nak buat ni.Tolong Isa jangan buat Wina macam ni.” Darwina merayu. Air jernih mula membasahi pipinya.
“Wina duduk diam-diam. Isa janji takkan sakitkan Wina.” Ucap Isa. Darwina terus menangis dan merayu supaya Isa taidak mengapa-ngapakan dirinya.


“Pragggg…” Bunyi kaca pecah dari dapur mengejutkan Ariel yang sedang sibuk dengan agendanya bersama Risya. Mereka sama-sama berpandangan.
“Ariel,you nak pergi mana?”tanya Risya sewaktu Ariel mencapai tuala membalut tubuh. Ariel menunjukkan isyarat diam kearah Risya. Gadis yang tidak berpakaian tanpa seurat benang itu pantas mendapatkannya dan memeluknya dari belakang.
“I takut ni. You nak pergi mana?”tanya Risya perlahan. Ariel ketawa kecil dengan lagak gadis yang baru dibawa pulangnya.
“I pergi tengok honey. Just stay here ok.”
“Taknak! I nak ikut jugak..”pujuk Risya dengan suara manjanya. Ariel mengangguk. Risya mencapai selimut untuk dibalutkan ketubuhnya.Tangan Ariel digenggam kuat.Mereka beriringan bergerak ke dapur.
“Sial,siapa punya kerja ni!” marah Ariel apabila mendapati cermin tingkapnya pecah. Pintu dapur dibuka dan dia keluar memerhati keadaan sekeliling.
“Siapa buat ni,Ariel?”tanya Risya sebaik Ariel masuk semula dan mengunci pintu.
“Keje sape lagi. Kat belakang nie port budak-budak rempit tak sedar diri.Diorang punya keje la tue. Tak berpelajaran,macam tue la jadinya. Menyusahkan orang lain.” Marah Ariel. Risya menarik nafas tenang.
“Ala sayang,rilek la. Jom ke bilik nak. I akan redakan kemarahan you.” Ucap Risya dengan senyuman mengodanya. Ariel senyum penuh makna,matanya liar menjamah tubuh Risya yang sudah tidak berbalut selimut. Risya berlalu menuju ke bilik dan Ariel mengekorinya tanpa sedikit pun terlepaskan dari memandang lenggok lentok gadis bukan muhrim didepannya.
Di bilik suram yang hanya diterangi lampu tidur ,kedengaran suara ketawa manja Risya apabila Ariel mengusiknya. Tanpa mereka sedar ada sesuatu sedang memerhatikan mereka dari balik tirai tingkap. Memerhati dan terus memerhati sambil menunggu waktu yang tepat untuk menerkam mangsanya.
Risya terbaring kepenatan disebelah Ariel. Ariel meraba pehanya. Risya menepis manja.
“Sabar la,penat tau.” Kepala Risya melentok ke bahu Ariel. Masing-masing yang kepenatan menunggu masa untuk terlena. Baru sahaja ingin terlelap Ariel dan Risya dinganggu dengan satu suara.
“Diam! Diam! Ariel cintakan Wina. Ariel hanya cintakan Wina. Dia dah berjanji,selepas tamat belajar dia akan nikahi Wina. Dia takkan curang pada Wina. Dia takkan. Kau menipu! Menipu.Kau cemburukan kebahagiaan Wina dan Ariel.” Suara Darwina menjerit-jerit dalam tangis jelas kedengaran di seluruh bilik. Ariel terkejut. Risya kuat memeluknya.
“Ariel,,ape tue. I ta…takut..” Risya bersuara terketar-ketar.
“Hei.. kau siapa ha??” jerit Ariel dengan berani. Sesuatu yang sedang memerhatikan mereka tersenyum lebar menyaksikan ketakutan kedua manusia itu.
“Kau kenal suara gadis tadi Ariel??” satu lembaga hitam serupa manusia muncul diahadapan mereka. Risya menjerit ketakutan.
“Kau diam perempuan sial!” pekik lembaga itu. Risya terdiam kerana terkejut dan ketakutan.
“kau…kau siapa hah…” tanya Ariel tergagap-gagap.Peluh membasahi dahinya.
“Aku malaikat maut kau Ariel.” Balas lembaga itu dengan ketawa.
“kenapa? Apa kau nak ha?”
“Aku inginkan hati kau untuk dihadiahkan kepada gadis pujaan aku.”balas lembaga itu. Ariel mengigil ketakutan.Sebilah parang bersinar didepan matanya.
“Kenapa kau nak bunuh aku. Kau bunuh perempuan ni. Dia yang mengoda aku untuk curang kepada Darwina.” Tubuh Risya ditarik Ariel kedepannya. Terpinga-pinga gadis itu. Lembaga itu hanya ketawa.
“Nyawa perempuan ini tak standing dengan nyawa kau Ariel. Aku inginkan nyawa kau!hahaha” Ariel menolak Risya kearah lembaga manusia didepannya hingga terjatuh tersungkur gadis itu terhatuk buju meja. Risya terjelepuk jatuh ke lantai. Dahinya berdarah.
“Kau bunuh dia Ariel..”kata lembaga itu mengacah Ariel yang terkejut dengan tindakkannya.
“Tak..Tidak..Aku tak bunuh dia. Aku tak kenal dia!” ucap Ariel.
“Kau tak kenal dia,tapi kau boleh berasmara dengan dia. Kau tak layak untuk Darwina!” luah lembaga itu. Dia semakin dekat menghampiri Ariel.
“Tak,aku tak kenal dia. Aku taknak mati! Aku taknak mati..Arragggghhh!!!” jeritan Ariel kesakitan disusuli dengan ketawa kuat lembaga hitam itu. Tuala disumbat kedalam mulut Ariel.
“ Kau sakiti hati aku setiap kali kau bawa perempuan asing bersama kau. Kau cakar hati aku setiap kali kau curang pada Darwina. Sekarang kau rasa pulak sakitnya hati aku selama ni.hahahaha” hujung parang tajam it uterus menghiris kulit di dada Ariel sehingga darah membuak-buak keluar dari tubuh itu. Mata Ariel terbeliak,jelas menunjukkan dia didalam kesakitan. Lembaga ituterus ketawa. Penyeksaan itu berhenti apabila Ariel tidak lagi mengelupur. Ariel yang sudah tidak bernyawa dibiarkan terus bermandi darah. Lembaga itu terus menghilangkan diri..

Hari kelima.
“Wina,terima kasih temankan I semalam. I rasa bahagia walaupun hanya untuk sementara.” Ucap Isa. Tangan Darwina diciumnya. Darwina hanya tersenyum.
“Maafkan Isa kurung Wina. Isa cuma nak dengan Wina sebelum Isa pergi.” Dahi Darwina berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Isa.
“Isa nak pergi mana? Isa kita kan boleh jumpa lagi di kolej nanti?” tanya Darwina.Tangan Isa digenggamnya.
“Isa nak ke Uk.” Balas Isa pendek.
“Tapi nanti Isa pasti balikkan?” tanya Darwina dengan senyuman. Wajah lelaki didepannya diamati. Sejak semalam Isa lembut melayannya. Pisau digenggaman Isa diingatnya untuk membunuh rupa-rupanya untuk membuka ikatan tali di pergelanggan tangannya. Sejurus ikatan dibuka,kesan-kesan ikatan ditangannya dicium-cium Isa dengan rasa bersalah Isa.
“Maafkan Isa buat Wina sakit. Isa tak bermaksud. Isa takut Wina lari sebelum Isa jelaskan perkara sebenar.” Sekali lagi kesan itu dikucup Isa namun kali ini dengan titis jernih dari mata Isa.
“Kenapa ni Isa?” tanya Darwina pelik. Sisa air mata dipipi Isa diseka. Isa menggeleng.
“Darwina,pasti keluarga Wina akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Isa terpaksa pergi tinggalkan Wina di sini.” Jelas Isa. Darwina genggam tangan Isa kuat.
“Isa nak pergi mana. Temankan Wina. Wina akan jelaskan pada mama dan papa nanti. Wina janji Isa takkan di apa-apakan. Wina akan cakap Isa yang menyelamatkan Wina.” Pujuk Darwina.
“Tak boleh Wina. Isa perlu pergi. Maafkan Isa buat Wina tersesak. Isa terlalu sayang dan cintakan Wina.Isa tak sanggup biar Wina terus disakiti.” Darwina mengangguk walau hakikatnya dia sendiri tidak memahami kenapa Isa selalu menyatakan dia disakiti dan dicurangi.
“Darwina jaga diri dan hati Wina untuk Isa ye.” Pesan Isa. Di telapak tangan gadis itu diletakknya sepucuk surat putih sebelum berlalu pergi meninggalkan Darwina tanpa menoleh kebelakang lagi.

“ Darwina Gadisku,
Assalammualikum,Darwina sayang. Isa terpaksa pergi. Tapi mata hati Isa tetap bersama Wina. Isa akan jadi mata hati Wina untuk setiap lelaki yang menghampiri Wina.Isa tahu,Isa takkan dapat miliki cinta Wina tapi tiada lelaki yang dapat miliki wina jika mereka permainkan Wina. Isa akan pastikan lelaki itu kehilangan hati mereka bila mereka sakiti hati wina. Isa memohon maaf dengan pemergian ini. Maafkan Isa. Cinta Isa selamanya hanya pada Darwina. Walau Isa jauh,Isa akan sentiasa memerhati dan menjaga Darwina.Itu janji Isa selagi Isa bernyawa dimuka bumi ini. Bahagialah Wina untuk Isa. Salam Sayang..
Mohammad Isa”

Darwina mengenggam helaian surat terakhir itu. Air mata terus mengalir tidak berhenti.Terasa ingin dikejar Isa yang telah pergi,namun dimana harus dicari.
Kemunculan kereta papa di halaman rumah usang itu disambut dengan tangis esaknya. Terasa begitu hiba kehilangan insane yang benar-benar mencintainya. Mama memimpin Darwina ke kereta. Disitu bukan lah tempat terbaik untuk bersoal tanya. Beberapa saat selepas itu dua kereta polis tiba ditempat kejadian menyerbu rumah usang yang meninggalkan seribu memori di hati Darwina dan Isa. Darwina tidak lepas memandang rumah itu buat kali terakhir, matanya tertumpu di tingkap bilik dia dikurung Isa mengharap lelaki itu ada menghantar pemergiannya,tetapi lelaki itu tiada disitu. Namun dari jauh sepasang mata tetap setia menemani sehingga kereta encik Helmi hilang dari pandangan.

Sebulan berlalu…
Darwina mencampakkan memori chip digenggamnya ke dalam marak api semarak api amarahnya pada Ariel.Jelas sudah segala-segalanya diruang minda. Selepas dua hari setelah Darwina pulang,dia menerima berita kematian ngeri Ariel yang penuh misteri dimana mayatnya ditemui berulat diatas katil tanpa hati.Berita itu sekali lagi mengugat kekuatannya. Kehilangan Isa dan Ariel menyebabkan Darwina seperti setengah mati. Namun apabila surat dari Isa sampai padanya,segalanya terungkai. Memori chip yang dihantar Isa menjelaskan segalanya. Darwina senyum didepan cermin.
“Isa,terima kasih..” ucap Darwina..

p/s:: huhu tamat la sudah cerpen pertama saya. Sila lah berikan komen dan pendapat ye pada kekurangan dan cacat cela cerpen ini. Terima Kasih sudi membaca. :-)