Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, July 3, 2009

Maria Bidadariku

Setelah hampir seminggu menghilangkan diri,aku pulang malam itu.Aku lihat Maria sedang sibuk menghidangkan makan malam. Wajahnya hambar dan kosong sekali. Aku melabuhkan badan ke sofa. Memberi sepenuh perhatian pada ulasan pemberita di kaca television.
“Abang,mari makan.”Suara Maria mematikan perhatianku. Aku bawa langkah ke meja makan. Duduk bertentangan dengannya.

“Abang ada sesuatu nak cakap.” Aku mula bersuara. Maria masih tenang menyuap makanan. Aku lihat matanya. Ada tompok derita dibalik mata bersinar itu.Sukar untuk aku meluahkan niat sebenar. Tapi aku tetap akan memberitahunya apa yang bernyanyi-nyanyi didalam hati aku saat itu.
“Abang nak failkan…”belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Mata maria memandangku. Matanya sayu menahan derita dijiwa.
“Kenapa?”tanya Maria ringkas dalam nada yang cukup perlahan langsung tidak menunjukkan perasaannya terganggu disaat itu. Aku… Aku ingin lari dari soalan kenapanya. Aku bangun mengangkat pinggan ke dapur meninggalkan Maria.Sekembalinya aku dari dapur,Maria masih dimeja makan. Kaku.
“Kenapa abang tak jawab kenapa?”aku melepaskan keluhan dan melangkah menuju ke ruang tamu. Sekali lagi soalannya aku endahkan.
“Abang bukan lelaki!” marah Maria tiba-tiba. Aku hanya membatukan diri. Aku dengar tapak kakinya deras memanjat tangga. Mungkin ke bilik dalam perangkaanku.

Malam itu kami tidak bertegur sapa. Maria hanya mendiamkan diri membelakangi aku. Aku tahu dia ingin tahu kenapa. Tapi aku tidak kejam untuk menjawab soalannya. Aku tidak mampu bersuara untuk menyatakan aku telah jatuh cinta pada Riana dan aku tidak lagi mencintainya. Kerana yang pasti jawapan itu pasti lebih melukai Maria.
Tanpa sedikit rasa kasihan dan rasa bersalah,aku tetap mendraftkan penceraian dimana Maria akan memiliki rumah dan kereta kami serta 30% dari share syarikat. Didepanku surat perjanjian itu Maria koyak lumat. Berterbangan cebisan-cebisan kertas perjanjian di atas katil.

Dari detik itu,wanita yang telah 10 tahun mencurah bakti dan menemani hidupku bagaikan orang asing. Kami hidup sebumbung dan sebilik tapi kami bersendirian.
Saat memandang wajah murungnya,rasa bersalh mula menyelimuti hati. Terasa bersalah diatas setiap penat lelahnya,tenaga dan kasih sayang yang dia curahkan aku sia-siakan tetapi aku tidak berdaya menarik balik keinginan hati. Aku terlalu mencintai Riana. Maria menangis semahunya didepanku disaat aku memberitahunya kisah cinta aku dan Riana. Itu telah aku jangkakan dari mula. Bahunya aku pegang. Semoga dia mampu menerima kenyataan penghujung perkhawinan kami.Tangisan Maria sedikit sebanyak menyentuh jiwa lelakiku. Namun aku lega,segalanya berjalan dengan lancar dan saat-saat bahagia yang aku impikan untuk bersama Riana semakin cerah.
Pada hari berikutnya,aku pulang lewat dan Maria masih duduk diatas meja tulis. Mengarang rangkap-rangkap ayat di sehelai kertas putih. Aku yang keletihan setelah sehari suntuk melayan kerenah Riana terus terlelap tanpa menghiraukan Maria.Suatu masa aku terjaga dan Maria masih dimeja tadi. Dia masih menulis atau mungkin berkerja. Aku tidak terasa seperti ingin menegurnya. Aku memalingkan tubuh dan terus lena hingga ke pagi.

Dipagi itu selesai bersarapan Maria menyuarakan syarat-syarat penceraian yang dibuatnya. Sehelai kertas diberikan padaku.Maria tidak mahukan apa-apa. Permintaannya yang tertulis sangat mudah,dia hanya inginkan 2bulan sebelum kami bercerai.Cuma 2 bulan.Didalam jangka masa 2bulan itu Maria minta supaya kami menjalani kehidupan seperti biasa sebaik mungkin seperti keluarga-keluarga yang lain.
“Kenapa awak nak saya buat macam tue?”tanyaku. Jawapannya sangat mudah.
“Ikram ada peperiksaan bulan ni. Bulan depan hari kelahirannya.Saya taknak pelajarannya terjejas kerana masalah kita.” Aku mengangguk faham serentak menerima syarat mudahnya itu.
Tetapi bukan setakat itu. Maria ada satu lagi permintaan. Dia meminta supaya mengulangi semula saat hari pertama dia bergelar isteri. Dia meminta aku mengendongnya setiap hari selama 2bulan dari pintu bilik kami hingga ke pintu depan untuk menghantarku sebelum pergi berkerja. Ingin saja aku katakan dia gila. Tapi aku tidak sampai hati. Untuk membuatkan saat akhir kami lebih bermakna padanya aku turutkan saja permintaan peliknya.
Sampai sahaja di pejabat. Riana datang memelukku. Permintaan2 pelik Maria sebelum kami bercerai aku ceritakan satu demi satu pada Riana. Gadis manja didepanku ketawa dengan lengok2 mengodanya. Aku jugak turut ketawa dengan permintaan pelik isteriku itu.
“ No matter what tricks she applies, she has to face the divorce.” Riana bersuara bangga sambil dirangkul aku. Aku hanya tersenyum. Bibir mugil Riana menjadi sarapanku dan pastinya setiap hari selepas 2bulan nanti.

Semenjak aku menyuarakan hasrat untuk menamatkan rumah tanggaku bersama Maria,kami langsung tidak pernah bertentang mata apatah lagi bersama. Jadi pada hari pertama aku menjalankan syarat perjanjian mengendongnya ke pintu adalah perkara yang sangat pelik dan aneh aku rasakan. Ikram yang muncul tiba-tiba di belakang kami tersenyum-senyum.
“Papa dukung mama. Romantiknya.Macam Cinderella dangan Prince charming je. ” Ujar Ikram. Ucapannya membuatkan aku terasa sedikit pedih didalam hati.Aku tidak tahu kenapa. Adakah kerana ini lakonan semata atau aku terluka kerena perbuatanku. Aku menuruni anak tangga berhati-hati. Wajah Maria hanya sejengkal dari wajahku. Di merapatkan wajah ke telingaku.
“Jangan cakap ape-ape pada Ikram tentang penceraian ini.” Aku terkedu. Terasa sayu hati mendengar ucapan penceraian dari bibir Maria. Aku turunkan Maria di muka pintu. Dia mencapai tanganku lalu dicium kemudian berlalu mendapatkan keretanya. Aku memandu bersendirian ke pejabat.

Pada hari kedua,aku mula menyenangi babak lakonan kami ini. Maria menyandarkan kepalanya dibahuku saat aku mengendongnya turun. Haruman wangian yang dipakainya harum mewangi.Aku memandangnya. Di pasti tidak sedar kerana sedang memejamkan mata. Lama aku tidak merenungnya sebegitu. Sehingga aku tidak sedar dia juga turut memandangku.Pagi itu dia menghadiahkan aku segaris senyuman nipis sebelum berlalu. Langkahnya perlahan,lembutdan sopan. Sejenak aku terfikir apa yang telah aku lakukan padanya.
15hari pantas berlalu,malam tadi aku bersama Maria,setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan tanggungjawab batinku padanya.
Hari ke 17,aku semakin dapat merasakan rasa untuk bersama Maria semakin berkobar-kobar dan membara. Maria tidak menolak. Malah disambut dengan senyuman dan aku dilayan seperti raja. Ya ini lah Maria yang menyerahkan seluruh jiwa raganya padaku sejak 10 tahun dulu. Kenapa aku lupa semua itu.
Aku berkemas-kemas untuk pulang. Rania muncul dimuka pintu pejabatku.
“You,malam nie u teman I ye. Mimi takda la. I takut.” Rayu Riana. Leherku dirangkul. Godaannya melemahkan semangatku. Malam itu aku tidak pulang. Begitu juga 2 malam seterusnya. Aku terus bergelumang dosa bersama Riana. Maria?? Maria seakan telah luput dari ingatanku.

Di suatu pagi,azan subuh sayu berkumandang di gegendang telinga. Aku menarik selimut hingga ke kepala. Maria bergerak-gerak.
“Nak kemana?” tanyaku. Maria memandangku.
“Solat bang. Abang pun bangun la.” Aku mendengarnya hanya membalas dengan tarikan selimut menyelubung badan.

Hari ini hari cuti. Handphones dari awal telah aku off. Jika tidak pasti sudah berates kali aku menerima panggilan dari Riana. Pasti ada-ada saja permintaannya.Shopping la,tengok wayang la,takut tinggal sorang la dan yang pasti pabila aku mendengar suara manjanya aku takkan bisa dapat meolak rayuanya. Jadi aku putuskan untuk offkan saja handphones. Maria dari tadi kesana kemari dari dapur ke meja makan menyediakan sarapan. Ikram sibuk bermain dengan hamsternya. Aku amati tubuh wanita yang bergelar isteriku itu. Tubuhnya semakin kurus. Patutlah semakin hari semakin ringan aku rasakan disaat aku mengendongnya.Terdetik lagi dihatiku. Betapa sabarnya wanita ini didalam deritanya. Hatiku terasa sedikit terhiris dengan tindakkanku sendri.

Kini sudah masuk hari ke 5 bulan kedua perjanjian.Ikram muncul dipintu bilik sebaik sahaja aku membukanya.Kali ini dengan camera digital kesayangannya.
“Tiba la masanya papa akan mendukung mama.” Ikram berlagak seperti seorang jurukamera merakam detik-detik itu. Maria tersenyum manis. Tangannya kemas memaut leherku. Entah kenapa aku terasa seperti ingin mencium umbun kepalanya. Maria memandangku pelik .
“Mama,mama pulak kiss papa.” Pinta Ikram. Maria memandangku. Menunggu riaksiku. Aku mengangguk lalu Maria pipiku. Terasa hangat bibirnya menyentuh pipi. Ikram bertepuk tangan gembira. Dalam kegembiraan itu,aku dirundum sayu. Aku lah manusia yang akan menghancurkan kebahgiaan ini. Aku lah manusia yang akan memusnahkan mahligai indah ini.Aku lah manusia yang melenyapkan senyuaman dan kegembiraan di wajah Ikram anakku.
Aku memandu laju ke pejabat. Aku mempercepatkan langkah kaki mendapatkan Riana. Aku telah membuat keputusan.
“Riana Johari,I takkan ceraikan Isteri I.” ucapku lantang. Riana menekup mulut yang ternganga mendengar kata-kataku.
“You demam ke sayang.”Tanya Riana. Dahiku dipegang. Pantas aku menepis. Aku tidak mahu lagi terjerat dengan rayuannya.
“I dah buat keputusan dan keputusan I muktamad. Rumah tangga I hambar selama ini bukan sebab tiada cinta untuk I dan Maria. Tapi I yang tak memberI peluang untuk kami terus bahagia dan menyemai cinta. Walau rumah tangga I bosan tapi I ada isteri yang sabr dan anak yang cerdik untuk memeriahkannya.”Ucapku lancar. Wajah Riana berubah merah.
“You akan menyesal bila you sedar u dah kehilangan i!” pekiknya. Bunyi pintu berdetum kuat bersama pemergian Riana. Aku menarik nafas lega.
“Terima Kasih Ya Allah membuka pintu hati dan peluang untuk hambamu ini.” Aku berdoa dan bersyukur seketika. Selesai solat subuh bersama Maria pagi tadi,hati ku sendiri telah membuat keputusan ini. Maria isteri solehah yang telah membimbingku kembali ke jalan Tuhan.Walau berkali aku memaki hamunnya ketika menganggu tidurku untuk aku bangun berjemaah dengannya namun sekelip mata kuasa Tuhan yang esa mengubah segalanya. Dengan doa-doa ikhlas dari seorang isteri yang taat,terbuka pintu hatiku untuk kembali ke jalan yang benar dan segera bertaubat.

Aku pulang awal hari itu. Sampul coklat berisi surat perjanjian penceraian aku buang ke tong sampah. Jambangan bunga disisi aku cium harum. Hari ini aku akan melamar Maria sekali lagi. Dia akan tetap menjadi suriku sehingga akhir nyawa kami. Senyuman tidak lekang dibibir. Wajah manis Maria setia menghiasi diruang mata.
Semasa memandu pulang aku dikejutkan dengan panggilan berkali-kali dari rumah. Aku pasti itu pasti dari Ikram yang ingin memesan itu ini. Aku biarkan saja panggilan diam sendiri. Sampai diselekoh didepan rumah aku terserempak dengan sebuah ambulans. Terdetik dihati siapa pula yang sakit.

Aku menarik nafas panjang,senyuman telah aku ukir dibibir. Jambangan bunga di seat tepi aku capai. Sebaik sahaja aku melangkah keluar Ikram menangis sedu sedan mendapatkanku.
“Papa,meka bawa mama. Meka bawa mama..” suaranya tersekat2.Aku mula panik. Siapa yang bawa Maria dan kemana hala tujunya. Aku mengendong Ikram masuk. Muncul seorang lelaki didepanku.
“Kenapa ni?” tanyaku. Gaya lelaki didepanku seperti seorang inspector polis.
“Rumah encik telah diceroboh dan isteri encik mengalami pendarahan teruk akibat keguguran.”
“Apa nie inspector. Ape yang kena ceroboh dan kenapa isteri saya keguguran?” tanyaku buntu. Terasa lutut mula mengigil. Peluh-peluh dingin mula membasahi dahi.
“Hahaha isteri u dah mati. You boleh khawin dengan I kan.” Tiba-tiba kedengaran suara Riana terpekik-pekik. Dia melintasi aku dan Ikram. Tangannya digari.
“Encik Harris kami percaya telah berlaku pergaduhan mangsa iaitu isteri encik harris dan suspek cik Riana dari tingkat atas. Dan berkemungkinan besar isteri encik harris ditolak atau tergelincir ketika ingin turun dari tangga. Pendarahan teruk yang dihadapi isteri encik harris mengakibatkan dia telah meninggal dunia ditempat kejadian.” Jelas dan perit sekali penjelasan yang harus aku terima. Bunga buat Maria terlepas dari gengaman. Aku terduduk lesu menyembah bumi.
Jahilnya aku pada Maria. Sehinggakan aku tidak sedar dia mengandungkan zuriatku. PatutlAh dia hanya tersenyum bila ditegur Ikram perutnya buncit tapi badan kurus.Rupa-rupanya Maria merahsiakan sesuatu dari pandanganku.

Hari ini cukup 2bulan tarikh perjanjian. Maria telah pergi selamanya.Aku masih di tanah perkuburan ditinggalkan saudara mara dan rakan-rakan yang beransur pulang. Jenazah Maria baru tadi dikebumikan. Bunga yang ku beli semalam untuknya aku taburkan ke tanah. Masih terbayang wajah Maria memandang aku disaat aku menyampai hasrat untuk meninggalkannya. Masih terbayang wajah Maria dengan senyuman ketika aku mengajak dia bersama. Masih terbayang anak mata bersinar milik Maria yang menyimpan 1001 duka.
“Maafkan abang Maria.” Setitis demi setitis air jernih membasahi pipi. Segera ku seka agar tidak membasahi bumi. Walau seribu penyesalan dihati kerana pernah ingin meninggalkan Maria namun aku bersyukur kerana Tuhan memanjangkan jodohku dengannya. Maria masih bidadari syurgaku.
“Maria tunggu abang disana..”ucap aku didalam hati. Awan biru menemani langkahku pergi meninggalakan makam biadadariku sepi.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Tuesday, June 2, 2009

Hati Buat Gadisku

“Kau gila!Kau gila Isa.”Jerit Darwina. Lengannya terasa perit dicengkam tali guni yang mengikatnya di kerusi.
“Aku sayangkan kau Wina,Ariel tak cintakan kau. Dia cuma nak mainkan kau. Dia cuma nak ambil kesempatan dengan hati suci kau.” Ucap Isa.
“Diammmm. Lepaskan aku Isa. Kau gila..” jerit Darwina. Air matanya bertakung kembali. Terasa berat empangan itu.
“Aku sayangkan kau…”ucap Isa sayu jauh dipelusuk dinding duduk sambil memeluk lutut.
“Itu je ke yang kau mampu cakap Isa. Itu je ke..”
“Tak,aku nak cakap yang aku tak rela kau jadi milik Ariel. Aku tak sanggup tengok kau kecewa. Aku mati bila kau terluka. Aku cintakan kau lebih dari hidupku.”
“Kalau kau cintakan aku kenapa kau buat aku macam ni. Aku nak balik Isa. Aku nak balik.Aku takut..”
“Kau tak boleh balik Wina. Kau kena tinggal di sini. Selagi Ariel hidup,kau tak boleh keluar.Nanti dia akan luka kau.Kau jangan takut wina,aku sentiasa ada disisi kau temankan kau.” Isa jalan perlahan menghampiri Darwina. Sampai dihadapan Darwina,wajah gadis yang sedang menangis didepannya ditenungnya lama.
“Kau sangat cantik Wina.”ucap Isa. Wajah mulus Darwina diusapnya perlahan. Diseka air mata yang membasahi pipi gadis kesayangannya.Darwina terus menangis semahu-mahunya.

Riuh rendah kedengaran dari balik rumah banglo milik encik Helmi dan isterinya puan Syima. Semenjak misteri kehilangan anak gadis tunggal mereka 3 hari lalu,rumah itu tidak pernah sunyi dengan kunjungan rakan-rakan dan sanak saudara memberi sokongan.Tidak kurang juga pegawai-pegawai polis dan polis peronda yang meronda di kawasan perumahan.
“Sabar kak.Insya-Allah Wina tak apa-apa hendaknya.” Pujuk Shuhada adik kepada puan Syima. Kakaknya yang masih bertelekung dipeluk sayu. Puan syima tidak henti-henti menangis.
“Siapalah yang sanggup culik Darwina. Wina gadis lemah Shu. Hati akak risau sangat orang ape-apekan dia. Dia tak tahu melawan.”Lemah Puan Syima bersuara.
“Sabar kak. Sabar..”Hanya itu yang mampu diluahkan. Walau sedar hakikatnya mulut hanya mudah dan ringan berbicara tetapi yang memikulnya hanya terasa berat dan menyeksa.Encik Helmi muncul dimuka pintu.Puan Syima dan Shuhada serenta memandangnya.
“Ada apa-apa berita tentang Darwina abg Helmi.” Tanya Shuhada.Encik Helmi hanya mengeleng berat. Bibir katil menjadi persinggahannya melabuhkan diri. Dia tunduk menekup muka.Suasana bilik sunyi tenggelam dengan bunyi esakan halus seorang bapa.

Disatu banglo lama yang tersembunyi sepi dihujung bandar.
Selepas mengunci pintu utama banglo using itu,lelaki itu terus menuju ke satu bilik ditingkat atas. Walau langkah yang diambil perlahan namun bunyi tapak kasut yang dihasilkan jelas bergema diseisi rumah. Bunyi tapak kasut milik Isa menganggu kententeram hati Darwina yang sememangnya sedang tersesak .Hari ini sudah masuk hari keempat Darwina di kurung di rumah usang tanpa penghuni itu,cahaya terik matahari cerah memancar menembusi cermin. Darwina sudah tidak menangis lagi. Dia sudah penat untuk menangis. Sebaik Isa muncul dimuka pintu,wajah gadis itu ditatapi dengan segaris senyuman.
“Darwina,Isa belikan Wina sarapan.” Tegur Isa. Bungkusan nasi lemak diletakkan diatas meja kayu lama yang ditinggalkan menunggu reput. Darwina memandangnya kosong tidak bermaya.
“Kenapa diam aje Wina. Wina marahkan Isa lagi ke. Isa buat semua ni untuk Wina. Isa sayangkan Wina.” Ujar Isa. Sebesen air bersih dan kain lembab dibawanya kearah Darwina.
“Kau nak buat ape nie Isa..” Darwina bersuara lemah. Wajah Isa dipandangnya. Anak mata mereka bertemu.
“Isa takkan ape-apekan Wina. Percaya la. Setelah semuanya selesai,Isa akan bebaskan Darwina.” Ucap Isa.Kain basah yang direndam dengan air tadi diperahnya. Kain itu dibawa dekat ke wajah Darwina.
“Pasti Wina lagi selesa lepas ni.” Ucap Isa sambil tersenyum. Besen dan kain tadi dibawa pergi meninggalkan Darwina.
“Nak Isa sikatkan rambut Wina?Dah cuci muka kena la sikat rambut pulakkan.” Ucap Isa. Sikat ditangannya menyisir rambut Darwina lembut. Darwina hanya diam tanpa kata sejak tadi.
Dia masih terpana dengan tindakan Isa. Di sangkanya Isa ingin membunuhnya tapi ternyata andaiannya salah. Isa hanya mencuci mukanya dengan kain basah tersebut.
“Darwina,maafkan Isa ye sayang.” Ucap Isa. Darwina terasa hangat ciuman Isa di kepalanya. Selesai menyikat rambut Darwina,Isa menyuapkan Darwina sarapan. Gadis itu hanya menurut tanpa melawan. Isa tersenyum-senyum gembira apabila Darwina mula menyenanginya.Hari dihabiskan hanya denga mendegar cerita-cerita Isa. Bagaimana dia jatuh cinta pada gadis yang diculiknya.
“Kenapa Isa tak pernah berterus terang yang Isa suka Wina?” Tanya Darwina. Dia terasa seperti Isa patut diberikan peluang menjelaskan keadaan sebenar.
“Isa tak berani. Takut Wina tak sudi.” Jelas Isa dengan senyum malu-malu. Darwina tersenyum buat pertama kalinya dengan riak wajah Isa.
“Kenapa Isa culik Wina? Wina tak suka tinggal dekat sini. Tangan Wina sakit.” Darwina memberanikan diri bertanya sebab dirinya diculik. Namun Isa tiba-tiba berdiri dan berlalu meninggalkannya. Darwina kaget. Kerisauannya ternyata benar. Emosi Isa terlalu sukar difahami. Isa muncul dengan sebilah pisau tajam berkilat.
“Apa Isa nak buat ni Isa..” Tanya Darwina. Air mata mula bertakung kembali. Isa tidak membalas pertanyaannya,tetapi semakin dekat menghampirinya.
“Ya Allah bantu lah hambamu ya Allah.” Doa Darwina didalam hati.
“Isa,tolong Isa. Apa Isa nak buat ni.Tolong Isa jangan buat Wina macam ni.” Darwina merayu. Air jernih mula membasahi pipinya.
“Wina duduk diam-diam. Isa janji takkan sakitkan Wina.” Ucap Isa. Darwina terus menangis dan merayu supaya Isa taidak mengapa-ngapakan dirinya.


“Pragggg…” Bunyi kaca pecah dari dapur mengejutkan Ariel yang sedang sibuk dengan agendanya bersama Risya. Mereka sama-sama berpandangan.
“Ariel,you nak pergi mana?”tanya Risya sewaktu Ariel mencapai tuala membalut tubuh. Ariel menunjukkan isyarat diam kearah Risya. Gadis yang tidak berpakaian tanpa seurat benang itu pantas mendapatkannya dan memeluknya dari belakang.
“I takut ni. You nak pergi mana?”tanya Risya perlahan. Ariel ketawa kecil dengan lagak gadis yang baru dibawa pulangnya.
“I pergi tengok honey. Just stay here ok.”
“Taknak! I nak ikut jugak..”pujuk Risya dengan suara manjanya. Ariel mengangguk. Risya mencapai selimut untuk dibalutkan ketubuhnya.Tangan Ariel digenggam kuat.Mereka beriringan bergerak ke dapur.
“Sial,siapa punya kerja ni!” marah Ariel apabila mendapati cermin tingkapnya pecah. Pintu dapur dibuka dan dia keluar memerhati keadaan sekeliling.
“Siapa buat ni,Ariel?”tanya Risya sebaik Ariel masuk semula dan mengunci pintu.
“Keje sape lagi. Kat belakang nie port budak-budak rempit tak sedar diri.Diorang punya keje la tue. Tak berpelajaran,macam tue la jadinya. Menyusahkan orang lain.” Marah Ariel. Risya menarik nafas tenang.
“Ala sayang,rilek la. Jom ke bilik nak. I akan redakan kemarahan you.” Ucap Risya dengan senyuman mengodanya. Ariel senyum penuh makna,matanya liar menjamah tubuh Risya yang sudah tidak berbalut selimut. Risya berlalu menuju ke bilik dan Ariel mengekorinya tanpa sedikit pun terlepaskan dari memandang lenggok lentok gadis bukan muhrim didepannya.
Di bilik suram yang hanya diterangi lampu tidur ,kedengaran suara ketawa manja Risya apabila Ariel mengusiknya. Tanpa mereka sedar ada sesuatu sedang memerhatikan mereka dari balik tirai tingkap. Memerhati dan terus memerhati sambil menunggu waktu yang tepat untuk menerkam mangsanya.
Risya terbaring kepenatan disebelah Ariel. Ariel meraba pehanya. Risya menepis manja.
“Sabar la,penat tau.” Kepala Risya melentok ke bahu Ariel. Masing-masing yang kepenatan menunggu masa untuk terlena. Baru sahaja ingin terlelap Ariel dan Risya dinganggu dengan satu suara.
“Diam! Diam! Ariel cintakan Wina. Ariel hanya cintakan Wina. Dia dah berjanji,selepas tamat belajar dia akan nikahi Wina. Dia takkan curang pada Wina. Dia takkan. Kau menipu! Menipu.Kau cemburukan kebahagiaan Wina dan Ariel.” Suara Darwina menjerit-jerit dalam tangis jelas kedengaran di seluruh bilik. Ariel terkejut. Risya kuat memeluknya.
“Ariel,,ape tue. I ta…takut..” Risya bersuara terketar-ketar.
“Hei.. kau siapa ha??” jerit Ariel dengan berani. Sesuatu yang sedang memerhatikan mereka tersenyum lebar menyaksikan ketakutan kedua manusia itu.
“Kau kenal suara gadis tadi Ariel??” satu lembaga hitam serupa manusia muncul diahadapan mereka. Risya menjerit ketakutan.
“Kau diam perempuan sial!” pekik lembaga itu. Risya terdiam kerana terkejut dan ketakutan.
“kau…kau siapa hah…” tanya Ariel tergagap-gagap.Peluh membasahi dahinya.
“Aku malaikat maut kau Ariel.” Balas lembaga itu dengan ketawa.
“kenapa? Apa kau nak ha?”
“Aku inginkan hati kau untuk dihadiahkan kepada gadis pujaan aku.”balas lembaga itu. Ariel mengigil ketakutan.Sebilah parang bersinar didepan matanya.
“Kenapa kau nak bunuh aku. Kau bunuh perempuan ni. Dia yang mengoda aku untuk curang kepada Darwina.” Tubuh Risya ditarik Ariel kedepannya. Terpinga-pinga gadis itu. Lembaga itu hanya ketawa.
“Nyawa perempuan ini tak standing dengan nyawa kau Ariel. Aku inginkan nyawa kau!hahaha” Ariel menolak Risya kearah lembaga manusia didepannya hingga terjatuh tersungkur gadis itu terhatuk buju meja. Risya terjelepuk jatuh ke lantai. Dahinya berdarah.
“Kau bunuh dia Ariel..”kata lembaga itu mengacah Ariel yang terkejut dengan tindakkannya.
“Tak..Tidak..Aku tak bunuh dia. Aku tak kenal dia!” ucap Ariel.
“Kau tak kenal dia,tapi kau boleh berasmara dengan dia. Kau tak layak untuk Darwina!” luah lembaga itu. Dia semakin dekat menghampiri Ariel.
“Tak,aku tak kenal dia. Aku taknak mati! Aku taknak mati..Arragggghhh!!!” jeritan Ariel kesakitan disusuli dengan ketawa kuat lembaga hitam itu. Tuala disumbat kedalam mulut Ariel.
“ Kau sakiti hati aku setiap kali kau bawa perempuan asing bersama kau. Kau cakar hati aku setiap kali kau curang pada Darwina. Sekarang kau rasa pulak sakitnya hati aku selama ni.hahahaha” hujung parang tajam it uterus menghiris kulit di dada Ariel sehingga darah membuak-buak keluar dari tubuh itu. Mata Ariel terbeliak,jelas menunjukkan dia didalam kesakitan. Lembaga ituterus ketawa. Penyeksaan itu berhenti apabila Ariel tidak lagi mengelupur. Ariel yang sudah tidak bernyawa dibiarkan terus bermandi darah. Lembaga itu terus menghilangkan diri..

Hari kelima.
“Wina,terima kasih temankan I semalam. I rasa bahagia walaupun hanya untuk sementara.” Ucap Isa. Tangan Darwina diciumnya. Darwina hanya tersenyum.
“Maafkan Isa kurung Wina. Isa cuma nak dengan Wina sebelum Isa pergi.” Dahi Darwina berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Isa.
“Isa nak pergi mana? Isa kita kan boleh jumpa lagi di kolej nanti?” tanya Darwina.Tangan Isa digenggamnya.
“Isa nak ke Uk.” Balas Isa pendek.
“Tapi nanti Isa pasti balikkan?” tanya Darwina dengan senyuman. Wajah lelaki didepannya diamati. Sejak semalam Isa lembut melayannya. Pisau digenggaman Isa diingatnya untuk membunuh rupa-rupanya untuk membuka ikatan tali di pergelanggan tangannya. Sejurus ikatan dibuka,kesan-kesan ikatan ditangannya dicium-cium Isa dengan rasa bersalah Isa.
“Maafkan Isa buat Wina sakit. Isa tak bermaksud. Isa takut Wina lari sebelum Isa jelaskan perkara sebenar.” Sekali lagi kesan itu dikucup Isa namun kali ini dengan titis jernih dari mata Isa.
“Kenapa ni Isa?” tanya Darwina pelik. Sisa air mata dipipi Isa diseka. Isa menggeleng.
“Darwina,pasti keluarga Wina akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang. Isa terpaksa pergi tinggalkan Wina di sini.” Jelas Isa. Darwina genggam tangan Isa kuat.
“Isa nak pergi mana. Temankan Wina. Wina akan jelaskan pada mama dan papa nanti. Wina janji Isa takkan di apa-apakan. Wina akan cakap Isa yang menyelamatkan Wina.” Pujuk Darwina.
“Tak boleh Wina. Isa perlu pergi. Maafkan Isa buat Wina tersesak. Isa terlalu sayang dan cintakan Wina.Isa tak sanggup biar Wina terus disakiti.” Darwina mengangguk walau hakikatnya dia sendiri tidak memahami kenapa Isa selalu menyatakan dia disakiti dan dicurangi.
“Darwina jaga diri dan hati Wina untuk Isa ye.” Pesan Isa. Di telapak tangan gadis itu diletakknya sepucuk surat putih sebelum berlalu pergi meninggalkan Darwina tanpa menoleh kebelakang lagi.

“ Darwina Gadisku,
Assalammualikum,Darwina sayang. Isa terpaksa pergi. Tapi mata hati Isa tetap bersama Wina. Isa akan jadi mata hati Wina untuk setiap lelaki yang menghampiri Wina.Isa tahu,Isa takkan dapat miliki cinta Wina tapi tiada lelaki yang dapat miliki wina jika mereka permainkan Wina. Isa akan pastikan lelaki itu kehilangan hati mereka bila mereka sakiti hati wina. Isa memohon maaf dengan pemergian ini. Maafkan Isa. Cinta Isa selamanya hanya pada Darwina. Walau Isa jauh,Isa akan sentiasa memerhati dan menjaga Darwina.Itu janji Isa selagi Isa bernyawa dimuka bumi ini. Bahagialah Wina untuk Isa. Salam Sayang..
Mohammad Isa”

Darwina mengenggam helaian surat terakhir itu. Air mata terus mengalir tidak berhenti.Terasa ingin dikejar Isa yang telah pergi,namun dimana harus dicari.
Kemunculan kereta papa di halaman rumah usang itu disambut dengan tangis esaknya. Terasa begitu hiba kehilangan insane yang benar-benar mencintainya. Mama memimpin Darwina ke kereta. Disitu bukan lah tempat terbaik untuk bersoal tanya. Beberapa saat selepas itu dua kereta polis tiba ditempat kejadian menyerbu rumah usang yang meninggalkan seribu memori di hati Darwina dan Isa. Darwina tidak lepas memandang rumah itu buat kali terakhir, matanya tertumpu di tingkap bilik dia dikurung Isa mengharap lelaki itu ada menghantar pemergiannya,tetapi lelaki itu tiada disitu. Namun dari jauh sepasang mata tetap setia menemani sehingga kereta encik Helmi hilang dari pandangan.

Sebulan berlalu…
Darwina mencampakkan memori chip digenggamnya ke dalam marak api semarak api amarahnya pada Ariel.Jelas sudah segala-segalanya diruang minda. Selepas dua hari setelah Darwina pulang,dia menerima berita kematian ngeri Ariel yang penuh misteri dimana mayatnya ditemui berulat diatas katil tanpa hati.Berita itu sekali lagi mengugat kekuatannya. Kehilangan Isa dan Ariel menyebabkan Darwina seperti setengah mati. Namun apabila surat dari Isa sampai padanya,segalanya terungkai. Memori chip yang dihantar Isa menjelaskan segalanya. Darwina senyum didepan cermin.
“Isa,terima kasih..” ucap Darwina..

p/s:: huhu tamat la sudah cerpen pertama saya. Sila lah berikan komen dan pendapat ye pada kekurangan dan cacat cela cerpen ini. Terima Kasih sudi membaca. :-)