Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke
tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk
mencari
seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin?
Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan
saya..
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda
:Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud
Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan
diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu
tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah
Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiyai tersebut
menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit)
:Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya
atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai
:Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan
sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda
:Ya!
Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya
tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai
:Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh
saya?
Pemuda
:Tidak.
Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan
dari saya hari ini?
Pemuda :Tidak.
Kiyai :Itulah yang
dinamakan takdir..
Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk
menampar anda?
Pemuda :Kulit.
Kiyai :Terbuat dari apa
pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga
terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka
akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
***DUNIA DICIPTAKAN BAGI MANUSIA
MANUSIA DICIPTAKAN BAGI MENUJU AKHIRAT***
Tuesday, June 16, 2009
3 Masalah 3 Jawapan
Posted by Cik Puan Ninie at 7:40 AM 0 Pendapat&Kata Anda
Labels: Kongsi Cerita dan Berita
Thursday, May 21, 2009
PENGHARAMAN TUDUNG DI IPTA&IPTS
Baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.
Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-
Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.
Ape sudah jadi dengan isu ini?? di diam begitu sahaja.
Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di Malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid?? adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini?? jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM)
MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak kementerian juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT
P/S: Hehehehehehe jgn marah sbb saya pun kena gak, so kalau xnak kena sorang post la kat kawan2 semua....
Posted by Cik Puan Ninie at 9:03 AM 0 Pendapat&Kata Anda
Labels: Kongsi Cerita dan Berita





