Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 13

“Aizat..You dah balik?” ucapku perlahan didalam pelukkan lelaki disampingku.
“You dapat bunga yang I kirim?” Tanya Aizat dengan senyuman. Pelukkan dileraikan.Aku hanya mengangguk mengiakan.
“Jom duduk. I dah pesan makanan kegemaran you. Banyak cerita yang I nak dengar dari kekasih hati yang I rindu nie tau.” Kata Aizat lalu menarik tanganku ke meja makan.Aku hanya menuruti langkahnya. Sampai di meja makan sunyi menemani kami.Entah kemana orang sekeliling.Hanya kadang-kadang bunyi sudu terlanggar pinggan yang kedengaran. Aku kebuntuan kata-kata. Entah ayat apa yang harus dimulakan dulu.
“You diam je. Still terkejut lagi?”Tanya dia dalam merenungku dengan senyumannya.Buat seketika kami berbalas senyuman. Senyuman yang sengajaku buat2.Aku masih kaku.
“I tahu you terkejut lagi? I baru malam semalam sampai Malaysia. Sengaja tak gi tahu you. SURPRISE!!” Ucapnya sambil tertawa kecil.
“I rindukan you. I minta maaf lama tak kirimkan berita pada you. I bertungkus lumus tuk siapkan kerja disana dengan segera dan u tengok I dimana sekarang. I di depan you sambil memengang tangan you tau. I takkan tinggalkan you lagi. I janji.” Ucapan Aizat lancar. Aku terkesima. Kadang kala aku rasakan bagai aku bukan dialam nyata.
“You dah balik?” buat kali kedua aku mengucapkan ayat yang sama. Namun kali ini entah kenapa tiba-tiba ucapku itu turut ditemani titis air mata. Pantas aku menyekanya dengan tisu.
“ Bagus la you dah balik.You sihat?”aku meguatkan semangat untuk berbicara dengannya.
“I sihat sayang. You pun sihatkan? Mama and abang ape khabar?” Tanya Aizat. Tangannya erat mengenggam tanganku kuat. Aku hanya membiarkan perbuatannya. Sedikit sebanyak perbuatannya menenangkan keresahan hatiku juga.
“Mama dan abang sihat. I plak gini la sekarang.” Jawabku dengan senyuman mula terukir ikhlas dibibir.Aku perlu kuat sekarang.
“You nampak sangat cantik bila u pakai tudung. Sejuk hati I memandangnya. Sejak bila ni u pandai pakai tudung nie?” Tanya Aizat. Wajahku yang ingin disentuh segera ku larikan.Aizat terkesima dengan perbuatanku. Tangannya jatuh semula ke jari-jariku.
“Sejak bila aku mengenakan tudung?” aku bertanya pada diri sendiri.
“Aifa kelihatan lebih ayu bila bertudung. Bolehkan Aifa bertudung untuk abang.” Kedengaran imbasan suara Hakim ditelingaku.Seakan mengingatkanku permulaan aku mula memakai tudung dan juga mengingatkan aku kewujudannya didalm hidupku.
“Abang!” ucapku separuh jerit. Apa dah berlaku ni. Apa aku buat dengan Aizat tanpa pengetahuan suamiku. Ya Allah ampuni hambamu yang lemah dan sentiasa lalai ini Ya Allah. Bisikkan dihatiku.
“Kenapa dengan abang sayang?”Tanya Aizat.Dia kelihatan sedikit terkejut dengan perlakuanku tiba-tiba.
“Tak ada ape-ape Aizat. I kena balik office skang. I ada meeting skang.I lupa. I pergi dulu.” Kataku lalu bingkas bangun dan ingin berlalu. Tetapi sewaktu itu juga Aizat pantas memegang tanganku.
“Malam lusa,ibu buat majlis kesyukuran semperna kepulangan I. You datang ye. I ada something istimewa untuk you.” Ucap Aizat sambil senyum penuh makna.
“Insya-Allah Aizat I datang.I terpaksa pergi dulu.” Balasku. Aizat melepaskan pegangan tangannya.
“Hati-hati..”pesanan dia sebelum aku berlalu pergi. Aku mengangguk lalu memulakan langkah pergi.
“Aifa…” Panggil Aizat kembali. Aku berpaling mengadapnya.
“Handphone you. Jatuh tadi.” Aizat memberikan semula handphone ku padaku.
“Thanks.” Ucapku dan terus berlalu memasuki lif dan terus hilang dari penglihatan Aizat.
Sesampai di parking. Lama aku menghabiskan masa bersendiri didalam kereta.
“Apa yang harus aku lakukan??” tanyaku sendiri. Enjin aku hidupkan dan berlalu dari Sogo ke suatu tempat untuk mencari ketenangan dan nafas yang hampir putus tadi.
Angin bertiup sepoi-sepoi. Daun-daun tua dari pokok rendang berterbangan ditiup angin lalu jatuh ke bumi.Terasa dingin pipi disapa angin. Hanya kicauan burung yang menghiasi sunyi taman dan kegusaran hatiku. Taman sunyi tanpa pengunjung. Mungkin masih terlalu awal untuk keluar beriadah.Aku menyelesakan badan di kerusi batu yang menjadi tempat aku memerhatikan gelagat Farish ketika bermain selalunya. Terasa rindu pula pada anak lelakiku seorang itu. Aku keluarkan handphone dari beg. Berkali-kali aku cuba hidupkan namun gagal. Nampaknya handphone telah rosak akibat terjatuh tadi. Aku tiada gaya. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain duduk menikmati persekitaran taman. Mataku tertumpu pada sepasang kekasih yang duduk jauh dibangku sana. Walau wajah mereka kurang jelas namun kelakuan mereka jelas dipandangan. Pasangan itu seolah-oleh sedang membincangkan sesuatu dan seperti sedang bergaduh. Si pemuda masih cuba memujuk kekasih hati dengan menyisir lembut rambut kekasihnya. Buat seketika keadaan mereka kembali tenang. Mereka masih seperti membincangkan sesuatu tapi dengan cara yang lebih tenang. Namun tidak lama mereka begitu. Si kekasih pemuda itu bangun tiba-tiba dan terus berlalu tanpa si pemuda mengejarnya. Pemuda itu tunduk menyembah tanah. Tangannya meraup muka. Mungkin pemuda itu sedang kesedihan dihatiku berkata.Mudahnya berakhir sebuah perhubungan. Hatiku terusik pilu. Aku kembali memikirkan masalahku. Pemuda itu tidak lagi menjadi tumpuan mataku. Aku melarikan mata jauh ke langit. Mendonggakkan kepala ke langit dan memerhatikan awal berarak sangat mententeramkan jiwa. Alangkah bahagianya hidup setenang awan. Tapi langit tak sentiasa cerah. Tetap ada mendung dan hujan. Begitu jugakah lumrah manusia ada mendung dan hujannya.
“Assalamualaikum..” sedang leka aku memerhatikan langit aku disapa satu suara memberikan salam. Aku membetulkan dudukku dan mencari pemilik suara tersebut.
“Walaikumsalam..Eh awak bukan pemuda yang..” ucapku sebaik sahaja memandang pemuda disebelahku.
“Ye saya lah yang awak lihat dengan kekasih saya tadi dekat kerusi sana tue.” Balas pemuda itu.
“Maaf tak bermaksud nak tengok perbualan awak dan kekasih awak.” Ucapku. Terasa bersalah pula.
“Tak pe. Kawasan umum,sape-sape pun boleh tengok. Tiada bayaran.” Kata pemuda itu bersahaja.
“Awak buat ape sorang disini?”Tanya pemuda iu pula padaku.
“Berehat,menikmati permandangan. Percumakan.”balasku dengan ketawa kecil. Memerli. Pemuda itu juga turut ketawa sama.
“Kemana awak pergi tadi,menghilang tiba2?” tanyaku. Saja ingin tahu kehilangannya.
“Ooo tadi.. Saya jumpa x-kekasih saya. Awak nak tahu ape saya cakap waktu jumpa dia tadi.Saya beritahu dia,saya maafkan dia dan doakan dia bahagia dengan pasangannya.” Balas pemuda itu bersahaja. Tenang tutur katanya. Aku mula mengagumi kekentalan hati pemuda ini.
“Tak payah berawak-awak. Saya rasa awak lagi sesuai panggil saya kakak je. Awak cam muda lagi je dari saya.” Aku senyum padanya. Dia mengangguk.
“Akak ye? Ok..ok..Saya Imran.” Dia memperkenakan diri. Aku mengangguk faham.
“Hidup nie tak lepas dari cabaran dan dugaankan kak?Lepas satu pergi,satu datang.” Imran bersuara. Aku hanya mendengar luahan katanya.Mata kami terus tertumpu pada langit.
“Tanyaku pada langit. Bila kah pelangi akan muncul. Aku sangat rindukan pelangi. Langit menjawab kembali padaku. Pelangi akan muncul sesudahnya hujan renyai.” Belum sempat aku meyambung kata-kata. Imran lebih dahulu menyambungnya.
“Pelangi itu indah tetapi kita melihatnya setelah mendung dan hujan. Pelangi diibaratkan seperti kebahagiaan.Jadi hidup kita lebih bahagia setelah menjalani ujian dan dugaan la ye kak.” Ujar Imran.
“Dugaan tak berhenti,bahagia sukar dicari. Akak pun tak tahu. Mungkin bahagia itu pelangi.” Jawabku lalu bingkas berdiri. Jam ditangan menunjukkan pukul 5 suku petang.
“Akak kena balik. Anak dan suami akak mesti dah sampai rumah tunggu akak.”
“Akak dah kawen. Bagus la. Saya baru mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dengan dia tapi impian hancur di tengah jalan. Akak kena terus kuat untuk hidup bahagia tau kak. Paling tidak terus bahagia untuk saya.” Ucap Imran dalam nada sayu. Aku turut merasa kesedihannya pada tika itu.
“Saya pergi dulu kak. Jaga diri. Terima Kasih sudi menemani saya petang ni. Jumpa lagi.” Ucap Imran sebelum berlalu pergi.
“Bye Im. Jumpa lagi.”balasku. Kami mengambil langkah masing2. Aku menuju laju ke kereta. Terasa sedikit bersemangat setelah puas berehat ditaman bersama Imran. Wajah Hakim dan Farish satu persatu bermain difikiran. Rindu..
Belum sempat aku membuka pintu kereta tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman kuat entah dari mana.Aku yang terkejut memerhatikan keadaan sekeliling. Di satu simpang jalan keluar dari taman aku lihat ramai orang berlari-lari menghampiri sesuatu. Entah mengapa langkah kakiku turut laju menuju ke tempat tersebut.Semakin dekat aku menghampiri tempat kejadian semakin berdebar rasa dihati.Hati tertanya-tanya apakah yang telah berlaku.
“Telefon hospital cepat!Ada kemalangan!” terdengar jeritan seorang lelaki dari tempat itu.
“Kemalangan??” Aku bersuara perlahan. Langkahku mulai perlahan dan lalu terhenti di pertengahan jalan.

1 Pendapat&Kata Anda:

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

hu.h.u.u.h.u.u

mmg suspen!~