Monday, May 25, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 16

Episod 16
“Aizat,what are you doing here?” tegurku sebaik sahaja wajah aizat tersembul di depan pintu pejabat. Lelaki itu senyum penuh makna padaku.
“Saje,melawat tuan puteri.” Jelasnya dalam bergurau. Aku senyum
“Sila la duduk. You nak minum ape2?” tanyaku.Aizat melabuhkan punggungnya ke sofa.
“Tak payah la. Kita pun nak cepat nie.” Balasnya. Aku tercengang.
“Kita?? Ada ape nie?” tanyaku. Ada ape-ape yang aku lupa ke?
“Hermm you lupa la tue. Kan ada majlis di rumah i. Lepas asar.” Jawab aizat.Aku telan air liur. Macam mana aku boleh lupa. Otakku ligat memikirkan alasan untuk mengelak.
“I tak lupa. Cuma I ingat majlis tue malam nanti. Kerja I tak selesai lagi nie.” Kataku.
“I tunggu. Takpe..” balasnya bersahaja. Aku mengigit bibir. Tika otak ligat memikirkan alasan seterusnya tiba-tiba handphoneku berbunyi. Tertera nama Hakim di skrin. Handphone aku genggam kejap.
“Kenapa tak jawab.”Tanya Aizat. Dia menghampiriku.
“Aaa,number I tak kenal. Buat ape jawab. Kalau penting sangat kenapa tak kal je office i.” jawab ku. Handphone pantas aku masukkan ke dalam beg tangan. Risau jika Aizat mencapainya dan membelek2 handphone ku.
“I call you tak dapat tapi ada number tak kenal dapat call you. Pelik.” Tanya Aizat. Aku tergumam.
“Hermm..err…I beli number baru waktu beli hp baru-baru nie.I terlupa nak gi tahu you. Sorry” jawabku buntu. Aizat pula tak habis merenungku. Cemas aku dibuatnya.
“Aizat,takkan I nak pergi dengan pakaian macam nie je.Kalau ye pun bagi la I balik rumah dulu.” Aku cuba memberi alasan kedua.
“Takpe. You look very nice in this baju kurung.”balas Aizat ringkas.Baju kurung putih dengan bunga-bunga kecil merah jambu pemberian Hakim aku amati.
“Aduh bagaimana nak mengelak nie.” Gomelku di dalam hati. Jam menunjukkan hampir 4 petang.
“Aizat,dah pukul 4 nie. Tak lama lagi nak masuk dah asar. You balik dulu,nanti I menyusul ye. I kena jugak siapkan kerja I nie.” Ucap ku dengan harapan Aizat akan beralah dari terus menunggu ku disitu.
“Hermm I ingat nak balik dengan you je skali. Takpe, I tunggu you je la.” Balasan dari Aizat yang membuatku semakin tak senang duduk. Sudah berkali terasa vibrate dari dalam beg tanganku. Pasti Hakim yang menghubungiku lagi. Tiba-tiba aisyah tersembul dimuka pintu.
“Aifa,ada call untuk you.” Beritahu aisyah. Hati ku yakin bahawa yang menelefonku ialah Hakim.
“I sambungkan ke atau you nak cakap di luar je?” Tanya Aisyah.
“A’aaa.dari meja you jelah.”balasku. Pantas aku berdiri dan membawa diri ke meja Aisyah. Aizat ku biarkan bersendirian di bilik.
“Husband you, I think.” Beritahu aisyah. Aku hanya mengangguk faham.
“Assalammualaikum,abang. Aifa ni.” Salam ku ucapkan dibalas Hakim.
“Aifa,Abang call hp aifa berkali. Abang ada berita nak dikhabarkan nie.” Ujar Hakim. Ada nada cemas dari balik suaranya.
“Aifa ada meeting tadi abang. Kenapa abang? “tanyaku. Tertanya-tanya aku pada diri sendiri apa yang bakal diberitahu hakim padaku.
“Farish,abang dapat call dari nusery. Farish terjatuh waktu main dan dahi dia terhantuk pada bucu.” Beritahu Hakim.
“Ya Allah. Farish tak ape-ape ke bang. Macam mana boleh jadi macam tue? Di mana dia sekarang?Nak aifa amik dia di nusery sekarang ke?” Tanyaku bertalu-talu. Rasa risau pada Farish yang teramat sangat hampir-hampir membuatkan aku rasa seperti hendak pitam.
“Aifa tenang ye. Abang ada dengan dia skang. Baru balik dari klinik.Takde pe2,cuma kena jahit sikit.” Jelas Hakim dengan tenang.
“Sampai jahit xpe-pe ke tue. Abang jangan cakap tuk tenangkan Aifa je.” Marah aku tiba-tiba.
“Aifa, Jangan la marah. Farish tak ape-ape. Abang kal nie pun cos Farish nak sangat cakap dengan Aifa. Dari tadi dia kal Aifa tak jawab-jawab.Kejap ye.” Jelas Hakim padaku. Telefon bertukar tangan. Kedengaran suara Farish. Rasa nak menitis air mata mendengar suara anak itu.
“Mama,mama marah papa ke?” tanyanya. Pasti pertanyaannya itu ditujukan kerana Hakim cakap jangan marah tadi padaku. Pintar sungguh si Farish nie.
“Mama tak marah sayang la sayang. Sayang tak ape-ape ke? Sakit tak kena jahit sayang.” Tanyaku.
“Tak sakit la. Farish tengok je muka kakak nisa.Papa cakap kalau tengok tak sakit. Betul mama..” cerita anak itu beria-ria. Aku yang mendengarnya tersenyum puas kerana anakku tidak apa-apa. Hilang sedikit rasa risau yang menebal didada.
“Sape kakak nisa tue,Farish?”tanyaku.Kedengaran farish bertanya Hakim sesuatu.
“Papa cakap nurse. Papa cakap cantik. Tapi farish cakap,mama lagi cantik.” Anak itu membodek.
“ Alah cakap dekat papa,jangan perasan hensem sangat.”Balasku. kedengaran ketawa Hakim dari corong telefon apabila Farish yang petah berkata-kata memberitahunya pesananku.
“Mama,mama balik la cepat sikit tau.” Pinta Farish dengan suara manjanya.
“Ye,mama balik cepat ye. Tunggu mama tau.” Janjiku.
“Ok la mama. Farish tunggu dekat rumah je ye. Bye mama. Love you.”
“Love you too sayang.” Balasku. Panggilan diputuskan. Setelah mengucapkan terima kasih pada Aisyah. Aku berlalu semula ke bilikku.

“Aisyah,mana lelaki tadi.” Tanyaku setelah ku lihat Aizat tidak ada lagi dibilik.
“Dia dah balik. Dia ada tinggalkan note untuk you.” Aku laju menuju ke meja. Sekeping ketas putih dilipat dua setia menungguku mengantikan penulisnya.
“Aifa,I need to go. Mummy dah call suruh balik. I tunggu you di rumah ok. Datang ye. I mengharap..” begitu la nota yang ditinggalkan Aizat. Aku serba salah. Baru tadi aku berjanji dengan Farish untuk pulang awal tapi bagaimana pula dengan harapan Aizat.

Suasana damai dengan permandangan taman pasti dapat menenangkan jiwa sesiapa sahaja tetamu yang menjejakkan kaki ke rumah agam indah ini. Beberapa orang mungkin sahabat atau saudara mara Datin Maria,mummy Aizat mungkin telah sampai memeriahkan majlis dari jumlah kereta yang beratur kemas disitu. Aku masih berdiri di pagar rumah itu. Terasa berat langkah kaki melangkah masuk. Kuat hati menjerit untuk berundur diri. Aku sendiri merasakan yang aku tidak patut berada disini sedangkan Hakim dan Farish pasti sedang menantiku dirumah. Aku berpaling dari terus mangadap rumah agam indah didepanku.
“ Aifa!!” panggilan seorang lelaki menghentikan langkahku.Aku berpaling memandangnya.
“You nak pergi mana. Kenapa tak masuk?” ucap Aizat. Jemariku dicapainya. Aku memandang kosong genggaman itu di tanganku. Langkahnya membawaku kembali ke rumah agam indah tadi.
“Aizat. I ada something yang penting yang I perlu beritahu you.” Langkah kami terhenti. Aizat memandangku. Pipiku yang terlukis keresahan diusap lembut.
“You boleh beritahu and ceritakan semuanya pada I lepas you masuk and jumpa mummy. She really miss you so much.” Ucap aizat lalu pantas membawa ku semula ke rumahnya. Saat kaki melangkah masuk ke rumah itu,aku telah menarik perhatian semua tetamu-tetamu yang hadir. Semuanya memandangku dan aizat tak berkelip mata.
“Aizat..” panggilku.Aizat memandangku.
“Wait here. I pergi cari mama ye.Tunggu ye honey.” Pesan Aizat lalu meninggalkan aku sendiri disitu bersama-sama manusia yang seperti ingin menelanku hidup-hidup. Aku kekok diperhatikan mata-mata disitu. Kadang kala terasa rimas pun ada.
“Hai,you nie siapa?” Tiba-tiba aku ditegur seorang wanita. Dari perangkaan ku,ini pasti kawan mummy Aizat. Wanita ini masih bergaya dan cantik walaupun mungkin umur sudah sebaya mama. Tapi mama pun ape kurangnya. Masih sihat dan cantik walau tanpa mekap dimataku.
“Urmm I Aifa Maisara. Kawan Aizat.” Balasku. Tergamam aku apabila tanganku dicapai dan dibawa membontoti langkahnya kearah ramai lagi wanita seusia mama. Aku hanya menurut tanpa kata.
“Hello you all,I perkenalkan Aifa Maisara. Ini la bakal menantu Datin Maria tak lama lagi.” Lantang dan sungguh lancar wanita itu berkata2. Aku hanya diam sambil menyambut salam dari tetamu yang lain.
“Suka hati je cakap aku bakal menantu. Aku dah ada suami tau.” Bebelku didalam hati.Ada pula yang sudah mula berbisik-bisik. Menambah lagi rasa tidak selesa yang ada. Wanita tadi sedang berbual-bual dengan teman2nya.Aku sendiri tidak tahu tentang apa.
“Aifa,dekat sini rupanya you. Puas I cari you.” Aizat datang menyelamatkan ku. Aku senyum tawar.
“Ai anak teruna. Bawak kekasih hati ditinggal2kan pulak. Dah la cantik macam bidadari,karang diculik orang kang baru tahu.” Kata wanita tadi dengan ketawa. Aizat senyum melebar.
“Antie nie kan ada je ye. Siapa yang berani culik bakal suri hidup saya. Tak mati lelaki tu,saya yang mati antie.”Balas Aizat. Aku terkesima dengan kata-katanya. Terasa gelap dunia seketika.
“Suri hidup..Ape semua nie Aizat. You patut dengar dulu ape yang I ingin jelaskan sebelum berharap.” Hatiku menjerit.
“Jom honey. Jumpa mummy. Tangan ku digenggam kejap sekali lagi. Aku kematian kata2. Hatiku menjerit-jerit meminta Aizat mendengar dan di fikiran hanya wajah Hakim yang terbayang.

“Bagaimanakah caranya untuk aku rungkaikan segalanya?” Hatiku bertanya..

2 Pendapat&Kata Anda:

vivaLavida said...

bler nak sambung lg....
cpt tau....
cite nie best...
cian aifa...
dlm dilema dier....

dreamygirl said...

ape jadi seterusnya?ad novelnye ye..?