Amirul,lama aifa tak datang ke rumah jenguk2 mama. Rindu mama pada si Farish. Ada kamu telefon dia??” Tanya mama. Tangannya masih laju mengait lapik meja.
“Abang sibuk la ma. Tahu la dia datang jenguk mama nanti. Mungkin sekarang nie dia pun tengah sibuk. Dah hujung-hujung tahun ma.” Balas Amirul. Mama mengangguk2 setuju.
“Ma,kawan aifa yang pergi overseas dulu tue apa namanya ma?” Tanya amirul tiba-tiba. Mama kelihatan terkejut. Terlepas benang kait ditangan ke lantai kerana terkejut dengan pertanyaan anak sulungnya.
“Kenapa kamu Tanya Amirul?” Tanya mama kembali.
“Saje. Rasa macam abang nampak budak tue semalam.” Balas amirul bersahaja. Mama tergamam seketika. Terasa deras jantung mama berdenyut.
“Apa namanya ma..?” Tanya amirul lagi dengan nada separuh memaksa.
“Shahaizat anak dato Hasyim..” jawab mama nak tak nak. Hati mama kerisauan . Wajah anak perempuannya bermain diruang mata. Wajah Amirul diamati seribu tanda tanya.
“Shahaizat,,, Kau dah kembali..”bisik dihati Amirul.Drama semalam yang masih segar diingatannya kembali mengulang tayang di kotak fikiran.
“Mirul,Itu bukan Aifa ke?Dia buat ape sorang2 dekat situ?”Tanya fiza pada amirul. Amirul laju menoleh ke jalan seberang. Kelihatan jelas susuk tubuh Aifa bersendirian sambil berbual ditelefon.
“Maybe dia tunggu Hakim kot.” Jawab amirul bersahaja.
“Jom la pegi tegur dia. Kita awal lagi nie.” Ajak Fiza. Pantas meraih tangan Amirul untuk menyeberang jalan.Amirul hanya menuruti langkah Fiza kekasih hatinya. Tetapi belum sempat mereka melintas,langkah mereka terhenti. Mata terpaku apabila terpandang sepasang kekasih sedang berpelukkan.Wajah Amirul sudah mula berubah..
“Amirul…” panggil Fiza. Fiza kaget denga perubahan wajah Amirul.
“Fiza balik office dulu. Nanti saya menyusul.” Suruh Amirul perlahan.
“Tapi..” jawab Fiza teragak-agak..
“BALIK!!”tiba-tiba Amirul menengking. Fiza akur. Langkah diatur pelahan meninggalkan Amirul.
Amirul melangkahdengan hati-hati menghampiri pasangan itu. Dia menpoloskan diri disebalik dinding. Pasangan itu tidak lagi berdiri tetapi mangambil tempat duduk di Secret recipe. Si lelaki sedang kejap mengenggam jemari adiknya sambil berbicara.Sedang enak menjamu selera dan berbual tiba-tiba Aifa bingkas bangun seperti ingin berlalu pergi dari tempat itu. Amirul kaget. Mungkinkan kehadirannya telah dikesan adiknya. Dari balik dinding dia dapat melihat Aifa sedang menuju pantas kearahnya.Namun tiba-tiba nama Aifa dipanggil. Amirul menarik nafas lega. Kesempatan itu diambil untuk berlalu pergi namun api amarahnya sedang membara diahati.“Aifa. Kau melampau!!” hatinya mengumam marah.
Di rumah Hakim dan Aifa kedengaran jelas gelak tawa Farish. Entah apa yang menjadi bahan gelaknya.
“Mama,Farish boring la main sorang je. Mimi ngan Azwan ada kawan kat rumah. Farish pun nak kawan jugak mama.” Pinta Farish tiba-tiba. Membulat mata aku mendengarnya.Hakim juga turut sama terkejut dengan permintaan anaknya.
“Farish nak kawan?? Kat sekolahkan farish ramai kawan dah.” Kata Hakim.Farish didukung dibawa ke riba besebelahanku.Aku mengusap rambut Farish sambil tersenyum. “Ada-ada je budak nie sorang..” bisikku didalam hati.
“Kawan macam mana lagi farish nak?? Tak cukup mimi dengan azwan jadi kawan farish??” Tanya hakim. Farish diam seketika seperti memikirkan jawapan terbaik untuk soalan papanya.
“Ala mereka tue kawan farish kat sekolah je. Kat rumah Farish takda kawan pun. Mimi ngan azwan kat rumah ada kawan lain. Haa mimi,mimi baru je dapat kawan baru mama dia kasi tau. Comel papa..” jawab farish lancar.
“Mama dia kasi??” tanyaku dalam nada terkejut. Aku pasti sangat dengan maksud jawapan Farish tadi. Pasti maksud Mimi dapat kawan baru dari mamanya ialah,mimi dapat adik baru.Hakim ketawa geli hati. Mungkin muka aku berfikir yang tersangat comel yang buatkan dia ketawa.Aku kemam bibir geram.Lengan Hakim menjadi sasaran cubitanku.Sesekali farish turut sama sibuk mencubit papanya. Hakim mengilai sakit dalam tawa membuatkan aku semakin laju mencubitnya.
“Aifa ni,ish kalau berfikir tue tak payah labuat muka-muka skali. Bila abang ketawa aifa marah.” Kata Hakim. Ketawanya masih bersisa.
“Ish,malas nak layan abang.Aifa gi tidurkan Farish lagi baik. Jom Farish gi tido.” Ajakku. Farish yang mendengar kata hanya menurut. Satu persatu anak tangga dipanjatnya. Aku meninggalkan Hakim sendirian. Sebelum berlalu pergi aku memandang Hakim. Hakim mengenyit mata padaku. Aku tersenyum menahan geli hati melihat muka ala-ala mengoda Hakim.
“Gatal la abang nie!” ucapku dengan nada serius.
“Abang tahu kenapa Aifa nak tidokan Farish cepat2.Takpe abang tunggu Aifa ok.” Ucap Hakim. Aku yang lambat bertindak balas dengan bicara Hakim tertanya-tanya sendiri. Setelah aku dapat menangkap maksud kata Hakim. Dari tingkat atas aku menjerit kuat.
“Abang jangan mengada. Tido diam2. Tak nampak bendera jepun kat depan pintu bilik tue??”pekikku. Sengaja aku katakana bendera jepun. Padahal sembahayang magrib tadi kami berjemaah.Seketika kemudian kendengaran ketawa Hakim pasti dia tahu aku sengaja ingin menipu. Aku tersenyum sendiri.
“Mama bendera jepun tue ape?” Tanya Farish yang sedang berbaring ditepiku.
“Hah!! Bendera jepun?”sekali lagi aku tergamam dengan pertanyaan anak kecil nie. Peka sungguh dengan setiap perkataan2 baru yang kedengaran ditelinganya.
“Bendera jepun tue macam bendera negara kita la. Setiap negara ada bendera2 mereka sendiri. Tahu bendera Malaysia macam mana?” Tanya aku pula padanya. Sengaja aku mencari topik lain supaya dia tidak lagi bertanya yang pelik2 padaku.
“Tahu,ada belang-belang warna merah dengan putih dengan ada bulan dengan bintang.Betul tak mama?”jawab Farish. Aku mengangguk. Farish tepuk tangan gembira.
“Dah tido sayang.Pejam mata ye.”pujukku sambil tanganku mendodoi Farish perlahan.Kami sama-sama diam. Hanya kadang2 kedengaran suara tv dari bawah.Sekian lama sunyi menjiwai ruang bilik tiba-tiba Faraish bersuara lagi..
“Mama,mama boleh bagi Farish kawankan?” pinta Farish. Wajahnya aku amati. Aku tidak membalas mahu pun menganggukkan kepala cuma senyum yang terlukis dibibir. Sebenarnya aku sendiri tak tahu handak menjawab soalan Farish bagaimana. Farish faham ke tentang rezeki?
“Hermm takpe.. Good night mama.” Ucap Farish hampa. Mungkin kerana aku tidak menjawab pertanyaannya tadi.
“Good night sayang.” Ucapku. Pipi anak itu ku kucup. Sebelum aku berlalu meningglkan bilik Farish bangun dari baringannya.
“Farish tak kira,Farish nak juagak kawan!” ucap Farish separuh menjerit dengan muka masam. Aku ketawa kecil geli hati. Anak itu kembali kepada posisi tidurnya. Lampu biliknya aku tutup dan kembali ke bawah untuk mengemas dapur. Sekilas aku lihat Hakim sudah lena didepan tv.
“Abang ni kat mana2 pun boleh tido. Naik la ke bilik kalau ye pun nak tido.” Gomelku didalam hati. Ku bawa langkah kaki kesingki dapur. Pinggan2 lauk sewaktu makan malam tadi aku basuh perlahan tanpa membuat bunyi. Kasihan jika tidur Hakim dan Farish terganggu gara2 bunyi bising yang aku buat.Cermin tingkap didepanku aku buka luas. Serta merta angin masuk menyapa muka.
“Kuat jugak angin malam nie. Seram la pulak..” aku berkata-kata sendirian. Sedang leka mencuci pinggan tiba-tiba terbang seekor lipas melintasi tangan. Nyaris terlepas pinggan ke lantai. Nasib baik sempat disambut kembali.
“kuss semangat. Lipas nie kan. Jaga kau.”pantas tangan mencapai penyembur ubat nyamuk di almari. Mata ligat mencari kelibat lipas tadi. Terbongkok-bongkok aku dibuatnya.Diseluruh pelosok dapur aku jejaki sehingga terlupa kerja-kerja mencuci pinggan yang belum selesai.
“Mana lipas tadi nie. Perut dah la besar semacam. Beranak pinak pulak kang ko lipas kat dapur aku nie ha.. Mana kau lipas.. Keluar cepat!” arahku pada lipas. Dah la bercakap sendiri,gaya pulak dah macam FBI nak tangkap penjenayah. Dalam mencari-cari aku ternampak kelibat lipas tadi melintasi peti sejuk. Laju aku meluru ke situ. Mencangkung dan membongkokkan diri menjejaki ipas tadi.
“Buat ape tue?” tiba-tiba sergahan hakim mengejutkan aku.Melompat aku ke arahnya.
“Oi lipas beranak nak terbang!!” latah ku.
Hakim ketawa. Banyak sungguh ketawanya malam nie. Aku melepaskan tubuh Hakim. Muka ku masam mencuka. Jantung masih bedenyut laju kerana terkejut.
“Apa abang nie. Terkejut Aifa tau.Nasib baik takda sakit jantung.” Rungutku sambil mengurut dada. Hakim menarikku ke pelukkanya dengan tawa yang masih bersisa.
“Sorry,abang minta maaf ye. Mana abang tahu isteri abang nie tengah berperang dengan lipas.”Ujar Hakim.
“Hermm itulah. Lain kali bagi la salam dulu. Ni main sergah-sergah je.” Rungutku lagi.Hakim tersenyum.Pipiku dicium lembut.
“Yela-yela,maaf tuan puteri. Abang tak buat lagi ye. Jom ye masuk tido.” Habis sahaja berkata-kata Hakim terus mengedongku ke tangga.Aku sengaja buat muka masam lagi. Tapi tiba-tiba aku teringatkan sesuatu..
“Eh abang,pinggan tak habis basuh lagi la.” Ucapku..Aku ingin memboloskan diri dari kendongagannya.
“Ah takpe.. Aifa ada kerja lain yang perlu dilakukan.” Ucap Hakim pula dengan nada yang sengaja diseriuskan sambil tersenyum-senyum penuh makna.
“Nak buat lawak la tue.Tak lawak pun.”kataku bersahaja.
“Takpe la tak lawak,kejap lagi aifa tahu la lawak ke tak.” Balas Hakim. Langkahnya laju menaiki anak tangga sambil mengedongku ke bilik baradu kami.
Wednesday, May 20, 2009
Bila Harus Memilih : Episod 15
Posted by Cik Puan Ninie at 1:22 PM
Labels: Bila Harus Memilih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat&Kata Anda:
Post a Comment