Setahun berlalu..
Pada suatu petang yang cerah di taman yang indah. Aku mengambil angin petang dengan berjalan2 keseorangan. Alangkah bahagianya jika aizat ada bersama beriringan bersamaku. Sudah setahun lamanya dia pergi meninggalkan Malaysia,email terakhir yang aku terima darinya adalah pada empat bulan lepas. Mungkin dia sibuk atau dia telah melupakan aku disini. Kuat betul angin pada petang ni,habis rambut aku kusut masai dibuatnya.Tapi disebabkan aku menggunakan syampoo rambut sunsilk ia membuatkan rambutku senang diurus semula.Guna jari pun boleh.Dalam suasana nyaman angin lembut menyapa rambut aku disapa dengan kehadiran seorang anak kecil keseorangan.
“Mama..mama..” panggil anak itu padaku sambil menarik2 seluar sukan yang aku pakai..
“mama? Biar betul. Sape pulak yang buang anak merata2 ni.Siap panggil aku mama gi.Aku dengan aizat tak penah buat ape2 lagi tuk mencipta seorang lagi hamba tuhan ke dunia ni.” Dengusku didalam hati. Takkan nak diluahkan pada budak ni.Dia takkan faham pun.Aku duduk melutut sambil memegang bahu anak itu. Comel. Senyum yang menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
“Adik… auntie bukan mama adik sayang. Adik datang dengan sape? Mana mama ngan papa adik?” Tanyaku sambil menyisir rambut budak lelaki didepanku. Dia hanya senyum lagi membalas pertanyaanku.
“Tak faham atau ape budak ni.” Bebelku didalam hati. Pada ketika itu juga kedengaran suara seorang lelaki yang memanggil2 nama seseorang.
“FARISH…FARISH….” Panggil lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu bergerak mendekatiku budak lelaki didepanku terus memelukku erat. Aku kaget.
“Farish,kenapa buat papa macam ni sayang. Kan papa cakap kalau nak main,main dekat2 dengan papa aje.” Ucap lelaki itu sebaik sahaja bediri didepanku. Aku yang berada didepannya bagai tak wujud je. Dia menghulurkan tangan untuk disambut. Tapi budak lelaki yang berada dalam pelukanku ini makin mengeratkan pelukkannya.
“Farish,Ni papa Farish yer?” tanyaku.
“ Mama,ni papa la.Mama tak ingat papa ke?” jawab budak itu dengan petahnya. Boleh jugak bercakap rupanya. Baru aku sedar yang lelaki didepanku sedang memandang wajahku tajam. Ape hal pulak dengan bapak si farish ni,aku pun tak tahu. Aku bangun sambil mendukung farish. Berat si farish ni boleh tahan la. Aku membalas pandangan lelaki didepanku. Dengan selamba aku mendongakkan kepala sedikit sebagai isyarat kenapa dia memandang aku sebegitu.
“Maya…” nama yang terpacul dari bibir lelaki itu perlahan.
“Maya? Sape maya?” tanyaku sambil memandang kiri kananku. Mana la tahu dia tengok orang lain ke. Tapi tiada siapa disitu melainkan aku farish dan dia yang entah siapa namanya.
“Oh,maaf cik. Tak da siapa2.” Jawabnya bagai serba salah. Dia pantas menarik lengan Farish yang masih dalam pelukanku. Nyaris aku terlepas pelukkan itu yang boleh membuatkankan Farish jatuh ke tanah.
“Hei awak ni. Lembut la sikit dengan budak2. Kalau dia jatuh kejap ni macam mana?” selamber aku marah dengan lelaki yang mengakui diri sebagai papa Farish. Air mata farish dah mula melelehku lihat.Mungkin sakit kerana tarikan papa tadi atau kerana jerkahanku pada papanya.
“Farish,Sorry..sorry.. auntie tak marah farish pun. Jangan nangis yer.” Pujukku sambil mengurut2 belakang badan budak kecil itu. Lelaki didepanu hanya menyaksikan sahaja perlakuanku. Bengang betul aku dengan dia.
“Kalau awak tak tahu nak jaga dia.Lain kali kalau nak bawa dia bermain bawa sekali mama dia.” Kataku lagi pada dia.
“Baiklah. Saya minta maaf coz dah menyusahkan cik. Ni Farish Haikal anak lelaki saya. Saya cuai tadi,tak sedar farish dah takda depan mata coz ralit membaca. Terima kasih pada cik kerana tolong jagakan farish.” Kata2 yang terluah dari bibir lelaki itu. Mungkin dia betul2 rasa bersalahkan. Aku hanya mendiamkan diri tanpa kata. Farish sudah pun berhenti dari menangis.
“ Farish, Pegi pada papa ye sayang. Sian papa cari2 farish tadi tau.” Aku cuba memujuk. Namun tiada tanda2 farish akan bertukar tangan.
“Awak datang dengan ape?” tanyaku pada lelaki itu.
“Kereta. Dekat hujung sana.” Jawabnya sambil menunding tangan kearah yang dimaksudkan. Lantas aku mengayun langkah menuju ke kereta yang dimaksudkan. Lelaki itu hanya ikut mengiringiku. Sesampai dikereta Farish menangis kembali. Terkejut aku dibuatnya. Lelaki itu terus mendapatkan Farish dari dukunganku.
“Kenapa ni Farish? Papa ada ni. Jangan menagis lagi sayang.” Pujuk lelaki itu. Farish memalingkan kepala memandangku.
“Mama..farish nak mama.. farish nak mama.. ” pinta anak itu dalam esak. Tangannya menolak2 badan sasa lelaki yang bergelar papanya. Sedayanya dia ingin kembali ke pangkuanku.
“Farish.. mana ada mama sayang.. Mama takda dekat sini sayang. Kita balik ye sayang. Jangan buat papa macam ni farish.” Pujuk lelaki itu lagi pada anaknya. Dapatku lihat matanya yang mula berkaca. Apa yang membuatkan lelaki itu sedih begitu? Sesungguhnya aku binggung dalam situasi itu. Farish pula tak sudah2 memanggil diriku mama.
“Kemana mama sebenar budak lelaki comel ni sekarang.” Bisikku didalam hati.
“Cik,Cik…saya perlukan pertolongan dari cik. Sekali je lagi.” Pinta lelaki itu. Oleh kerana dia mempamerkan wajah kesiannya padaku, lalu aku mengangguk tanda setuju untuk membantunya.
“Selalu ke dia meragam macam nie?” tanyaku memecah kesunyian di dalam kereta. Sambil menanti jawapan dari lelaki yang sedang memandu di sebelahku aku membelai lembut rambut Farish yang duduk denganku. Lama lelaki itu membisukan diri.
Wednesday, May 6, 2009
Bila Harus Memilih : Episod 3
Posted by Cik Puan Ninie at 11:15 AM
Labels: Bila Harus Memilih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat&Kata Anda:
Post a Comment