Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 12

Lamanya waktu meninggalkan aku.6bulan berlalu membawa bersama saat indah dan kenangan cinta aku dan hakim. Setiap hari kebahagiaan itu seperti semakin mencambahkan tunas-tunas cinta kami berdua.
Ya aku sudah benar-benar mencintainya. Bukankah dia suamiku?
Farish semakin lincah dan pintar. Aku memerhatikan dia berlari2 kesana kemari menarik tali layang-layang sambil mengusap-ngusap perut.
“Jangan lari laju-laju farish. Jatuh nanti!” jeritku pada Farish. Anak kecil itu hanya menggangguk memahami tapi tiada pun tanda seperti dia akan berhenti berlari. Aku tersenyum sendiri. Ditaman ini lah yang menemukan aku, hakim dan farish. Terasa pantas waktu berlalu bila mengenangkan dalam masa yang singkat mampu untuk mengikat hubunganku dan hakim sebagai suami isteri. Betapa besarnya kuasa tuhan yang telah menentukan jodoh pertemuan buat hamba-hambanya. Handphoneku berbunyi bep. Aku mencapai hp di dlm beg tangan.
“Salam.. Hai sayang.. Dah sampai di taman? Abang dah dekat ni.” Sejurus itu aku tekan butang reply.
“Aifa dan farish dah lama sampai. Abang lambat sangat.Farish dah bising nak keluar. Abang terus ke sini yer,aifa dah lapar la. Hati-hati. Sayang abang.” Terus pesanan ringkas itu ku hantar pada hp Hakim. Dalam beberapa minit kemudian 1 lagi masej memasuki hpku.
“ Sayang aifa jugak..” Aku senyum sendiri. Tanpa ku sedari Farish sedang berjalan menghampiriku.
“Mama ni,Farish panggil-panggil mama wat tak tahu je. Asyik cenyum sowang-sowang je.” Bebel farish yang semakin banyak keletahnya. Aku ketawa kecil sambil mengangkat anak itu kepehaku.
“ Mana ada mama senyum sorang-sorang. Mama senyum pada Farish la. Karang mama tak senyum Farish kata mama marah pulakkan.” Kataku pada Farish lalu menarik hidung kecilnya.
“Cakit la mama. Ish mama ni!” marah Farish. Tangan kecilnya menampar-nampar tanganku yang menarik hidungnya.
“Hah Farish.. pukul mama dosa tau.” Tiba-tiba suara Hakim menyapa kami.
Farish berpeluk tubuh geram. Aku hanya tersenyum melihat telatah anakku ini.
“Bila abang sampai?” tanyaku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tangannya kucium.
“ Lama dah. Tapi abang stay dalam kereta sambil tengok Aifa senyum sorang2.” Ucapnya bersahaja sambil menyuakan sebungkus plastik pisang goreng padaku.Merona merah wajahku. Sama je dua beranak ni. Suka sangat usyar muka aku.
“ Tak malu abang ni tau.Main-main pulak. Lama aifa dan farish tunggu abang kat rumah sampai kami dah lapar tau sekarang.” Ucapku perlahan tanpa memandang wajah hakim. Masih malu sendiri
“ Alah nak malu untuk ape. Isteri abangkan.” Balas Hakim. Aku diam.Malas nak melayan lebih.
“Farish,Farish lapar ke?” Tanya Hakim pada anaknya. Aku mencebik.
“Aifa yang lapar la abang sayang oi!”jeritku di dalam hati. Sekali lagi perut kosongku yang rancak bernyanyi-nyanyi ku usap.
“Tak lah. Farish tak lapar pun. Mama yang lapa kot. Kat umah tadi mama cuap Farish soang je makan.” Ucap lancar si cerdik kesayanganku dan hakim. Setelah menghabiskan sekeping pisang goring Farish kembali berlari-lari membawa layang-layangnya meninggalkan aku berdua bersama Hakim.
“Aifa kenapa tak makan dirumah tadi?”Tanya Hakim dan tanganku dicapai tangan sasanya dibawa ke peha.
“Tak lapar lagi.” Jawabku laju.
“Yeke tak lapar? Jadi Aifa lapar ape skang?” Tanya Hakim sambil memandangku dengan senyum mengodanya. Sengaja ingin mengujiku la tu.
“Aifa tak lapa abang pun ye. Jangan perasan ye. Aifa tak makan lagi sebab tunggu abang la. Tiada sebab lain ye.” Jawabku lancar.Usikkan Hakim harus dihentikan segera sebelum aku terus jadi bahan usikkannya. Aku lihat wajahnya berubah sedikit masam.
“Ingat Aifa laparkan abang. Abang perasan la ye sayang?Kesian abang perasan sorang-sorangkan?”Ucapnya meraih simpati. Hakim buat muka seposen.
“Abang jangan main-main,malu la dekat anak. Tak senonoh abang nie.” Kataku. Lengan Hakim menjadi mangsa cubitan geramku.Hakim ketawa geli hati. Puas konon mengusik isteri sendiri.
“Farish…Jom kita gi makan!”jerit Hakim sejurus selesai ketawanya.
“Yey! McDonald!”balas Farish sambil berlari-lari kearah kami.Aku dan Hakim berpandangan sesama sendiri.Anak kesayangan kami sudah pun menentukan tempat makan pilihannya. Mahu tak mahu menu McD jugalahnmenjadi isi perutku petang tu.

TUK..TUK..TUK..Kedengaran bunyi pintu pejabatku diketuk.
“Masuk..” ucapku separuh menjerit.
“Cik Aifa Maisara ada pesanan untuk cik.”Kendengaran suara lelaki diruang pejabatku.Aku mendonggakkan kepala memandang gerangan pemuda didepanku.
“Puan bukan Cik lagi.”Ucapku dengan senyuman.Sejambak bakul bunga di tangan pemuda ku pandang.
“Untuk saya ke?” tanyaku.
“A’ah ye untuk cik.. opps silap untuk Puan Aifa. Sila sain disini puan.” Kata pemuda penghantar bunga itu sambil memberikanku sekeping kad untuk ditandatangani.
Sejurus selepas itu bakul berisi bunga segar itu bertukar tangan.Setelah aku mengucapkan terima kasih pemuda itu segera beredar meninggalkan aku bersendirian bersama sebakul bunga didepanku.Bersama kiriman bunga itu terselit kad kecil yang comel .Tulisannya berbunyi

TO: AIFA MAISARA
HAI HONEY,
MEET YOU FOR LUNCH AT S.R SOGO 2.00PM
JANGAN LAMBAT. I TAK SABAR NAK JUMPA YOU.
MISS U ALOTS
FROM: YOUR KING

Aku ketawa kecil membaca pesanan dari kad kecil itu. Sudah tentu dari Hakim. Sejak semalam perangai mengodanya semakin menjadi-jadi. Aku letakkan gubahan bunga itu di sudut meja kerjaku. Terasa sejuk mata memandangnya.
“Abang,I miss you too.” Jawabku didalam hati seolah-olah membalas ucapan rindu di kadnya tadi. Tiba-tiba Aisyah muncul di muka pintu.
“Senyum sorang-sorang nampak?” sapanya.Aku hanya diam tersenyum.
“Wow bunga. Dari kekasih hatike?” tanyanya pura-pura tak tahu aku sudah bersama Hakim.
“Yela,dari kekasih merangkap suami tersayang tau.”Jawabku bersahaja.Aisyah mencebik muka.
“Jeles ke? Kalau jeles pesan pada hubby u hantar bunga hari-hari pada u lepas ni. ”
Aku sengaja mengusik.
“Dah la malas nak layan u Aifa. U ada meeting sekarang dengan Dato. GO NOW!”
“Oh I lupa. So sorry. I pergi sekarang. Anyway lepas meeting I keluar lunch terus tau.” Aku bersiap-siap,beg fail dan beg tangan aku capai dan segera berlalu meninggalkan Aisyah kesorangan.Namun aku seperti tidak puas mengusik Aisyah.
“I keluar lunch terus lepas jumpa Dato,with my MR k. Daa” ucapku sambil melambaikan tangan. Aisyah hanya membalas kata-kataku dengan muka geramnya. Mahu tak geram,suaminya sudah 3hari outstation di luar Negara. Merana menanti la tue.
Setelah selesai meetingku bersama Dato Jais aku terus bergegas mendapatkan keretaku. Jam menunjukkan lebih kurang 15minit lagi ke pukul 2petang. Perjalanan ke Sogo tidak lah begitu jauh dari pejabatku namun kesesakkan lalu lintas menyebabkan aku terlewat 5minit dari waktu yang dijanjikan. Sebelum berlalu dari kawasan parking,tudung litupku aku betulkan seadanya. Bedak dan lipstick ditambah ape yang patut.Bukankah seorang isteri harus sentiasa cantik untuk suaminya??
Kaki laju melangkah ke tempat yang dimaksudkan.Rasa bersalah juga membiarkan Hakim lama menunggu. Sesampai di kawasan legar luar Sogo dimana Restoran Secret Recipies yang menjadi tempat janji temu kami,aku mencari-cari kelibat Hakim.
Namun kelibatnya tidak kelihatan. Jam dipergelangan tangan ku tatap.
“Takkan abang dah balik. Baru 2.10minit.” kataku pada diri sendiri. Namun mata tidak berputus asa untuk terus mencari. Jariku kini laju menekan butang-butang nombor handphone Hakim di handphone milikku. Panggilanku berjawab.
“Abang,Abang dekat mana nie?” tanyaku dengan nada merajuk.
“Abang kat office sayang. Kenapa? Aifa di mana ni? Bising sangat.” Tanya Hakim pula padaku.
“Ish abang nie. Abang lupa ke abang dah janji….” Kata-kataku terhenti. Bahuku disapa seseorang. Aku segera memalingkan badan kearah insan dibelakangku.
Aku terpana memandang insan didepanku.
“Aifa Maisara…” ucap insan itu sebaik mataku memandang wajahnya.
Handphone ditangan terlepas dari genggaman. Dunia seakan sunyi seketika bersama situasiku.

0 Pendapat&Kata Anda: