Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 4

“ Tak.. Tak pernah semenjak mama dia meninggal setahun lalu. Maaf kerna saya telah banyak menyusahkan cik petang ni.” Jawab lelaki itu tanpa memandangku yang sedang memandang wajahnya. Sepenuh tumpuan diberikan pada pemanduannya.
“ Ooo maafkan saya.Dengan kata2 saya di taman tadi.Saya tak tahu pun yang mama Farish…” aku tak menghabiskan kata2ku. Sebaliknya aku mencium umbun2 anak kecil yang bersamaku. Pilu hatiku. Farish yang sekecil ini membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.
“Awak tak payah la bercik2 dengan saya. Panggil je saya Aifa.” Beritahuku.
“ Saya Hakim. Akmal Hakim” jawabnya sambil memandangku dengan senyuman. Aku hanya mengangguk tanda mendengar kata-katanya. Dihatiku berkocak seperti ingin menyampaikan sesuatu. Mungkinkan kami pernah bertemu?


“Mama,papa cepat la. Farish naik main buai tu.” Panggil Farish yang lancar tutur katanya sambil berlari-lari untuk mendapatkan buaian. Aku risau menyaksikan lagak anak itu. Takut2 jatuh pulak nanti.
“Farish, Jangan la lari2. Tak kemana buai tue. Sini jalan dengan auntie ye.”
Pintaku pada Farish Haikal. Anak cilik yang baru genap 4tahun usianya.
Nakal tapi pintar dan petah berkata2. Kalau bukan sebab pujuk rayu anak ini tak mungkin aku akan bersama anak dan papa tunggal ni lagi pada petang ni. Aku memandang wajah lelaki yang beriringan melangkah bersamaku. Dia sedang tersenyum padaku. Mungkin dapat membaca kegelisahanku dari wajah aku kot. Aku hanya mengangguk dan membalas senyuman nipis.Sudah dua malam aku tak dapat tidur memikirkan siapa sebenarnya lelaki ni. Hatiku berbisik2 seolah2 aku pernah bertemu dia. “Tapi bila,dimana dan kenapa..?” ucapku perlahan.
“Aifa,awak cakap ape?” Tanya Hakim padaku.
“ Haa,,, tak ader pe2 la.” Jawab aku berdalih. Telinga tikus betul lelaki ni.
Aku melajukan langkah mendapatkan Farish. Entah kenapa,aku tak begitu selesa berdua bersama lelaki ini.
“Mama,,,mama naik naik buai dengan Farish yer. Macam tue?” pinta Farish sambil menunjukkan sepasang ibu dan anak yang naik buaian bersama. Aku hanya senyum lalu mendukung anak kecil itu dan mendapatkan satu buaian yang kosong.Bersebelahan dengan pasangan ibu dan anak yang ditunjuk Farish tadi. Tergelak-gelak Farish keseronokan bermain bersamaku.
“Mama laju la lagi ma.Tak tinggi langit pun..” pinta anak itu sambil ketawa. Aku mencari kelibat Hakim. Dia sedang duduk disebuah kerusi kayu smabil menulis sesuatu.
“Ape yang sedang dikarang lelaki tue?” aku bertanya pada diri sendiri.
“Hai,selalu ke bawa anak you main dekat tama nie?” tetiba ada seseorang menegurku.
“Ha..” rupanya pasangan ibu dan anak yang bermain buaian sebelah yang menegurku. Aku macam blur je jadinya.
“You selalu ke bawa anak you main dekat taman nie?” tanyanya lagi.
“Ooo,selalu la jugak.Tapi selalunya papa Farish yang bawa dia ke sini bermain.” Jawabku sambil bermain2 dengan rambut halus Farish.
“Ooo gitu ke.Patut la jarang nampak you.Selalu nampak suami you je. Berapa tahun anak you? Comel betul. Banyak ikut muka you nie.”
Tanya ibu muda itu lagi padaku. Aku terdiam membisu..
“Suami?? Farish mempunyai paras rupa yang mirip denganku??” berbagai2 soalan lagi bermain difikiranku. Aku perasan wajah ibu muda itu yang turut terdiam dengan reaksiku yang tiba memberhentikan ayunan buaian dan hanya membisu. Farish membelai mukaku.
“Nape ni mama? Kenapa benti?” Tanya Farish. Aku bangun sambil mendukung Farish. Keinginan anak itu untuk terus bermain aku bantutkan begitu sahaja.
“ Saya minta diri dulu yer?” kataku pada ibu muda disebelahku sebelum berlalu mendapatkan Hakim.
“Hakim! Nah amik anak you. I ada hal la. I must go now. Sorry..” Terus aku meletakkan Farish bersebelahan papanya dan terus berlari menuju ke kereta. Terngiang2 panggilan Farish merayu2 meminta aku menunggunya.
Aku terus berlalu pergi setelah enjin kereta dihidupkan.Dari cermin sisi aku dapat lihat badan kecil Farish jatuh terjelepuk ke tanah dan Hakim sedang berlari mendapatkan anaknya yang sedang menangis.
“Maafkan auntie Farish. Auntie bukan mama Farish.” Bisikku didalam hati dan terus memecut kereta satria neon yang aku pandu.

Aku memberhentikan keretaku di tepi jalan. Aku tidak tahu kenapa aku perlu menangis. Hatiku terguris melihat air mata Farish.Tapi kenapa aku yang dipanggil mama? Kenapa rupanya ada iras wajahku? Aku sedari sejak awal wajah ank itu ada iras wajahku. Hidung dan matanya.
“Aizat..You dimana?” aku rindukan Aizat. Jika dia ada mungkin dia akan memberikan nasihat padaku sekarang. Aku menangis lagi. Aku rasa bersalah lagi. Aku tak dapat menerima apabila orang mengiakan Farish ialah anakku. Aku masih belum punyai suami apatah lagi anak. Aku jadi takut secara tiba2. Bukankah setiap wanita akan merasa bahagia bila dipanggil mama? Telefon bimbitku yang ntah tuk keberapa kalinya berbunyi aku biarkan sahaja. Aku tahu siapa pemanggilnya. Ikmal Hakim..
Tiba2 cermin keretaku diketuk oleh seorang pemuda bermotor.
“ Cik..Kereta cik rosak ke?” tanya pemuda bermotor itu.
“Tak lah..Tak.. Kereta saya ok.” Jawabku. Aku memberikan senyuman nipis padanya.
“ Betul yer cik. Jangan memandu jika emosi cik tak bersedia cik. Bahaya nyawa cik.” Kata pemuda bermotor itu lagi. Mungkin dia dapat melihat kerunsinganku dari mataku yang masih merah kerana menangis tadi.
Aku hanya mengangguk faham.
“ Thanks, saya faham.” Balasku sambil membetulkan dudukku tanda aku sudah bersedia menyambung pemanduanku. Pemuda itu tersenyum dan terus memulas minyak meninggalkan aku jauh. Aku menarik nafas dalam. Terngiang kata2 Aizat ditelingaku sewaktu bersamaku dulu..“ You ni kalau marahkan I jangan memandu boleh tak.You macam nak bunuh diri tahu tak? Jangan memandu ikut perasaan sayang” bebel Aizat apabila aku yang sedang marah padanya nyaris terlanggar punggung kereta dihadapanku kerana memandu laju. Nasib baik brek kereta makan lagi. Aku menaik nafas dalam sekali lagi dan menyambung semula pemanduanku untuk pulang ke rumah. Wajah Farish, senyumannya, gelak tawanya masih bermain2 difikiranku.

0 Pendapat&Kata Anda: