Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 6

“Aifa,kamu kemana sejak kebelakangan ni? Balik kerja pun lewat je.
Hari cuti asyik hilang dari pagi sampai ke petang.” Tanya mama ketika kami mengambil angin di anjung rumah. Aku meletakkan novel yang ke baca diatas meja.
“Aifa tak kemana2 la mama. Selain sibuk kerja, aifa jumpa kawan aifa and temankan Aisyah shopping je.” Jawabku pada mama.
“Berapa bulan dah si aisyah tue?” tanya mama lagi padaku. Aku hanya menunjukkan isyarat tangan nombor 7 pada mama sambil menghirup kopi susu.
“Aisyah dah masuk baby kedua. Kamu bila lagi Aifa? Nak ditunggu Aizat tue ntah2 dah beranak pinak dia dekat luar Negara tue ha.” Ujar mama. Rasa nak tersembur air kopi yang aku minum bila mama sebutkan hal Aizat. Mana mungkin dia akan curang padaku.
“Ape mama nie.Merepek jer.Kalau Aizat dah beranak pinak dekat sana maknanya anak dara mak nie akan jadi andartu la kat Malaysia yang aman nie tau.” Gurauku. Mak ketawa kecil mendengar kata2 ku. Namun begitu da dalam hatiku,Aku berdoa Aizat tidak menduakan ku.. Tetiba handphone ku berbunyi. Terukir nama Ikmal Hakim di skrin. Aku senyum pada mama dah bergerak jauh sikit daripadanya.
“Mama, mama uat ape tu?” kedengaran suara manja Farish dihujung panggilan. Aku menjeling kearah mama.Dia sedang khuyuk dengan bunga2nya.
“Mama tak buat ape2 sayang. Mama baca buku aje. Sayang dah makan?” tanyaku separuh berbisik.
“Farish da makan dah.Nasi dengan ayam goreng papa suap. Sedap tau mama.” Jawab anak itu beria2.Aku tersenyum mendengar jawapannya. Bijak sungguh anak Hakim dan arwah Maya. Jika arwah maya masih hidup pasti dia akan bahagia miliki ank sebijak Farish dan suami sebaik Hakim..
“Papa buat ape sayang?” tanyaku. Terfikir juga untuk bertanya tentang Hakim.
“Papa…papa..papa buat ape tu? Mama tanya ni?” jerit Farish disana.
“Ya Allah Farish ni.Memalukan aku pulak.” Bisikku didalam hati. Pasti lelaki itu sedang tersenyum sekarang menjawab pertanyaan anaknya.
“Mama,papa senyum je. Tak buat ape2 la tu.” Kata anak itu. Jawapan yang sudah aku jangkakan.
“Mama,Farish rindu mama la. Kenapa mama tak tinggal dengan Farish ngan papa.” Tanya anak itu membuatkan aku tersedak. Terbatuk2 kecil aku dibuatnya. Aduhai Farish..
“Sayang,dah magrib la sayang. Mama tak mandi lagi nie.Nanti nak sembahyangkan. Nanti malam mama tepon Farish lagi yer.”
“ Promise tau mama. I love you.”
“ I love you too dear. Bye” aku putuskan pangillan. Aku kembali mendapatkan mama sambil tersenyum-senyum.
“Dengan siapa kamu bual tadi Aifa.Tersenyum-senyum sorang2.” Tanya mama sebaik sahaja aku mencangkung ditepinya yang sedang sibuk mencabut rumput2 kecil di dalam pasu bunga.
“Kawan Aifa.” Jawabku ringkas.
“Lelaki?” tanya mama lagi.
“Tak de la.” Aku bingkas bangun mendapatkan novelku tadi.
“Ma,Aifa masuk mandi dulu yer.”kataku pada mama. Aku meninggalkan mama berseorangan di anjung. Sebelum berbagai2 lagi pertanyaan disoal lebih baik aku melarikan diri dulu. Aku tergelak sendiri dengan perangaiku.
Selesai mandi dan solat magrib aku turun ke dapur untuk membantu mama ape yang patut sebelum kami makan malam bersama.
“Mama esok Aifa gi picnic dengan kawan Aifa yer.Mama tak ada planning nak kemana2 kan.”tanyaku sambil menyusun buah tembikai di pinggan.
“Dengan siapa kamu nak berkelah esok? Nak mama masakkan ape2 k tuk bekal?” tanya mama pula padaku.
“Kengkawan ofis ma. Hem rasanya tak payah la ma masak ape2.Aifa siapkan sume esok pagi je. Aifa ingat nak goring bihun jer.” Jawabku. Mata mama tajam memandangku.
“Kenapa ma? Nape pandang aifa macam tue? Lawa yer anak mama nie” tanyaku dangan nada bergurau sambil menyisir rambutku. Aku ketawa bila mama menjeling padaku.
“Ai,ape yang mama ngan adik bualkan nie. Ketawa sakan nampak.” Tiba2 abang aku muncul dipintu dapur.
“Ni ha,adik kamu buang tebiat agaknya.” Kata mama pada abangku.
“Kenapanya mak? Kamu kenapa dik?” tanya abangku,lalu mencapai sepotong tembikai di pinggan.Aku mengeleng kepala tidak tahu.
“Esok dia nak bangun pagi2 nak masak bihun goreng tuk bawa pergi picnic. Entah ape specialnya picnic esok sampai nak masak sendiri taknak mama tolong.”kata mama dan berlalu ke meja makan menghidangkan lauk.
“Ala mama,Aifa saje sonok2 je la. Ape yang specialnye ma.” Aku memasamkan muka. Memang la aku nie malas masak tapi kadang2 aku masak jugak pe. Aku memeluk mama dari belakang.Mengikut sahaja kemana dia berjalan. Naik rimas mama aku buat.
“Yelah2,suka hati kamu la.Jangan kawan2 kamu nanti keracunan makanan sudah.” Ejek mama padaku. Mama dan abag ketawa serentak. Seronok bukan main bila dapat mengejekku. Aku menjelirkan lidah pada abang bila dia bermain dengan rambutku.
“Good Luck sis.Masak sedap2 tau.” Katanya dengan senyuman.
“Mesti laa..” Balasku kembali.


“ Awak tak ada plan ape2 ke hari ni?” tanya Hakim padaku sewaktu aku sedang menyedok bihun yang aku goreng subuh tadi ke dalam pinggan.
“Tak ada plan ape pun. Kalau ada takkan saya ada dekat sini temankan awak and Farish picnic kan?” Tangan kananku menghulurkan pinggan berisi bihun goreng padanya.
“ Thanks yer datang skali.” Dia sedang memandang diriku.
“ Ah,tak ada ape la.” Aku hanya mampu tersenyum selepas itu bila Hakim masih tidak melarikan matanya dari melihat wajahku.
“Awak dah ada teman hidup Aifa?” suaranya memecah kebisuan kami. Aku berpura2 leka memerhatikan gelagat Farish bermain bola di hadapan kami.
“Hakim, saya bawa Farish main air yer.” Kataku sebelum bangun mendukung Farish membawanya bermain air.
“Mama sejuknya air.”
“ Sejuk sikit je sayang. Kan ni air terjun,mesti la sejuk. Papa tak pernah bawa Farish mandi sungai ke?” tanyaku.
“Tak penah pun mama. Seronok la mama bila dengan mama.” Ucap anak itu lalu mencium pipiku.Aku membalas ciumannya dengan ciuman do pipinya pula. Bahagia bila aku dapat melihat kegembiraan Farish. Dalam kesibukanku melayan kerenah Farish.Aku memandang kearah Hakim. Dia sedang membaca buku sambil makan bihun goreng. Sesekali dia seperti menulis2 sesuatu dengan penanya.
“MAMA!” jerit Farish di telingaku.
“Oi mak engkau mama.” Latahku separuh menjerit. Terkejut aku dijerit Farish. Ketawa besar Farish sehingga terduduk didalam air cetek. Aku memandang Hakim,dia juga seperti baru menghabiskan ketawa.
“Aduh.. malunya..” pipiku merah padam. Malu aku untuk bertentang mata dengan lelaki itu lagi. Aku tidak lagi memandang lelaki itu.Tumpuanku hanya pada Farish. Seronok betul bermain dengan budak2 kecil. Macam2 ragamnya.
“Mama nape air ni tak benti2 jalan?” tanya Hakim sewaktu kami bermain tahan2 air.
“Air sungai tak boleh berhenti jalan sayang. Sebab air sungai akan terus mengalir mencari laut.” Jawabku. Aku lihat wajh Farish berkerut2,mungkin dia masih tidak faham.
“Farish tak faham yer?” aku mencubit manja pipi Farish.
“Air sungai tak benti jalan sebab dia nak cari kawan dia dekat hujung sana.” Ceritaku pada Farish. Di tersenyum.
“Papa! Dulu-dulu papa pun jalan tak benti ye tuk cari mama Farish?” berlari-lari Farish mendapatkan Hakim. Aku yang mengikuti Farish dari belakang hanya tersenyum. Ada-ada je Farish ni.
“ Ye sayang,Papa lari laju2 tak benti untuk jumpa mama farish.” Hakim memeluk Farish kuat. Dia memandang tepat ke wajahku.
“Rindu sangatkah lelaki ini pada arwah isterinya.” Aku teringin bertanya apakah puncanya Maya meninggal dunia. Tapi mulutku bagai terkunci bila ingin bersuara. Hati aku tidak pernah berhenti berdegup pantas bila bersama Hakim. Aku pun tidak mengerti apakah sebabnya aku begini.
“Hakim,Buku ape ni?”tanyaku sambil membelek2 buku yang selalu dibaca oleh Hakim. Hakim yang baru sedar aku mebelek2 buku nya dengan pantas meragut kembali buku itu dari peganganku.
“ouch..” aku mengerang sakit kerana jari aku tersepit pada kulit buku hakim yang tebal sewaktu dia merampas buku itu dari tanganku.
“Awak ni kasar sangat Hakim.” Jerkah aku padanya. Walaupun aku masih terkejut dengan sifat kasarnya yang tiba-tiba tadi aku masih berani meninggikan suara padanya.Dia yang melihat aku meniup jariku menghampiriku kembali. Aku berundur kebelakang membelakanginya. Dia tidak lagi menghampiriku.
“Mama,papa buat mama ye. Ish papa ni.” Farish datang memujukku. Aku menunjukkan jariku yang masih berdenyut padanya. Farish meniup-niup jariku seolah2 menghembuskan jampi untuk menghilangkan rasa sakit.
“Farish dah tiup dah.Cakit lagi tak?” tanya Farish dengan senyuman yang menunjukkan barisan gigi susunya. Aku menarik tubuh kecil itu kedalam pelukkanku.
“Mama sayang Farish tau.”
“Farish sayang mama jugak. Mama…”
“Ye sayang. Ada ape?”
“Mama sayang papa tak macam mama sayang Farish?” Aku terdiam dan menoleh kebelakang memandang Hakim.Hakim tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tidak senyum atau berkata apa2. Aku terus memeluk Farish kemas.

0 Pendapat&Kata Anda: