Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari beg tanganku apabila bunyi kedengaran mesej baru masuk dan sewaktu itu juga Aisyah mengetuk pintu pejabatku.
“Aifa,jom lunch. You belum makan lagikan? Kita makan dekat gerai makan makcik kalsom kat tepi simpang tu nak tak?” pelawa Sofea ambil mengosok2 perutnya yang semakin membonyot. Oleh kerana perutku juga sudah bernyanyi2 untuk diisi aku bersetuju untuk pergi makan bersamanya.
Selesai makan aku terus masuk semula ke pejabat. Banyak kerjaku yang belum selesai. Sewaktu aku sedang menyusun2 fail2 yang berselerakkan diatas meja,telefon bimbitku berbunyi. Setelah aku lihat nama pemanggilnya aku meletakkan semula telefonku didalam beg.
“Ape lagi dia nak dari aku?” Dengusku didalam hati kerana Hakim tidak putus2 menghubungiku sejak kejadian ditaman seminggu lalu.
Selang beberapa minit satu lagi mesej memasuki peti mesej. Aku mencapai telefon. Terdapat 3mesej yang belum dibaca. Entah bila sampainya mesej2 ini aku pun tak tahu bila.
“Ya Allah,Farish…” itu yang terluah dari mulutku setelah membaca mesej pertama yang dihantar Hakim. Aku mencapai beg tangan dan terus meninggalkan pejabat. Dihatiku muncul segunung kerisauan.
“Kenapa aku begitu pentingkan diri begini?” dengusku.
Kereta yang aku pandu berhenti betul2 dihadapan sebuah rumah dua tingkat milik Hakim. Aku keluar dari kereta dan terus melangkah ke pintu rumah. Salam yang ku beri disahut Hakim. Ku lihat dirinya tidak terurus.
Dia menjemput aku masuk. Aku melangkah mengikuti dirinya. Rumahnya kemas.Lebih kemas dari tuannya yang aku ikuti sekarang. Dia naik ke tingkat dua rumah.Aku hanya menurutinya. Di dalam sebuah bilik aku lihat sekujur tubuh kecil sedang lena tudurdibuai mimpi. Dah cengkung sedikit pemilik tubuh itu.
“ Dia dah demam 3hari lepas. Saya dah tak tahu nak buat ape lagi bila demamnya tak kebah2. Dia asyik cari awak je. Mungkin dia rindukan mama dia and dia ingat awak mama dia. ” Kata hakim sambil mengusap2 kepala Farish yang sedang tidur. Aku terdiam. Aku kekok.
“Maaf kalau saya menyusahkan awak untuk datang lagi berdepan dengan Farish. Tapi saya tak ada siapa2 lagi tuk minta bantuan.” Kata lelaki itu lagi. Aku melangkah perlahan ke birai katil dan duduk disisi farish. Kurus betul badan dan mukanya. Mungkin betul kata Hakim dia rindukan aku yang dianggap mamanya. Rasa bersalah tiba2 menghempap diri. Bertakung air mata ingin menitis tapi aku pantas menyembunyikannya dari pandangan Hakim. Hakim bangun dan melangkah keluar dari bilik meninggalkan aku dan Farish bersendirian. Aku mengamati keadaan sekeliling. Baru aku sedar yang aku berada di bilik utama rumah ini. Dan katil yang aku labuhkan punggung ini adalah katil Hakim. Mataku tertarik dengan sebuah bingkai gambar yang terselit dibatal tidur Farish. Aku menarik bingkai itu perlahan tanpa menggangu lena anak kecil itu.
“ Astafiruallhulazim..” ucapku sebaik sahaja menatap wajah yang terpampang pada bingkai gambar itu. Pemilik gambar itu bertudung,tersenyum sambil memangku anak kecil.
“Itu la arwah mama Farish.” Entah seja bila lelaki itu muncul.
“Maya Zulaika,arwah isteri saya.” Kata lelaki itu lagi tenang. Dia mendekatiku dan mengambil gambar itu dari tanganku. Aku masih terdiam. Terpana aku melihat ciptaan tuhan yang terpampang wajahnya di bingkai gambar itu.
“ Wajah maya..”aku tak dapat menghabiskan kata2.Aku menarik nafas panjang.
“Saya dah faham kenapa Farish menganggap saya mamanya. Wajah maya dan saya seiras. Sangat seiras kan Hakim?” tanyaku pada Hakim yang sedang mengelap badan Farish dengan tuala basah. Dia hanya membalas pertanyaanku dengan senyum nipis. Aku tersandar di tiang katil.
“Ya Allah,,,” ucapku didalam hati. Wajah arwah Maya memang serupa dengan diriku. Cuma dia bertudung tapi aku tidak bertudung dan wajahnya penuh dengan sifat keibuan. Baru aku sedar kenapa Farish memanggil aku mama dan kenapa sewaktu pertemuan pertamaku dengan Hakim dia menyebut nama Maya.Aku hanya mendiamkan diri selepas itu. Hakim keluar masuk bilik setelah satu2 hal diselesaikan.Selepas mengelap badan Farish,dia menukar pakaian baru buat anak itu dan kemudian keluar lagi tuk membersihkan dirinya pula.Masuk semula untuk mangambil sejadah yang terlipat di penyidai kayu dan berlalu keluar. Aku pula hanya melayan perasaan sendiri sambil mengusap2 badan Farish yang lesu. Entah berapa lama Hakim meninggalkan aku bersendirian di bilik itu sehingga aku terlena disisi Farish.
“Aifa..aifa..”Aku terdengar orang memanggil2 namaku. Aku membuka mata perlahan. Wajah Hakim yangku lihat dihadapanku. Aku mengosot2 mata.
“Maaf saya terlena. Dah pukul berapa sekarang? Saya kena balik.” Kataku lalu mencapai beg tangan di atas meja tepi katil. Baru sahaja aku nak bangun,aku terduduk semula kerana terlanggar badan sasa milik Hakim.
“ Maaf..” ucap Hakim sambil berundur sedikit kebelakang. Aku bingkas bangun. Jam ditangan aku amati.
“ 7.15! ” kataku dengan nada terkejut. Lamanya aku terlena.
“Kenapa awak tak kejut saya lebih awal? Ape awak buat!” marahku. Tak pasal2 lelaki itu aku marahi.
“ Saya tak buat ape. Saya di bawah je tadi. Masak.” Jawab lelaki itu serba salah.
“Tak ape la,saya balik dulu.” Aku melangkah laju menuruni anak tangga. Diatas meja makan aku sepintas terlihat sudah terhidang nasi dan lauk.
“Aifa.. Awak tak lapar ke.Awak makan la dulu..” kata lelaki itu di belakangku.
“ Tak ape la. Saya makan dirumah aje. Dah lewat skang tak manis kalau orang tahu kita berdua di dalam rumah.” Jawabku. Senyumanku beri sebelum melangkah ke kereta. Beberapa langkah aku berjalan,kedengaran suara Farish menangis dari tingkat atas memanggil mama. Tanpa dipinta Hakim aku berlari mendapatkan Farish. Aku lupa tujuanku yang ingin pulang segera. Mama pun aku lupa untuk hubungi bagi memberitahu keadaanku.
“Ye Farish.Mama ada sayang.” Ku peluk anak kecil itu. Aku rela mengaku diriku sebagai mamanya.
“Mama,,,Farish sakit..”Ucap anak itu perlahan membuatkan hatiku makin sayu. Ku kesat air mata dipipi Farish. Aku cium pipinya bertalu. Ada rasa sayang dihatiku buat anak ini.
“Maafkan mama ye sayang buat sayang sakit.” Aku peluk kuat anak itu lagi. Hakim hanya terdiam. Tiba-tiba..
“Aifa, Farish nak mun…” tak sempat Hakim menghabiskan kata2nya bajuku sudah basah. Farish termuntah di baju kurungku. Aku menatap wajah hakim lama.
“ Ape aku nak buat nie? Farish…Farish..” Bisikku didalam hati. Aku tatap wajah anak itu yang aku baringkan.
“Mama gi cuci baju kejap yer Farish.” Kataku padanya. Farish hanya mengangguk.
“Saya tumpang tandas awak k.” ucapku pada Hakim dan berlalu ke tandas. Belum sempat aku menutup pintu tandas namaku dipanggil.
“Aifa,nah towel and baju untuk awk. Harap awak muat pakai baju kurung maya.” Katanya sambil menghulurkan tuala dan sepasang baju kurung padaku.Aku tersenyum.
“Muat kot.” Balasku lalu menghilangkan diri di sebalik pintu.
Mungkin kebetulan juga arwah maya memiliki badan sepertiku.Baju kurungnya kemas melekat di tubuhku. Malam itu aku makan bersama Hakim dan Farish. Farish begitu berselera makan malam bersamaku. Hakim pula langsung tidak melarikan pandangan dari memandangku. Setelah menidurkan Farish aku meminta diri untuk pulang. Kerisauan dihatiku hanya tuhan yang tahu bila berduaan bersama Hakim. Tidak serisau ketika aku bersama Aizat di Genting Highland dulu.
“ Saya minta diri dulu Hakim.Dah lewat sangat.Ape pulak kat jiran2 awk nantikan.”
“Thanks Aifa. Saya banyak menyusahkan awak.”
“Tak ada ape la.Sumernya untuk Farish. Nanti saya pulangkan baju nie ye.” Kataku dengan senyuman manisku. Hakim membalas senyumanku. Aku masuk kedalam perut kereta dan berlalu pergi meninggalkan Hakim yang berdiri di depan pagar. Aku terpandang kelibat seorang jiran Hakim yang mengitai perlakuan kami dari celah2 langsir.
“Ikmal Hakim,kita pernah jumpa Hakim.. Mungkin awak dah lupa kejadian 4tahun lalu..” ucapku. Aku tersenyum sendiri mengenang kembali saat itu. Kejadian yang mempertemukan Aizat dengan diriku.
Wednesday, May 6, 2009
Bila Harus Memilih : Episod 5
Posted by Cik Puan Ninie at 11:19 AM
Labels: Bila Harus Memilih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat&Kata Anda:
Post a Comment