Episod 1
Aku wanita,aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita,aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati
Belahan jiwaku ini….
“Morning ma.” Tegurku pada mama sambil mencium pipinya dan berlalu ke meja makan untuk bersarapan.
“Aifa,aizat telefon tadi.Tapi ma cakapkau mandi.Nanti kamu telefon dia balik.Itu pesannya.” Jerit mama dari dapur.
“Baik mama,nanti aifa call dia.” Aku menyambung semula sarapan ku yang terhenti.
“Aifa,abang masuk office tak hari ni?”tanya mama padaku.
“Tak ma,dia cuti .Cuti untuk temankan kak kiara shopping la tu.”
Aku anak kedua di dalam keluarga. Dirumah dua tingkt ini hanya 3 orang sahaja penghuninya.Aku,mama dan abang sulungku Amirul Khair.
“Ma,Aifa gi office dulu ma.” Aku meletakkan pinggan di sinki dan mencium tangan ibu ku.
“Hati2 Aifa.”pesanan mama setiap hari sebelum kaki ini melangkah keluar dari rumah.
Aizat atau Shahaizat, Lelaki yang menemani hidupku sejak 2tahun ini. Boleh dikatakan dia teman istimewaku. Teman yang baik dan sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik buatku. Saat pertemuan pertama yang takkan aku lupa sehingga mati. Indah walau menyakitkan.
“Aduh,buta ape awak ni. Tak nampak ke saya yang besar ni.” Membara satu badan aku dengan seorang mamat poyo di depanku.Ada ke dah langgar aku sampai terjelepuk atas lantai ni,dah tu biar je aku tuk bangun sendiri.Bukan nak hulurkan tangan ke,pe ke.
“Maaf dik,tak sengaja dik.Adik nak ape,duit? Ok duit ye.Nah adik duit ubat.Saya kena cepat ada hal kecemasan ni.Maaf dik,saya pergi dulu.”
“Oi! Oi! Ni ape ni? Kau ingat aku ni sengaja nak kau terlaggar aku and nak duit kau ke. Nah2 ambik balik.Aku tak ingin duit kau ni.” Jeritku pada mamat poyo itu sejurus dia mengatur langkah untuk pergi.Dia berpaling dan kembali semula padaku.
“Maaf ye dik.I am really sorry.I can’t take you to clinic because I have very important thing to do. Sorry k?” Aduh kesian aku nengok muka mamat tu waktu tu.Macam betul2 bermasalah dan bersalah. Akhirnya aku beralah.Aku hulurkan semula duitnya dan melangkah untuk pergi dari situ.Biar la mamat poyo tu buat kerja di yang IMPORTANT sangat tu. Tapi tiba2 aku terjatuh terjelepuk semula.
“Aduh,ape kenanya kaki aku ni. Sakitnya.. mama!” Aku menjerit sebutkan mama.Rasa nak menangis dibuatnya.Dah la malu,lepas tu kaki ni sakit tak boleh berjalan plak.Air mata mula bertakung di mata.
“Awak tak ape2 ke?” tiba2 ada seseorang menegurku.Tapi soalannya tu bodoh sangat la. Bengkek hati aku dibuatnya.
“Awak ni baik,tapi sayang buta plak tuk tanya saya tak pe2 ke. Saya tak boleh berjalan la.Kaki saya sakit. Semua gara-gara mamat tak guna tadi. Aduh…” Jawabku sepontan tanpa memandang sekilas pun pada pemuda yang prihatin itu.
“ Baik lah,saya bawa awak ke klinik ok.” Tanpa diduga pemuda itu terus mengendong aku. Beratus2 mata memandang adegan istimewa itu.Maluku tak siapa yang tahu. Aku bukan budak kecil untuk dikendong begitu.
“Awak turunkan saya,turunkan saya. Giler ape awak ni.” Saat itu baru aku terpandangkan wajahnya. Wajah dia bercahaya,iras asyraf Sinclair. Kacaknya dia.Aku terkedu.Untuk menelan air liur pun jadi susah.Aku terdiam dalam kendongannya. Begitu juga sepanjang perjalanan ke klinik dengan menaiki Honda Civic hitam miliknya. Hanya lagu dari radio sahaja yang kedengaran. Lagu I will be dari nyanyian Avril Lavigne,artis barat kegemaran ku.
“Awak kita dah sampai. Saya gi ambilkan kerusi roda k? Tunggu jap.”
Dia bergegas mendapatkan kerusi roda buat diriku. Aku dipapah untuk duduk di atas kerusi roda sebelum ditolak masuk untuk menerima rawatan. Setelah menerima rawatan dia bertanyakan alamat rumahku untuk menghantar aku pulang.Sewaktu itu baru aku sedar yang tas tanganku tidak ada bersamaku.
“ Damn!” dengus ku lalu menumbuk dinding. Dia terkejut dengan tindakanku.
“ Kenapa dengan awak ni.Sakit lagi ke?Nak jumpa doctor balik ke?” soalnya padaku bertubi-tubi.
“Beg saya dah tak ada dengan saya.” Malang sungguh nasibku. Aku menangis di situ.Lupa pada mata2 yang memandang.
“Cik sabar cik,kita pergi buat report ok dan saya akan hantar awak balik.” Pemuda itu cuba untuk memujukku. Aku tahu dia sekadar kesiankan diriku yang jatuh lagi ditimpa tangga.
“Takpe la,awak dan banyak tolong saya. Saya tak pe2.Terseliuh sikit je gara2 mamat sibuk tadi.” Aku cuba bangun.Masih panas hati aku dengan kejadian yang menimpa diriku.
“Terima kasih ye awak,susahkan awak je.Saya akan ganti blik duit rawatan ni.” Aku berjalan terhijut2 menuju ke kauter pertanyaan.Aku capai sehelai kertas dan pen yang ada disitu.
“Nah,amik ni and tulis number fon awak.Senang saya nak hubungi awak untuk bayar balik duit awak nanti.” Pen dan kertas tadi aku hulurkan pada dia.Dia mengambil perlahan dan buat yang ape aku kehendaki. Tiada suara yang keluar dari mulutnya sejak tadi. Setelah selesai menulis,kertas dihulurkan semula padaku. Aku tersenyum tika mata kami berpandangan.Dihati ku memuji kekacakan wajahnya. Milik siapakah dia? Soalku didalam hati.
“ Thanks awak. Saya pergi dulu.” Aku memulakan langkahku. Walaupun payah,ku kuatkan juga.Selang beberapa langkah aku terus dipapah oleh pemuda itu.Tidak sempat aku berkata apa,dia bersuara.
“ Awak cakap banyak sangat and suka mengarah. Tak beri kesempatan langsung untuk saya bercakap.Ada ke saya cakap awak boleh balik sendiri?Sekarang awak masuk dalam kereta saya,and saya akan hantarkan awak balik.No excuse!” dia membentakku. Aku ikuti sahaja katanya. Didalam hatiku mengomel sendiri.
“Takut la tu aku tak bayar duit dia nanti. Teruk betul. Tolong aku tapi tak ikhlas.” Gomel ku didalam hati.Sesampai dirumah makin gawat keadaanya.Mama mebebel tak sudah dengan diriku.Kononnya aku ni suka mengalamun,tak berhati2lah. Pemuda itu tersenyum mendengar bebelan mama padaku. Manis senyuman itu. Tapi aku rasa seperti dia mentertawakan aku je.Jika tak kerana tanda terima kasih mama padanya aku takkan jemput dia masuk ke rumah.
“Awak,jemput la masuk dulu.” Jemputku acuh tak acuh.
“Tak payah la.Awak perlu rehat.” Jawabnya ringkas.
“Aku tahu la nak rehat.Tapi mama yang jemput kau masuk.” Aku mengomel lagi didalam hati. Dia terlalu baik untuk aku berterus terang sahaja kata hatiku.
“Masuk la dulu,mama nak jumpa penyelamat saya.”Aku senyum sumbing sahaja padanya.Dia membalas senyumanku dengan senyuman manisnya. Ad lesung pipit di pipinya.Makin kacaknya dia.
“Ok saya masuk,tapi ape nama awak? Saya Aizat.” Dia menghulurkan tangan tuk bersalam.
“Saya Aifa Maisara.Kita orang islam,diharamkan bersalam dengan bukan muhrim.” Jawabku bersahaja.Dia ketawa mendengar kata-kata ku dan terus memberi salam sebelum hilang di muka pintu rumahku.Sejak hari itu hubungan kami bermula dan sehingga kini masih bersama menjadi teman istimewa.
Sampai sahaja di pejabat,Aisyah teman sekerjaku memberi tahu semula temujanjiku pada hari ini.Tidak sempat berlabuh dikerusi telefon bimbitku berbunyi.
“Hello bie. Awalnya call I.Ada ape ye?”tanyaku sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu.
“Hai,sibuk ke.Sound like you are busy now?”soalnya pula padaku.
“Tak lah. I baru masuk office je.”
“Ooo, I nak ajak you lunch tengah hari ni. Itu pun if you tak busy la. Tapi I harap sangat dapat jumpa you.Ada hal I nak cakapkan pada you.”
“Ok , you datang amik I ok. Hemm pukul 2 ok?”
“No,pukul 12 nanti.Pukul 2 tak sempat. I datang ambil you ok di office k. Da honey.see you then.”
“Ok,ikut suka you la.” Talian diputuskan. Aku terfikir sejenak apa yang dia kejarkan. Ape yang tak sempat? Aizat..Aizat..
Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Aku menanti penuh sabar kemunculan Honda Civic hitam didepanku. Dia terlewat 5 minit. Aku masuk kedalam kereta dengan wajah masam. Merajuk la konon dengan kelewatannya.
“ Sorry honey,I ada urusan sikit tadi di Putrajaya. This is for you.” Dia menghulurkan 3 kuntum bunga mawar merah padaku. He knows that I love red roses. Aku tersenyum sambil mencium mawar-mawar itu.Harum dan segar.
“You like it?” katanya sambil tersenyum padaku. Aku menganguk dan menghadiahkan senyuman manisku padanya.
“You look really sweet with that smile.Keep it always.I janji takkan lari dari you.” Guraunya. Tangannya kuat mengengam tanganku.
“So kita nak makan kan mana bie?” soalku. Perutku semakin berlagu2 kelaparan.
“Hemm macam mana kalau ke tempat kegamaran you.Mc Donald nak?”
“Hah,tengah hari makan mcd? You biar betul.” Aku buat muka seposen. Mana cukup hanya dengan burger untuk memenuhi kelaparan yang aku alami sekarang. Dia ketawa.
“Ok la sayang,I dah tempah tempat dekat Prince Hotel. Buffet yer?” laju sahaja tangannya mencubit pipiku. Kemudian kami memulakan perjalanan ke tempat yang dinyatakan. Sibuk betul Kota Raya Kuala Lumpur. Setengah jam kemudian kami sampai di Prince Hotel.
“Kenapa you bawa I makan kat hotel ni? Bukan ada pe2 yang special pun masakannya.” Soalku tika kami jalan berdampingan menuju ke tempat makan.Di hanya menjawab jawapanku dengan senyuman. Kami mengambil makanan masing dan berselera menjamu selera. Selesai makan,perut dah kenyang baru ada mood untuk bercakap.
“ Ok tak makanan dekat sini.” Soalnya padaku memulakan perbualan.
“hemm ok,sedap.Not likes what I thinking before. Thank you bie.” Aku tersenyum padanya,begitu juga dia.
“ Honey,I ada hal nak cakapkan ni.Very important thing.” Jelas serius dimukanya.
“ What bie? Cakap la. I dengar je.”
“Ok macam ni, I kena ke Australia hujung minggu ni. Atas urusan kerja. Syarikat dah buka cawangan baru di sana and I disuruh kesana tuk membantu dan menyelesaikan masalah tertunggak disana.” Dia tenang didalam kata2nya.
“Ooo.. hujung minggu ni you pegi.Berapa hari bie?”
“ Honey.. listen k” di mengengam erat tanganku. Sehingga terasa hangat tangannya.Aku hanya diam untuk mendengar kata-kata seterusnya.
“I pergi bukan berhari but 3 years sayang. I minta maaf tak beritahu you lebih awal because I pun baru tahu kelmarin and I cuba tuk tukar orang.Tapi bos still choose I. I’m sorry Honey.” Dia mencium tanganku yang digenggamnya. Aku terdiam. Tak tahu untuk berkata apa.
“3 tahun aizat?” itu je yang mampu aku luahkan. Bagaimana aku mampu hidup berjauhan tanpa dia.Selama 3 tahun ini,hidupku hanya ada dia siang dan malam.
“You takkan balik sini ke selama 3 tahun akan datang ni? Macam mana dengan I Aizat? Macam mana dengan hidup I hari2 selama 3 tahun akan datang ni? I will be lonely bie.” Sayu suaraku. Terseksa hati untuk menerima berita ini.Inikan untuk melepaskan dia pergi.
Wednesday, May 6, 2009
Bila Harus Memilih : Episod 1
Posted by Cik Puan Ninie at 11:05 AM
Labels: Bila Harus Memilih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat&Kata Anda:
Post a Comment