Wednesday, May 6, 2009

Bila Harus Memilih : Episod 11

Aku senyum puas sewaktu pintu bilik dibuka Hakim. Penat betul badan. Jauh jugak perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Lagenda ni. Aku duduk selesa dihujung katil sambil menarik nafas panjang.
“Sayang penat ke?” Tanya Hakim.Nampaknya lelaki ni dah semakin biasa memanggilku sayang.Meremang bulu tengkuku aku mendengarnya.Aku menggeleng pada Hakim. Dia membelai rambutku.
“Rehat la dulu kalau penat. Pukul 8 kita gi makan nak?” Tanya hakim lalu mengucup umbun2 kepalaku. Aku kaku. Ape kena laki aku ni. Semacam je perangainya. Naik seriau pun ada. Bisikan yang hanya kedengaran didalam hati.
“Aifa tak penat sangat pun bang.Rilek la.”selorohku dengan senyuman yang dibuat2.
“Mesti la Aifa tak penatkan,sepanjang perjalanan asyik tidur je. Tapikan sayang,badan abang lenguh2 la. Boleh Aifa tolong urutkan tak?” pinta Hakim dengan muka seposennya. Naik kesian pulak aku tengok. Tapi aku hanya mendiamkan diri,macam patung. Cuma aku gi cantik dari patung la.hihihihi perasan siot.
“Aifa cepat la sayang.” Panggil Hakim. Sewaktu itu baru aku perasan yang Hakim dah bersiap sedia menirap diatas katil dengan baju yang entah dilempar kemana. Mahu tak mahu aku gagahi jugak diri mendekatinya.
“Mengada-gada betul” dengusku didalam hati. Mengeletar tangan aku nak menyentuh belakang badan Hakim. Jantungku berdegup kencang.
“Biar betul aku nak mengurut ni. Aku takda skill la ngurut2 ni.. Abang biar betul abang?” bisikku didalam hati.
“Aifa…”panggil Hakim bila perasan aku seronok mengelamun. Bukan seronok tapi tertekan tau tak! Jerit hatiku. Perlahan telapak tanganku menyentuh badannya. Terasa hangat. Aku pun memulakan lah step2 mengurut yang diturunkan oleh mama padaku.

Saatku sedar aku berada dalam dakapan satu tubuh sasa. Aku terkejut,terdiam dan terkaku. Rasa nak jerit tapi tak terkeluar plak suara.Aku perlahan2 memalingkan muka melihat pemilik tubuh sasa itu.
“Aduh,Abang ke.” Bisikku didalam hati.Aku melepaskan nafas lega. Namun…
“ABANG!!!” aku menjerit didalam hati. Ape dah jadi?? Aku membelek2 badan sendiri.Tiada apa yang kurang.Aku masih sempurna berbaju kurung,cuma….
kain yang terangkat skit.Tidur lesak la katakan.hehehehe
“Alhamdulillah…”bisikku lega bila tiada apa yang berlaku lagi. Aku masih tak bersedia tuk itu. Seriau..seriau..
Aku mengalihkan tangan Hakim perlahan2.Aku taknak tidurnya diganggu. Aku bangun dan memandang wajah tenang dihadapanku. Dah wujud kah rasa sayang aku padanya? Aku bertanya pada diriku sendiri.
Setelah selesai membersihkan diri aku mengerjakan kewajibanku menyembah tuhanku yang satu.. Memohon doa dipermudahkan segalanya dan semoga diberkati setiap langkah hidupku.Aku lihat dia masih nyenyak dengan lenanya.Seharian memandu,dah tentula kepenatankan. Aku membiarkan Hakim dan berlalu ke beranda. Suasana senja di resort penginapanku ini sangat menenangkan hatiku dan sangat menganggumkan keindahannya. Pandai mama pilih tempat untuk aku berhoneymoon.
Meritus pelangi beach resort betul2 terletak ditepi pantai indah pantai Chenang memang sesuai sangat bagi pasangan2 bahagia menyulam kasih dan sayang. Tapi adakah kasih dan sayang itu ada dihatiku buat hakim suamiku.Bayangan wajah dan senyum Aizat tiba2 menyapa fikiran. Apa khabarkah dia? Adakah dia ingat pada aku? Belbagai soalan menanya hati.Angin sepoi2 yang menyapa lembut pipi sungguh mendinginkan. Aku memeluk tubuh kesejukkan.
“Apa yang aifa lamunkan sayang?” tiba2 sahaja Hakim datang menyapa. Nak luruh jantung aku dibuatnya. Tapi sungguh aku terkejut.Aku mengurut dada perlahan. Bayangan Aizat hilang semula meninggalkan aku.
“Tak ada ape2 abang.Tengok pantai waktu senja je.” Aku cuba berlagak seperti tiada apa2. Sampai bila aku harus melakonkan babak tenangku ketika Hakim datang menyapa sepiku.Sedangkan jantung ini akan tiba2 berdenyut pantas setiap kali Hakim bersuara. Aku tak cintakan Hakim tapi Aizat. Tapi aku tak mampu menolak dan menepis rasa yang semakin merasuki hati aku ketika bersama Hakim.
“Aifa,kasih sayang boleh datang bila2,tanpa disedari ataupun sedar je. Tuhan mampu mengubah sikap,perasaan dan ape2 je yang ada pada hambanya sekelip mata je Aifa.” Masih terngiang nasihat mama padaku pada malam sebelum aku dinikahkan dengan Hakim. Mungkin ada betulnya kata2 mama padaku bukan?
“Tengok tu,mengelamun lagi.Abang panggil pun tak menyahut.” Suara hakim menghentikan lamunanku. Dia memelukku dari belakang. Terasa hangat dan selesa.
“Dah mandi?”Tanya hakim sambil mencium rambutku yang dilepaskan tanpa ikatan.
Aku terasa rimas dengan perlakuannya namun aku biarkan sahaja.
“Dia suamiku,dia berhak memiliki diriku.” Itulah jeritan hatiku ketika itu untuk menenangkan hati yang sudah tidak keruan. Tetapi keadaan itu tak aku biar lama. Aku betul2 tak bersedia lagi. Aku merenggangkan pelukan. Pada mulanya hakim menahan dengan memelukku lebih erat,tetapi percubaan keduaku berhasil. Dia melepaskan aku dari pelukkannya.Aku memandangnya.Muka Hakim bersahaja,tiada riak2 berkecil hati,terasa atau apa2.
“Aifa lapa la abang.Abang cakap nak gi makan lepas magrib.” Ucapku.
“Aifa dah lapa yer?” Hakim membelai wajahku.Dia mencium dahiku.
“Abang,,,Aifa lapa ni. Malam nantikan ada masa lagi untuk abang belai2 Aifa.” Lancangnya aku menuturkan kata.Lantang tanpa berfikir. Aku tak menduga aku mampu berkata sebegitu. Memberi harapan pada Hakim dan membawa bahaya pada diriku.
Hakim senyum. Dia mencapai tanganku dan menarikku ke dalam bilik.
“Nak kemana ni?”Tanyaku.Aku kaget. Hakim mencapai tuala yang dilipat cantik diatas katil. Dia menanggalkan tali pinggang diseluarnya. Aku terpaku lantas menutup mata. Tak sanggup aku lihat babak seterusnya.
“Sayang siap dulu ye.Abang nak gi mandi dulu.” Ucap Hakim dengan kucupannya hinggap dipipiku.Aku membuka mata. Hakim sudah pun berlalu ke bilik mandi.
“Huss..semangat….” aku melepaskan resah dan lelah. Penat aku menahan nafas waktu menutup mata tadi.


Nasi putih,tomyam campur dan bistik sudah cukup untuk membuka selera aku pada makam itu. Aku makan kenyang,sekenyang-kenyangnya. Hakim yang memerhati keletahku hanya tersenyum dan kadang2 ketawa bila tepi bibirku terlekat nasi.
“Wah..kenyangnya Aifa, abang. Tq tau bawa Aifa makan kat tempat sedap ni.” Ucapku sambil menghirup air jus tembikai yang aku pesan.Hakim mengangguk dengan senyum yang tak pernah lekang.
“Aifa ni manja betul ye dengan mama and abang amirul.” Ucap Hakim. Kali ini giliran aku untuk menggangguk.
“Lepas papa pegi,aifa hanya ada ma and abang mirul je. Meka yang manjakan Aifa. Aifa tak minta pun.” Takkan kita masuk dalam baldi nak angkat sendirikan.
“Tapi skang turn abang la pulakkan manjakan Aifa kan?” pertanyaan Hakim membuatkan aku tersedak semasa minum. Terbatuk2 aku.
“Kenapa ni? Leh tersedak pulak sayang ni.” Hakim mengusap belakang badanku. Peluh dingin menjadi peneman setiaku pada saat itu. Kalau boleh aku taknak Hakim pegang aku. Sentuhan dia buat aku rasa lain macam,rasa yang meresahkan.
“Mama sebut kot nama Aifa. Tu yang tersedak tu.” Jawabku. Aku terpandang Hakim menguap.Ku tilik jam dipergelangan tangan.
“Dah pukul 10.30 dah abang. Abang pun dah nguwapkan. Jom la balik.Abang boleh rehat kat bilik. Gi pun jap gi ada citer best kat TV3.” Ajakku.Aku pun dah mula mengantok sebenarnya.
“Jap yer,Abang clear bil dulu k sayang.” Hakim berlalu pergi. Mataku terpandang sepasang pasangan di meja sebelah kami. Aku baru perasan je. Macam pasangan baru khawin jugak la gayanya. Aku lihat still ada inai dekat jari pasangan tu. Terasa seronok menyaksikan kemesraan meka. Bahagia.. Mana tidaknya. Terlentok2 kepala isteri dia bila suami dia berbisik2 di teinga. Entah ape yang dibisikkan aku tak tahu la..
“Jom sayang..” Hakim kembali ke pangkuanku.Aku bangun menuruti langkah Hakim meninggalkan kedai makan. Jarak kedai makan dengan bilik kami tak jauh pun. Tak sampai 10minit dah sampai. Walaupun tak ramai sangat pengunjung kat pantai chenang ni,tapi lampu2 warna warni yang mewarni langit malam memeriahkan suasana. Pada mulanya Hakim hanya memegang tanganku tapi dah meleret ke pinggang bila dah sampai di pertengahan perjalanan. Rasa itu datang semula namun aku endahkan je kali ni. Sesampai di bilik,aku terus merebahkan diri ke sofa. Hakim berlalu ke bilik mandi dan keluar tanpa baju tapi hanya dengan kain pelekatnya. Aku biarkan saja dia.Aku pun bangun menuju ke bilik mandi tuk menukar baju tidur.
“ish mana baju tidur aku ni.. bukan aku dah letak baju kelawar ke dalam beg ni sebelum gerak siang tadi.” Dengusku sambil mencari baju kelawarku yang kemana hilangnya.
“Nak tidur pakai ape pulak ni.” Bebelku sendiri. Tapi pencarianku terhenti bila tanganku tersentuh satu bungkusan kertas terselit disebalik baju2ku.
“Bila masa bungkusan ni ada dalam beg ni?” tanyaku pada diri sendiri. Aku buka bungkusan itu cepat2. Aku binggung dengan isi bungkusan kertas itu. Sepasang baju tidur satin putih dan sekeping kad. Aku membaca tulisan yang tertera dikad itu.

“PENGANTIN BARU TAK PAKAI BAJU KELAWAR YE ADIKKU SAYANG.
BAJU TIDO ADIK DAH BURUK, TAK KEBULUR HAKIM TENGOK NANTI.
JADI TERIMA LAH HADIAH TAK SEBERAPA DARI ABANG NI UNTUK PUTERI HATI ABANG.. GOOD LUCK -ABANG MIRUL-”


Tak aku sangka mama and abang mirul boleh buat aku macam ni. Nak nangis je rasa. Bukan terharu tapi tak sanggup nak keluar berdepan dengan Hakim bila aku tengok diri aku kat cermin dengan baju tidur satin ni. Hanya tali halus yang jadi pengangtung kain yang membaluti tubuh aku kini. Dengan bahagian dada yang terdedah menampakkan separuh dadaku.Betis dan pehaku juga bakal jadi santapan mata Hakim nanti. Lama aku bertapa didalam bilik mandi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memakai padigan mandi diluar menutupi baju tidurku yang ntah ape2 ni.
“Lamanya Aifa dalam bilik mandi. Buat ape?” Tanya Hakim sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bertapa.
“Aifa cari bedak tadi tak jumpa.” Aku memberi alasan. Padahal aku mana leh pakai bedak pun. Alergik..
“Jumpa dah ke? Ke nak abang gi beli yang lain?” Tanya hakim lagi.
“Eh,takpe la bang.Aifa dah jumpa dah.”jawabku
“Dah,meh sini duduk dengan abang tengok tv. Tadi Aifa cakap ada cite bestkan?” Aku tenang sikit bila dia tidak lagi menggunakan panggilan sayang padaku. Aku melabuhkan diri disebelahnya. Kami melayani diri sendiri dengan member tumpuan pada television. Keletah anak-anak tupai yang boleh berkata2 dan bernyanyi dalam movie Alvin and the chipmuck membuatkan kami ketawa geli hati. Aku memeluk bantal sofa dan bersandar dibahu Hakim. Hakim memeluk tubuhku dari tepi. Kekadang aku terketawa over dos penat hakim menegur. Aku diam kejap and buat balik lepas tu.Sampai satu masa Hakim ingin membuka mulut menegurku,aku terus menutup mulutnya dengan tanganku. Serentak dengan itu pandangan mata kami bertentang. Aku telan air liur dengan payah sekali. Aku tak dapat melarikan pandangan itu. Macam ada magnet yang mengekalkan aku dan dia untuk terus berpandangan. Hakim diam memandangku. Aku juga terdiam. Suara bising di tv sudah lenyap ditenggelammi situasi aku disaat itu.Aku menjatuhkan tanganku ke riba.
Aku bagai dipukau untuk terus memandang wajah Hakim.
“Sayang..” Ucap Hakim romantis.Aku cuma menyudahkan keadaan itu dengan memalingkan badan semula memandang tv tapi tubuh kecilku disentuh semula oleh Hakim dan ditarik kedadanya. Bau wangian badan Hakim menbuatkan diriku untuk terus didadanya. Aku tidak lagi berminat pada apa yang ditanyangkan di kaca TV tetapi aku kegelisahan menanti reaksi seterus Hakim. Hakim membelai tubuhku. Terasa seperti dia menyalutkan rasa sayang padaku. Aku terasa tenangnya walau pada hakikatnya aku sangat2 cemas.
“Aifa Sayang..” panggil Hakim sekali lagi.Cukup romantis untuk mencairkan mana2 gadis bersamanya.
“Ye abang.” Sahutku perlahan.Tapi aku tahu dia dengar. Sejurus selepas itu Hakim terus mengendongku ke katil kami. Tanpaku sedar padigan mandiku sudah lama ditinggalkan di sofa.Aku terjerat dan yang pasti aku tak dapat lari dan aku takkan lari lagi. Hanya bunyi pantai dan cengkerik kedengaran. Malam di pantai chenang menjadi saksi malam pertamaku bersama Hakim.
“Mana bau bedaknya sayang..Abang tak bau pun..” hakim berbisik di telingaku. Pantas aku mencubit lengannya yang memelukku pinggangku.
“Nak perli la tu ye.” Rungutku. Hakim ketawa kecil mendengar kata2ku.
“Terima Kasih ye sayang.” Ucap Hakim setelah habis tawanya. Aku hanya diam membisu,namun disebalik tubuh itu aku tersenyum malu sendiri.

0 Pendapat&Kata Anda: